E21 Kaedah Montessori Untuk Kanak-Kanak

Sebelum Fateh lahir saya bimbang juga jika gagal menjadi seorang ibu yang baik. Saya berfikir-fikir kaedah macam mana yang saya harus terapkan untuk pendidikan Fateh di rumah. Usia 2 tahun pertama ini bagi saya amat kritikal untuk perkembangan anak-anak kerana mereka mudah meniru apa yang ibu bapa dia buat.

Saya cukup berhati-hati.

Kaedah Montessori

Saya baru sahaja mengetahui mengenai Kaedah Montessori. Kaedah Montessori diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906 untuk kanak-kanak terencat akal. (more…)

E20 Peralatan Memasak Untuk Menyediakan Makanan Bayi

Fateh sudah berumur 1 tahun. Sepanjang menyediakan makanan bayi sejak Fateh dari umur 6 bulan lagi, saya rasa sangat seronok. Sudah bermacam-macam resepi yang saya cuba dari pelbagai jenis bijiran, buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Ada juga yang tak pernah kami makan selama ini Fateh dah merasa. Bertuahnya anak-anak sekarang. Kecil-kecil dah makan buah avocado. Mummy umur 31 tahun baru merasa avocado. Itupun sebab pergi Bali tengok ada menu jus sirsak. Cubalah merasa. Bertuahkan anak-anak zaman sekarang?

Saya ingin kongsikan beberapa peralatan memasak untuk menyediakan makanan bayi berdasarkan pengalaman saya menyediakan makanan bayi untuk si comel Fateh. Peralatan yang saya gunakan adalah berdasarkan keperluan saya. Keperluan ibu-ibu mungkin tak sama dengan saya.

Peralatan Stim

Saya stim makanan menggunakan electric lunch box (ELB) yang kemudiannya saya akan kisar halus menjadi puri menggunakan pengisar.

Pengisar atau Baby Food Processor

Makanan bayi seeloknya distim untuk mengurangkan kehilangan nutrien berbanding direbus.

Berikut disenaraikan beberapa pilihan peralatan stim untuk menyenangkan kerja-kerja ibu di dapur.

  1. Beabacook
  2. Avent Philips
  3. Magic Bullet
  4. Autumz Baby Food processor

Saya gunakan ELB sahaja untuk menyediakan makanan bayi. Jika diikutkan saya berkenan dengan Beabacook kerana boleh stim makanan, masak nasi, bakar mufin dan boleh kisar terus selepas stim makanan. Tak perlu nak pindah makanan ke dalam pengisar lain. Beabacook sesuai sangat untuk mak ayah yang suka berjalan-jalan. Tapi Mummy tak mampu nak beli sebab mahal. Saya mampu pakai ELB sahaja.

Sudu silikon

Bayi 6 bulan masih belum pandai untuk menjilat makanan. Saya gunakan sudu silikon kerana lembut. Kadang-kadang Fateh suka gigit sudu bila suapkan makanan.

Bila Fateh sudah mula nak pegang sudu sendiri. Saya bertukar kepada sudu plastik yang lain pula untuk senang menyuap.

Penapis

Walaupun makanan bayi dipurikan, ada sesetegahnya makanan masih perlu ditapis untuk mendaatkan puri yang lebih halus.

Bib

Semasa Fateh 6 bulan saya gunakan bib kain. Kemudian saya bertukar kepada pelican bib kerana boleh menadah makanan yang jatuh.

Mangkuk 

Setakat ini saya menggunakan mangkuk untuk mengisi makanan Fateh. Mangkuk memudahkan bayi menyedok makanan menggunakan sudu.

Bekas ais

Saya gunakan bekas ais untuk meletakkan daging dan ayam yang telah dipotong kecil untuk sekali hidangan. Ini mempercepatkan kerja memasak untuk Fateh.

Bekas ais saya gunakan juga untuk menyimpan stok ayam. Saya sejukbekukan dulu stok ayam di dalam bekas air dan keluarkan untuk disimpan pula ke dalam bekas plastik atau plastik.

Booster seat

Semasa Fateh 6 bulan, tak sukar untuk menyuap makanan kerana masih belum merangkak. Saya agak lewat membelikan booster seat kerana tidak mahu Setelah Fateh pandai merangkak ke sana ke mari, sukar untuk saya suapkan. Penat Mummy.

Saya belikan juga booster seat. Orang Kedah kata ‘tak larat nak ligan’. Saya beli di Lazada kerana murah setelah buat tinjauan di kedai fizikal di kedai bayi berdekatan.

Highchair

Kalau perlu silakan membelinya. Saya tak beli kerana kami makan di bawah saja.

Food jar

Saya akan gunakan food jar apabila ada perjalanan jauh atau ke mana-mana tempat. Saya akan siapkan makanan dan simpan dalam food jar. Saya gunakan brand Autumz.

Lennart IKEA

Semua perkakasan Fateh seperti sudu, mangkuk, pinggan dan lain-lain saya simpan dalam satu tempat untuk memudahkan capaian dan lebih bersih.

Saya rasa setakat ini sahaja pengkongsian saya. Saya akan kemaskini lagi dari masa ke semasa.

 

E19 Ujian Sakit Dari Allah – Menanti Keputusan MRI

2 hari selepas pulang kembali ke rumah, saya membawa surat rujukan dari Hospital Seri Manjung untuk rawatan susulan di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sultan Abdul Halim pula. Saya datang ke hospital jam 8 pagi dan tak ada orang di Klinik Pakar Ortopedik, hanya ada staf klinik di kaunter. Rupanya klinik dibuka jam 10 pagi.

Walaupun klinik dibuka jam 10 pagi, saya sudah dapat giliran yang berbelas. Sementara menanti klinik dibuka dan nombor giliran dipanggl, saya, suami dan adik pergi sarapan dulu.

Kemudian, nombor giliran saya dipanggil dan dibawa berjumpa dengan doktor wanita berbangsa Cina. Belum saya sempat duduk saya diminta membuat xray terlebih dahulu setelah membaca surat laporan doktor dari Hspital Seri Manjung. Dari filem xray terkini tersebut didapati tulang bahu (more…)

E18 Resepi Bayi – Stok Ayam

resepi chicken brothSepanjang menyediakan makanan bayi untuk Fateh, saya sudah beberapa kali membuat stok ayam. Proses membuat stok ayam memakan masa yang agak lama antara 6-8 jam. Stok ayam boleh dimasukkan di dalam makanan bayi kerana mengandungi banyak vitamin dan mineral. Stok ayam mengandungi gelatin.

Di sini saya kongsikan (more…)

E17 Baby Fateh Masih Belum Berjalan

Masa berlalu semakin pantas. Ramadhan bakal menjelma dan kita sudah menghampiri pertengahan tahun 2017. Pada 24 April 2017 lalu, Fateh sudah genap 1 tahun. Sekejap sahaja Fateh sudah 1 tahun. Saya masih terasa baru semalam melahirkan Fateh dan baru semalam memeluk tubuh kecil yang ringan itu.

Bila balik kampung atau ke mana-mana, orang akan berbunyi (more…)

E16 Ujian Sakit Dari Allah – Saya Tak Boleh Memangku Anak Lagi Bahagian 2

Pagi ini Fateh ceria. Semalam saya panik juga kerana Fateh tidur tak bergerak. Bila pegang pipi yang sejuk saya panik. Saya risau sekiranya ubat bius masih bersisa.

Bila diingat kembali rasa sakit tulang yang ditolak masuk semalam yang masih terasa, saya berdoa agar kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi. Cukuplah sekali. Saya tidak mahu merasa begitu lagi. Saya bermohon kepada Allah agar segera sembuh. Saya ada anak kecil yang perlu dijaga. Semasa di Unit Kecemasan, Hospital Seri Manjung, doktor pakar ortopedik berbangsa India tidak membenarkan saya memangku anak untuk menyusu dan mengangkat benda berat termasuk anak aku yang ketika itu sudah berusia 7 bulan. Bagaimana saya mahu menyusu anak saya? (more…)

E15 Resepi Bayi – Puri Avocado

resepi bayiAssalamualaikum

Avocado adalah buahan yang berlemak dan tekstur yang lembut sesuai sebagai makanan pertama bayi. Avocado kaya dengan omega-3 dan potassium. Avocado boleh diberikan kepada bayi dari 4-6 bulan lagi. Avocado juga baik untuk perkembangan otak dan fizikal bayi.

Saya memperkenalkan avoado kepada Baby Fateh semasa hari ke-203. Pakar pediatrik menggalakkan memperkenalkan sayuran hijau dulu sebelum sayuran kekuningan yang manis kepada bayi. Ia kerana bayi yang telah merasa sayuran yang lebih manis akan berkurangan untuk mencuba makanan kurang manis. Saya rasa ada benarnya juga sebab saya banyak memperkenalkan buahan manis pada awalnya dan kemudiannya baru memperkenalkan avocado yang rasanya sedikit pedar. Baby Fateh lebih suka makan avocado dengan campuran buah kering seperti kurma atau kismis.

Avocado adalah buah yang tidak perlu dimasak sebelum diberikan kepada bayi. Pastikan memilih avocado yang masak ranum. Buah Avocado sesuai dijadikan makanan dalam perjalanan kerana tidak perlu dimasak.

Resepi Bayi – Puri Avocado

Vitamin – C
Mineral – Potasium, Kalsium, Zat besi, Magnesium

  1. Avocado dibelah dua.
  2. Ambil isi avocado dan lecekkan sehingga halus menggunakan garfu.

Avocado boleh disejukbekukan.

E14 Kuasa Blog Dalam Perniagaan Online

b log untuk perniagaanRamai antara peniaga online sekarang memandang rendah terhadap blog untuk perniagaan. Sebelum Facebook dan Instagram muncul, blog dan forum adalah media utama dalam menjalankan urusan perniagaan secara online. Setelah munculnya Facebook, blog niaga kian sepi didominasi oleh media social Facebook diikuti dengan Instagram.

Kebanyakkan penjual dan pengguna media social Facebook adalah semua peringkat umur. Berbeza dengan Instagram, kebanyak pengguna dan penjual adalah anak-anak muda. Anak-anak muda lebih mendominasi Instagram.

Carian Kotak Google

Persoalan saya, jika anda ingin (more…)

E13 Resepi Bayi – Puri Kacang Pis

puri kacang pisAssalamualaikum

Kacang pis adalah sejenis sayuran hijau yang boleh menjadi sayuran hijau pertama untuk bayi. Kacang pis disyorkan untuk bayi berumur 6-8 bulan. Dapatkan nasihat pakar pediatrik berkenaan makanan bayi sebelum memperkenalkan sesuatu makanan kepada anak anda.

Saya gunakan kacang pis segar untuk dijadikan puri. Kacang pis yang disejukbekukan juga boleh digunakan. Sekarang saya gunakan ‘baby peas’ yang telah disejukbekukan. Anda boleh membeli di mana-mana pasaraya.

Resepi Bayi – Puri Kacang Pis

Vitamin: A, C, Folat
Mineral: Kalsium, Zat besi, Zink

  1. Ambil bahagian kacang sahaja.
  2. Stimkan kacang pis.
  3. Kisar kacang pis. Biasanya kulit kacang pis sukar dikisar. Tapis jika perlu.
  4. Untuk lagi berkrim, tambahkan susu ibu.

Saya lebih suka tambahkan susu ibu sewaktu memberi makan kepada Baby Fateh.

Baby Fateh suka makan kacang pis. Mungkin sebab rasanya yang manis.

E12 Resepi Bayi – Puri Pisang

puri pisang

Makanan Pertama Bayi – Pisang

Pisang adalah makanan pertama bayi (baby first food) yang mudah dihadam. Rasanya yang manis sesuai sebagai makanan pertama untuk bayi. Baby Fateh memulakan hari pertama makan makanan pejal dengan makan pisang. Pisang apa yang sesuai untuk bayi (more…)