Tutorial membuat Headline Animator

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Hari ni saya puasa tau. So maafla kalau anda terbau bauan yang kurang enak..Heeee.. Tapi bau yang kurang enak ini akan menjadi bauan yang seharum kasturi. Percaya ke tidak? :)

saya rajin sebenarnya hari ni nak buat tutorial.  saya nak ajar kamu semua Tutorial membuat Headline Animator. Tutorial ni boleh diikuti oleh semua blogger WordPress ataupun Blogspot. Hmm..apa kejadahnya Headline Animator. (more…)

Tutorial Sitemap Blogspot

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…

Semalam kecoh dengan Perhimpunan Haram BERSIH. Kenapa la buat semua itu. Sepertimana titah Tuanku Mizan, ‘Perhimpunan haram lebih banyak membawa KEBURUKAN daripada KEBAIKAN’. Faham tu. Bukanlah perhimpunan tu tak baik..bagus dari segi luahan perasaan, ketidakpuasan rakyat tapi tengoklah yang jadi semalam. Banyak yang tak baik.

Sebenarnya nak membebel banyak lagi. Tapi stopla dulu…Kita belajar tutorial Sitemap blogspot dulu… (more…)

Tutorial Pasang Plugin Nuffnang

Assalamualaikum dan Selamat Petang jika anda baca pada waktu petang…:)

Disebabkan masih baru menggunakan WordPress, agak kucar-kacir dan putus asa nak godek-godek mende alah ni. Nasib baik la Lisa Surihani tolong..eh..eh…silap…Surirumah…Nasib baik la saya ni surirumah fulltime. So, dapatla nak godek-godek sekejap ye tak.

Hari ni, saya akan buat tutorial pasang Plugin Nuffnang. saya pun baru je tukar template baru. Widget-widget kat tepi pun semua hilang. Tak tau la nak back up macam mana jika lepas ni saya gatal tangan nak tukar template. Apa baiknya pasang plugin Nuffnang ni. Sebenarnya plugin ni bagus untuk mereka yang selalu tukar template. Tak perlula nak pasang iklan satu-satu kan. (more…)

Ada Apa Dengan Nissan Cifero?

Entri kali ini berkenaan kereta Nissan Cifero yang dah lama release tapi masih mendapat permintaan yang tinggi dan harganya pun wow..boleh tahan.

Suami saya memang kemaruk la dengan kereta ni. Memang menjadi idaman untuk menjadi 2nd car selepas MyVi yang pakai sekarang ini. Dua bulan yang lalu, kami usha-usha la kat Used Car area Sg. Petani ni. Tiba-tiba fuyooo…Ternampakla ni..

Cantikkan? Aduh…

But bila dilihat harganya.. (more…)

WordPress, New Domain and New Hosting

blogspot to wordpress

Terima kasih kepada blogger Malaysia, siapa lagi kalau bukan Just Khai. Entri beliau telah mempengaruhi saya untuk membeli domain dan hosting baru untuk self-hosted di WordPress.

Untuk pengetahuan anda semua, ini bukanlah blog pertama yang saya tulis. Ini adalah blog yang entah keberapa ditulis. Alasannya, blog  itu belum sebati lagi dengan jiwa saya walaupun saya suka blogwalking dan menjadi silent reader di blog orang lain. Dulu, saya berblogging menggunakan Blogspot sebagai platform. Ini adalah keberanian saya untuk mencuba sesuatu yang baru setelah membaca kebanyakkan blogger mencadangkan WordPress berbanding Blogspot.

Pindah Rumah Dari Blogspot ke WordPress

Besar sungguh kuasa blog dalam mempengaruhi seseorang. Manakan tidak, kalau ada entri yang menyentuh sensitiviti atau ‘ada orang yang perasan’ macam la dituju padanya terus melatah. Saya akui kebanyakkannya begitu. Sebab itulah sebagai manusia biasa kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri.

Saya mula blogging menggunakan blogspot. Walaupun kita boleh tukar domain blogspot kepada domain self-hosted tetapi saya lebih berminat untuk blogging menggunakan wordpress. Bila dah lama blogging, teringin jugak nak address blog macam blogsaya.com, blogsaya.net ke..Hehe.. Takla macam blogsaya.blogspot.com atau blogsaya.wordpress.com. Panjangkan nama domain dan tak nampak global. Tapi kalau dah pakai domain self-hosted tak boleh tukar-tukar dah. Kena fikir masak-masak nak pakai nama apa untuk domain baru.

Sebelum bersedia tukar kepada domain dan hosting, firkir masak-masak nama domain sebab bila dah buat susah nak tukar apatah lagi jika kita dah ada follower. Sebab lain adalah bila kita dah mula tulis blog, google akan crawl blog kita. Bila kita asyik-asyik tukar nama blog, seolah-olah kita ini suka berpindah rumah. Bayangkan setiap bulan pindah rumah, penatkan. Banyak perkara yang perlu kita setup dari zero. SEo pun mungkin terjejas.

Jika entry dalam blogspot anda ada banyak, jangan risau sebab semua entry kita boleh pindah ke blog baru wordpress self-hosted. Jika anda nak juga berpindah wordpress, saya cadangkan guna hosting serverfreak terbaik Malaysia.

Kalau anda masih zero mengenai blog, sila dapatkan panduan buat blog.

Selamat berblogging!

Malaysia Web Hosting