Category: Perkembangan Bayi

E43 Kaedah Montessori – Aktiviti Color Sorting

aktiviti montessoriBermain sambil belajar tak susah sebenarnya. Banyak sebenarnya di sekeliling kita yang boleh kita guna. Mainan anak-anak tak perlu semua dibeli, boleh saja guna apa yang ada di rumah. Jimat!

Bila anak-anak dah besar, mak pun tak serabut kepala ke mana nak buang mainan kan?

Kaedah Montessori – Sorting

Antara aktiviti mudah untuk anak-anak bermain sambil belajar adalah dengan aktiviti ‘sorting’.

Aktiviti pertama Fateh untuk sorting adalah ‘color sorting’. (more…)

E42 Tips Mudah Membeli Mainan Anak

Entri sebelum ini saya ada kongsikan mengenai Tips Membeli Mainan Bayi Mengikut Usia dengan panjang lebar. Sekali lagi saya kongsikan Tips Mudah Membeli Mainan Anak.

Mainan adalah satu pelaburan yang besar untuk anak-anak. Pastikan mainan yang dibeli bermanfaat supaya pelaburan yang dikeluarkan berbaloi.

Mainan adalah pelaburan untuk perkembangan minda anak-anak,”
Marianne Szymanski, Presiden Toy Tips Inc. menerusi laman web Parents.com.

Sebelum membeli mainan anak, ambil masa sekejap dan fikirkan sebelum membuat keputasan membeli berdasarkan Tips Mudah Membeli Mainan Anak. (more…)

E41 Tips Membeli Mainan Bayi

Kalau ke kedai mainan, rambang mata tengok mainan yang pelbagai. Sejak jadi mak, beginilah perangainya, mengalahkan anak. Padahal Fateh bukan tahu apa-apa lagi. Asyik ajak suami pergi kedai mainan. Melebih-lebih pula mak baru ni, padahal sebelum mengandung dah bagi amaran pada diri sendiri. Selalunya mainan yang dibeli bukanlah Fateh main sangat pun. Dia lagi suka sepahkan barang dalam rumah.

Seronokkan jadi bayi dan kanak-kanak, kerjanya hanyalah bermain dan buat sepah dalam rumah. Tak apalah anak-anak, bermainlah puas-puas. Nanti nak kena hadapi dunia yang kejam dewasa nanti.

Mainan adalah pelaburan untuk perkembangan minda anak-anak,”
Marianne Szymanski, Presiden Toy Tips Inc. menerusi laman web Parents.com.

Bermain Sambil Belajar

Bermain adalah fitrah bayi dan kanak-kanak. Kerja mereka pada usia sebegini hanyaah bermain. Sebagai ibubapa kita hendaklah memainan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Walaupun kerja mereka hanya bermain ibubapa boleh merangsang perkembangan mida mereka dengan belajar sambil bermain. Bermain membantu merangsang kemahiran bersosial, intelektual, bahasa dan kemahiran menyelesaikan masalah. Sekarang sudah banyak permainan yang dapat merangsang perkembangan minda, sosial dan kemahiran motor mereka. Bermain adalah sesuatu yang menyeronokkan. Jadikan permainan yang menyeronokkan itu sesuatu yang bermanfaat.

Saya bukan mak yang pandai pun bila membeli barang mainan. Beberapa bulan kebelakangan ini, baru tahu pasal kaedah Montessori untuk diaplikasikan pada bayi dan kanak-kanak. Saya jatuh cinta dengan kaedah Montessori ini. Insyaallah saya akan terapkan dalam aktiviti bersama Fateh nanti.

Bila ada anak, mak pak yang teruja lebih nak beli barang mainan. Pak nak beli segala backhoe yang ada. Saya pula lebih kepada nak beli ‘edu toy’. Saya tak minat patung. Tapi ada juga patung ‘sekor’. Daddy Fateh yang beli. Tapi tak dapat nak main pun sebab berbulu. Tak sesuai pula untuk Fateh yang selalu menggigit. Bimbang bulu berterbangan dan masuk mulut dan hidung. Oleh kerana itu, jika membeli barang mainan anak lihatlah dulu label yang mencadangkan kesesuaian umur anak untuk sesuatu mainan.

Pada awalnya, saya banyak berikan ‘soft toys’ kepada Fateh dan barang mainan yang boleh digigit seperti teether.

Saya beri mainan kepada Fateh sesuaikan dengan peringkat usia dia.

Tips Membeli Mainan Bayi Mengikut Usia

Bayi 0-3 bulan

Seingat saya mainan pertama Fateh adalah rattle dan taggies blanket. Saya berikan rattle dan taggies semasa Fateh belum pandai menggenggam lagi kepada Fateh.

Rattle bagus untuk diberikan kepada bayi kerana ada bunyi, warna dan tekstur yang menarik. Saya suka bunyikan rattle dengan menggerakkan ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan untuk melihat respon Fateh terhadap bunyi.

Pada awalnya, Fateh tiada respon kepada bunyi lama kelamaan dia ada respon kepada bunyi. Dia mencari di mana bunyi itu datang. Seronok melihat telatah bayi yang mencari-cari arah bunyi.

Semasa membeli rattle dan taggies, pastikan ianya selamat untuk bayi kerana pada peringkat usia akan datang bayi akan mula menggenggam, mengigit dan menghisap.

Rattle yang saya belikan ini boleh dibunyikan kerana ada manik di dalam gegelung plastik yang lutsinar. Apabila digerakkan kita boleh melihat manik bergerak. Gegelung ini boleh dipegang oleh bayi. Telinga gajah ini juga mengeluarkan bunyi apabila dipegang kerana ada plastik di dalamnya. Ini adalah ciri rattle yang baik untuk bayi seperti dicadangkan oleh Sally Goldberg, PhD, penulis Baby and Toddler Learning Fun (Perseus).

Bayi 3-6 bulan

Pada usia ini, bayi akan mula memegang dan menarik barang. Fateh sudah mula pandai memegang rattle dengan sendirinya dan mengoncangnya. Kadang-kadang saya perhatikan Fateh melihat pergerakan manik berwarna-warni di dalamnya sambil menggoncang perlahan-lahan.

Taggies yang saya jahitkan sendiri juga Fateh suka. Fateh suka ramas-ramas kain sambil menarik-narik tag yang mempunyai pelbagai tekstur. Fateh juga suka menghisap tanggies sehingga basah.

Idea taggies ini datang dari 2 orang ibu yang melihat anaknya yang suka bermain hujung selimut dan juga tag pada mainan dan baju. Saya pun perasan Fateh lebih gemar bermain dengan tag pada barang mainan yang saya belum buang daripada bermain dengan mainan yang dibeli. Habis tag dimakannya.

Aktiviti mandi juga boleh dijadikan aktiviti yang menarik. Mandi sambil bermain. Pada waktu inilah mak-mak boleh buat ‘bonding time’ dengan anak. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan bermain air di dalam tub mandi atau kolam kecil. Mainan patung, bola, buku kalis air boleh digunakan sebagai mainan mereka. idea bermain

Masa mak saya lihat bola yang saya belikan pada Fateh, mak saya tegur kerana bola yang saya beli berwarna pastel. Mak saya adalah bekas guru tadika. Mak saya nasihatkan untuk beli bola dari warna asas dan terang. Salah beli juga mainan Fateh. Jadi kalau nak beli mainan anak pastikan dari warna asas dan berwarna terang.

Masa mandikan Fateh, saya akan berikan buku kalis air kepada Fateh sambil beritahu dia itu ini. Sembang-sembang. Seronok!

Pastikan mainan yang diberikan kepada bayi pada peringkat usia ini adalah selamat. Elakkan mainan yang kecil dari mulutnya yang akan menyebabkan bayi tercekik. Material mainan juga semestinya selamat untuk bayi dan boleh dibasuh untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

Kini terdapat banyak taggies blanket di pasaran yang telah dimodifikasi dengan meletakkan teether dan juga plastik di dalamnya untuk tujuan bunyi kerana bayi sukakan bunyi.

Bayi 6-12 bulan

Saya memperkenalkan buku kepada Fateh semasa berusia 10 bulan. Saya berikan buku kulit keras kepada Fateh. Buku pertama Fateh adalah buku mengenal haiwan. Setakat ini, Fateh tidak pernah menggigit buku kulit keras tetapi kalau buku yang kertas biasa Fateh suka gigit dan makan.

Sebaiknya berikan ‘soft book’ kepada bayi kerana pada usia ini bayi masih suka memasukkan barang ke dalam mulut. Fateh di usia 1 tahun masih lagi suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

Kadang-kadang saya berikan periuk kepada Fateh untuk bermain. Dia suka dan bolehlah saya buat kerja di dapur. Fateh akan mengetuk-getuk periuk. Anda juga boleh berikan sudu, senduk kepada bayi kerana pada usia ini bayi suka mengetuk-getuk.

Semasa 10 bulan, saya belikan drum kepada Fateh. Fateh suka juga. Fateh akan mengetuk-getuk drum sampai terlompat-lompat. Pada usia ini, bayi sudah boleh memegang dengan kemas.

Seawal 6 bulan, bayi sudah mula tumbuh gigi. Anda boleh berikan mainan yang selamat untuk digigit atau berikan teether kepada bayi untuk melegakan gusi mereka.

Bayi 9-18 bulan

Kebanyakkan bayi sudah mula bertatih semasa usia 9 bulan. Anak saya pada usia 1 tahun masih belum boleh berjalan. Pada usia ini juga, bayi mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Bayi pada peringkat ini boleh diberikan permainan yang bersifat interaktif.

Toy tower adalah antara contoh permainan yang berinteraktif. Membina menara mainan membantu membentuk kordinasi tangan dan mata dan belajar tentang hubungan spatial. Permainan ini membantu anak kita menyusun dengan seimbang iaitu berdasarkan saiz yang berbeza.

 montessori toy

Saya ada belikan toy tower kepada Fateh sejak awal lagi. Setakat ini Fateh lebih suka mencabut gelung berbanding membina tower. Walau diajar banyak kali untuk membina tower nampaknya Fateh masih belum memahami. Fateh lebih suka bermain dengan gelung cincin dengan memegang, mengetuk dan membaling.

Rasanya ini sahaja yang boleh saya kongsikan. Fateh masih 1 tahun. Saya akan update lagi dari masa ke semasa.

E38 Buku Pertama Bayi – Mari Mengenal Haiwan

E37 Tips Cantikkan dan Kuatkan Gigi Bayi

Seingat saya Fateh sudah mula tumbuh dua batang gigi semasa berumur 7 bulan. Semasa 10 bulan, Fateh sudah ada 8 batang gigi yang kuat dan sihat sampaikan saya selalu berteriak apabila dia menggigit tatkala saya mengorek-gorek mulutnya yang suka masukkan sesuatu yang dia jumpa di atas lantai. Entah berapa banyak tahi cicak yang dah dimakan pun tak tahulah.

Sebelum Fateh mula tumbuh gigi, mak saya sudah berpesan untuk oleskan bawang putih pada gigi yang tumbuh. Mak saya kata untuk cantikkan gigi. Wallahualam.

Kami adik-beradik dulu pun semuanya dioleskan bawang putih pada gigi apabila tumbuh. Cuma saya sahaja tak sempat kerana mak saya tak tahu. Mak saya dapat petua ini dari seseorang. Misi juga berpesan pada mak saya untuk oleskan bawang putih pada gigi anak juga.

 Tips Cantikkan dan Kuatkan Gigi Bayi

Caranya mudah sahaja. Ambil sebiji bawang putih dan ketuk sedikit. Sapukan pada gigi yang tumbuh. Apabila gigi tumbuh lagi, sapukan lagi.

E30 Misi, Anak Saya Sembelit

Assalamualaikum

Sudah setahun saya menjadi ibu kepada insan comel yang kami suami isteri tunggu selama 6 tahun.Pelbagai ikhtiar dari perubatan moden sehingga tradisional yang saya cuba apatah lagi 2 tahun lalu saya disahkan pula mengalami PCOS. Alhamdulillah saya mendapat perkhabaran kehamilan semasa hari lahir saya. Allah swt tunjukkan lagi kehebatanNya dengan melahirkan anak bertuah ini pada hari lahir suami pula. 2 hari lalu, insan kecil ini telah genap 1 tahun.

Bayi Sembelit

Semasa memperkenalkan makanan pelengkap pada umur 6 bulan, Baby Fateh mengalami beberapa keadaan sembelit. Saya yang pertama kali melihat kesukaran anak sembelit agak panik dan kasihan melihatnya. Kadang-kadang Baby Fateh menangis semasa membuang air besar kerana sembelit.

Lebih kurang masa Baby Fateh dah 4 bulan, perlahan-lahan Baby Fateh dah kurang kekerapan membuang air besar. Baby Fateh buang air besar seminggu sekali. Bila saya cari maklumat di internet, bayi yang menyusu badan penuh  kurang buang air besar. Saya rasa lega tapi risau juga kalau sampai seminggu tak buang air besar.

Setelah Baby Fateh mula makan makanan pelengkap, Baby Fateh masih kurang buang air besar. Selain itu, Baby fateh juga sembelit. Saya jadi panik dan kasihan pada anak pula bila sembelit. Hanya ibu sahaja tahu perasaan ini.

Give ‘P’, stop ‘BRAT’

Pelbagai cara saya gunakan untuk melawaskan pembuangan air besar antaranya dengan memberikan buah-buahan yang membantu melawaskan pencernaan. Give ‘P’, stop ‘BRAT’. ‘P’ adalah singakatan untuk papaya, plum, prune, pumpkin, dan pear. ‘BRAT’ adalah singakatan untuk bread, rice, apple sauce dan toast. Sekiranya bayi sembelit give ‘P’ dan jika bayi cirit-birit stop ‘BRAT’. Di sini pentingnya untuk ikut Peraturan Tunggu 4 Hari semasa memperkenalkan makanan pelengkap semasa berumur 6 bulan supaya kita boleh kenalpasti makanan manakah yang menyebabkan sembelit mahupun cirit-birit. Setakat hari ini, Baby Fateh tak pernah mengalami cirit-birit lagi.

Beri Air Masak Yang Cukup

Susu ibu mengandungi 88% air. Semasa fateh dah mula makan makanan pejal saya bagi sedikit sahaja air. Masa itu, saya belum dapat maklumat tepat berapa banyak bayi boleh minum. Kalau banyak minum nanti kurang pula minum susu badan. Bayi dibolehkan minum air masak tak lebih 2-3oz sehari atau seperti yang dicadangkan. Jadi saya sukat pemberian air masak dan alhamdulillah masalah sembelit semakin berkuragan.

Cairkan Puri

Saya cairkan puri dengan susu badan.

Membuat Urutan Bayi

Saya juga membuat urutan bayi supaya senang membuang. Saya bertanyaan kepada misi. Misi galakkan untuk beri betik dan urutan. Betik bagus untuk melawaskan pembuangan air besar. Misi galakkan untuk kerap buat urutan kayuhan basikal. Selama ini saya buat kayuhan basikal tapi mungkin tidak kerap. Saya juga bertukar minyak telon kepada Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah semasa Baby Fateh 7 bulan. Saya memang suka bertukar-tukar minyak telon. Sampai sekarang saya setia dengan Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah sebab selepas guna Minyak Tenang Anakanda 2 hari, Fateh terus membuang air besar setelah seminggu tak membuang. Alhamdulillah, kebetulan pula minyak ini datang tepat pada waktunya. Minyak ini serasi dengan Baby Fateh yang susah nak membuang setiap hari. Penggunaan Minyak Tenang Anakanda dan urutan bayi juga membantu melegakan kembung perut bayi. Sejak gunakan Minyak Tenang Anakanda, Baby Fateh dah tak kembung.

 

E21 Kaedah Montessori Untuk Kanak-Kanak

Sebelum Fateh lahir saya bimbang juga jika gagal menjadi seorang ibu yang baik. Saya berfikir-fikir kaedah macam mana yang saya harus terapkan untuk pendidikan Fateh di rumah. Usia 2 tahun pertama ini bagi saya amat kritikal untuk perkembangan anak-anak kerana mereka mudah meniru apa yang ibu bapa dia buat.

Saya cukup berhati-hati.

Kaedah Montessori

Saya baru sahaja mengetahui mengenai Kaedah Montessori. Kaedah Montessori diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906 untuk kanak-kanak terencat akal. (more…)

E17 Baby Fateh Masih Belum Berjalan

Masa berlalu semakin pantas. Ramadhan bakal menjelma dan kita sudah menghampiri pertengahan tahun 2017. Pada 24 April 2017 lalu, Fateh sudah genap 1 tahun. Sekejap sahaja Fateh sudah 1 tahun. Saya masih terasa baru semalam melahirkan Fateh dan baru semalam memeluk tubuh kecil yang ringan itu.

Bila balik kampung atau ke mana-mana, orang akan berbunyi (more…)

E6 Jurnal Makanan Bayi 6 Bulan – Baby Fateh Dah Mula Makan Makanan Pejal

makanan pelengkap bayiSebelum Fateh berumur 6 bulan, saya mencari maklumat dan belajar sedikit mengenai makanan pelengkap. Banyak perkara baru mengenai pemakanan bayi yang saya belajar dan bukan mudah juga sebab saya ingin memberikan makanan yang sihat dan terbaik untuk anak saya. Saya mencari maklumat di internet, beli buku untuk belajar mengenai makanan pelengkap bayi. Zaman sekarang banyak penyakit dan tentulah saya ingin berikan makanan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga tak mahu anak rosak dengan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan. Cukuplah kita yang dewasa ini sudah rosak dengan makanan yang tidak sihat sejak dari kecil. Saya tak mahu anak mengikut sama makan makanan yang tidak sihat. Oleh itu, Insyaallah saya mahu memberi makanan yang sihat dan pendidikan pemakanan yang sihat sejak dari kecil lagi. Jadi  jika mahu anak sihat, mak ayah perlu cari ilmu dan anak juga harus diajar mengenai pemakanan yang sihat sejak dari kecil lagi.

Seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Semakin banyak membaca mengenai makanan pelengkap, saya sebagai ibu baru kadang-kadang bingung. Sebenarnya banyak juga pendapat pakar pediatrik mengenai (more…)

E1 Makanan Pertama Bayi – Yeay, Baby Fateh Dah Mula Makan Makanan Pejal

MAKANAN PELENGKAP BAYIIbu-ibu pastinya tak sabar nak tunggu 6 bulan untuk mulakan Baby First Food atau Makanan Pertama Bayi. Saya pun tak sabar tapi dalam tak sabar tu boleh tak Baby Fateh jangan cepat sangat membesar. Boleh tak maintain jadi bayi je?

Yeay, Baby Fateh Dah Mula Makan Makanan Pejal

Bila anak dah mula makan makanan pejal atau makanan pelengkap, perlahan-lahan bayi akan kurang minum susu apatah lagi kalau anak yang minum susu ibu sepenuhnya. Mummy rasa dah lainlah. Sebagai seorang ibu baru, perasaan seorang ibu itu menjadi bercampur aduk antara gembira dan sedih. Sebagai seorang ibu, tentunya saya rasa (more…)

Malaysia Web Hosting