Tag Archives: biskut raya senang dibuat

Resepi German Cookies

efdba3feb3c593cdc3d9f5202be13f17 Resepi German Cookies Resepi German Cookies

german cookies 584x436 Resepi German Cookies

Salam Ramadhan,

Semalam Zifa dah buat entry pasal Biskut Koko Rangup. Lepas buka puasa tadi, Zifa dah try biskut tu. Rasanya sedap sangat. Budak-budak gerenti suka. Rasanya kena tambah lagi biskut ni. Tak cukup.

Biskut ke-2 Zifa buat adalah German Cookies. Rasanya pun sedap jugak. Warna biskut ni pun menarik. Ada pink-pink gitu. Tak minat pink boleh tukar warna lain k. Macam adik Zifa yang perempuan tu, tak suka pink. Please la.

Macam biasa biskut ni zifa ambil dari blog jintanmanis.com. Terima kasih share resepi. Boleh jenguk kat blog beliau k. Resepi Biskut Kacang Mazola pun ambil dari sana jugak. Hubby suka biskut kacang mazola tu. Tak manis dan sedap. Lagipun Hubby tak suka manis-manis.

Zifa share resepi kat sini

German Cookies

Sumber resepi: Kak Rima, Mat GebuKak Yatie, Kak Ros

Bahan-bahan:

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung halus ( superfine) (boleh ganti gandum atau tepung kek) Zifa pakai tepung kek
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak) – Zifa tak letak

Bahan-bahan Topping:

Sedikit gula castor
beberapa titik pewarna pink, digaul sebati.

Cara Membuat:

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 1750C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Cara Membuat Topping:

Lepas gentel cookies ni bulat-bulat, celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak.

Method ni copy dari Kak Ika. Zifa pun copy paste jugak lah.

Comment: Adunan Zifa sedikit lembik, masa nak gentel tu dia melekat-lekat kat tangan. So, Zifa tambahkan sedikit potato starch lagi. Dan boleh gentel dah.

Zifa—> Lepas cuba, bagitau Zifa ye macam mana rasanya k?

Thumbs up or down. Comment to show that you’re alive.

Resepi Biskut Kacang Mazola

biskut kacang mazola Resepi Biskut Kacang Mazola

Salam Ramadhan,

Mood nak buat biskut datang lagi. Minggu ni nak balik Kodiang so kena paksa juga mood buat biskut raya sorang-sorang. Operasi buat biskut raya kena diawalkan sikit sebab nak bagi biskut raya kat mak mertua. Tahun ni kan turn raya kat Besut, Terengganu. Hehehe…. Seronok Hubby saya… Inilah jadahnya kalau kahwin orang jauh. Raya ikut turn.

Lepas sahur je tadi, terus mula operasi buat biskut raya. Mula-mula buat biskut kacang mazola dulu. Kemudian biskut tidur. Hehe… Nak buat tak susah pun jenis biskut ni. Biskut kacang mazola ni antara biskut feveret jugak. Biskut kacang ini boleh didapati jugak pada hari-hari biasa. Teringat pulak masa childhood dulu, selalu juga beli biskut ni kat koperasi sekolah, kadang-kadang kat kedai runcit. Biskut ni rasanya sedap dan cair kat mulut. Tak puas la makan. Yang Zifa buat ni tak tau la sedap ke tak. Nak rasa tadi mana boleh. Hubby siap sound ‘sedapnya bau’ masa nak pergi kerja pagi tadi. Puasa..puasa…tahan dulu.

Part yang tak suka buat time buat biskut ni adalah tang nak buang kulit kacang goreng. Yang ready made dah digoreng dan dibersihkan kulit ada je jual. Tapi konon nak buat sendiri.

Semalam goreng kacang dan buang kulit kacang satu-satu sambil tengok bola Malaysia vs Manchester City. Takkan nak tampi malam-malam kot. Hubby dah krohhh…krohhhh sebab permainan tak best langsung. Pada saat Malaysia buat gol sulong, kacang pun melompat-lompat jugak la. Zifa tak minat bola, tapi my support always there.

Tahniah jugak pada Lee Chong Wei yang menang dengan 21-8, 14-21, 21-11 dan layak ke peringkat seterusnya di Olimpik London 2012. Makan nasi sahur tadi pun sangkut-sangkut bila rally panjang. Bila dah mati rally, baru suap nasi kat mulut. Penangan badminton.

Berbalik pada biskut pulak, ni kali pertama buat biskut kacang mazola. Senang je nak buat. Everything is easy but nak dapatkan result yang terbaik bukan mudah. Jadinya, biskut ni pecah-pecah sikit. Don’t know why. Nanti mau tanya Kak Ros. Awatnye?

Kalau nak tengok resepi boleh singgah blog Kak Ros. Nak buat biskut kat mak mertua 2 jenis. Lagipun nanti rumah mak mertua jadi kilang biskut pulak. Maklumlah anak menantu ramai.

Zifa—> Apa biskut raya kegemaran anda?

Thumbs Up or Down? Comment to show that you’re alive!

pixel Resepi Biskut Kacang Mazola