Tag Archives: prof. dr. muhaya

Redha Datang dengan Ilmu

efdba3feb3c593cdc3d9f5202be13f17 Redha Datang dengan Ilmu Redha Datang dengan Ilmu

Assalamualaikum!

doa Redha Datang dengan Ilmu
Source: Google

Terkesan betul dengan ayat ‘Redha datang dengan Ilmu’. Pukul 9 pagi tadi Zifa tengok rancangan Tanyalah Ustazah. Panel pada hari ini adalah Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Dr. Muhaya adalah antara motivator yang Zifa rasa terkesan dengan penyampaiannya. Zifa dapat menerima setiap bait kata-kata beliau. Sangat mudah meresap ke dalam jiwa. Beliau juga adalah hos rancangan Mata ke Hati, Astro Oasis kalau tak silap.

Topik Tanyalah Ustazah Edisi Hari Rabu, 18 Jan 2011 adalah Benteng Iman. Zifa tertarik dengan email yang dibaca oleh Dr. Muhaya. Kandungan email lebih kurang macam ni. Zifa pun ingat-ingat lupa, tak salin pun.

“Saya mempunyai seorang ibu saudara yang disahkan doktor mempunyai kanser paru-paru tahap 3. Ibu saudara saya tidak dapat menerima kenyataan kerana ibu saudara seorang yang rajin bersenam, menjaga pemakanan dan tidak merokok. Beliau banyak mendiamkan diri dan enggan untuk berubat. Kami sangat kasihankan dia kerana beliau masih mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Bagaimanakah kami dapat membantu beliau?”

Sedih bila baca kiriman email ini. Dr. Muhaya menjawab soalan ini dengan bagus sekali. Tapi Zifa tulis ni pun berdasarkan apa yang Zifa ingat dan kefahaman Zifa. Kalau rasa salah, tolong perbetulkan.

Apa-apa yang berlaku dalam hidup kita perlu redha. Tetapi redha itu datang dengan ilmu. Jika kita nak rumahtangga bahagia, kita perlu cari ilmu membahagiakan rumahtangga. Begitulah juga dengan yang lain-lain. Dalam kes ini, kita perlu cari ilmu ugama supaya menjadi benteng keimanan kita.

Dr. Muhaya menyarankan agar pengirim email ini memberikan impian kepada ibu saudara beliau. Memandangkan beliau mempunyai anak-anak yang masih yang kecil. Berikan impian yang suatu hari nanti ibu saudara ingin melihat anak-anak berjaya, berkahwin, punya cucu dan cicit. Bila impian terbina, hati kita akan berjuang.

Disamping itu, terapi hati kita dengan ilmu. Tanpa ilmu maka tompok hitam akan singgah di hati. Sentiasa tenang dan ukirkan senyuman. Orang yang berjiwa tenang dan sentiasa tersenyum jarang ditimpa penyakit.

Kawan-kawanku…kurangkan mengumpat dan setiap hari sentiasa minta maaf dengan suami (bagi yang dah kahwin..Zifa la tu), yang belum kahwin minta maaf dengan ibu bapa. Sentiasa mohon redha suami dan ibu bapa supaya aktiviti yang kita jalankan berjalan lancar. Tak lupa jaga perhubungan sesama manusia. Sentiasa bersangka baik.

Manusia mempunyai banyak organ yang perlu dijaga terutamanya mata. Jadi, jagalah mata sebaiknya. Lihat dengan mata hati tapi bukan dengan mata fizikal. Orang yang nampak baik, kadangkala bukan baik. Orang yang nampak jahat, kadangkala adalah orang yang baik. Hurm…macam mana nak nak aplikasikan mata hati. Zifa pun tak pasti.

Tapi kalau korang dapat pecahkan buah keras dengan hanya satu tepukan tapak tangan. Korang memang champion. Kaedah ini diajarkan oleh seorang rakan suami. Suami saya fail. But kawan dia dapat pecahkan. Wow…tapi bukan senang nak capai tapi tidak mustahil.

Setiap penyakit ada ubatnya. Sentiasa kita berusaha sehingga kita jumpa ubat yang sesuai dengan kita. Zifa pun sakit juga tapi hidup mesti sentiasa happy. Jom sama-sama kita bersihkan hati. Bukan dengan Clorox tau. Tapi dengan ilmu.

Zifa: Siapa kita pada hari ini adalah siapa kita pada 20 tahun yang lalu, siapa kita pada 20 tahun akan datang adalah siapa kita pada hari ini. Oleh itu, sama-sama tingkatkan ilmu., keimanan dan keredhaan. Berpeganglah pada rukun islam dan rukun iman.

Jom Like Page Prof. Dr. Muhaya. Search sendiri la k…Hehe

pixel Redha Datang dengan Ilmu