Category: Peribadi

Tips Bijak Merancang Wang

Saya tak pandai tips merancang kewangan namun agak kurang bijak jika saya simpan dan tidak war-warkan mengenai Tips Bijak Merancang Wang yang telah diusahakan selama 10 tahun oleh perancang kewangan bertauliah Islamic Financial Planner (IFP), Saudara Afyan Mat Rawi.

Saya dah lama follow beliau di facebook mengenai tips insurans dan takaful dan juga tips kewangan supaya tak salah langkah dan terpaksa menghadapi malapetaka akibat kebodohan perancangan kewangan, kebodohan terikut-ikut trend semasa, kebodohan akibat kurang ilmu kewangan dan kebodohan asyik terjerat dengan promosi murah-murah yang akhirnya sendiri menyesal lepas tu buat lagi buat sejuta kali. Kah!

Saya ingin kenalkan satu E-Learning Seminar Bijak Merancang Wang atau #eSeminarBMW adalah rangkuman modul mengurus kewangan yang dimulai dengan pembentukan mindset kewangan yang betul dan kemudian diikuti dengan profil kewangan dari mula mendapat gaji, mengumpul harta, menguruskan hutang, membuat simpanan, melanggan takaful, merancang persaraan, membayar zakat sehinggalah kepada pengurusan wasiat dan pusaka.

Sebelum ini ia dipersembahkan dalam bentuk ceramah namun kini buat pertama kalinya dipersembakan dalam bentuk rakaman video dan disertakan bersama dengan ebook dalam pakej #eSeminarBMW. Now everyone can learn.

Hikmah PKP kan banyak ebook dan LIVE dari orang hebat yang diberikan PERCUMA dan juga diskaun yang banyak.

Apa isi kandungan ebook Bijak Merancang Wang yang Insyaalah mampu Merubah Cara Anda Urus Kewangan? Mesti nak tau kan?

Isi kandungan Ebook Bijak Merancang Wang

Siapa yang harus dapatkan Ebook Bijak Merancang Wang ini?

Tak kira siapa pun anda, jawatan anda asalkan anda berada dalam situasi berikut, anda wajib dapatkan Ebook Bijak Merancang Wang ini sebelum malapetaka lebih besar berlaku lagi. Serius.

Gaji tak cukup. Belum gaji pun dah tau kemana wang nak pergi sebab hutang banyak.

Asyik tambah hutang sebab poket tak sempat hujung bulan dah pokai.

Seronok tengok orang berkereta besar. Gatal buat loan lepas sesak nak buat ansuran bulan-bulan.

Asyik terjebak dengan promosi murah lepas tu menyesal entah beraa juta kali. Tak serik.

Keliru dengan produk kewangan di luat seperti insurans dan unit trust.

Nak melabur tapi tak tahu, tak ada ilmu. Asyik kena tipu dengan skim cepat kaya.

Tak ada disiplin menyimpan. Tak sempat tabung ayam penuh, dah kena pecah. haha

Ada alami situasi ini. Saya yakin ramai.

Sebelum itu, Talk to Allah dulu masalah dan situasi anda. Berdoa sungguh-sungguh semoga Allah bagi kemudahan jalan keluar.

Semoga kehadiran ebook Bijak Merancang Kewangan mampu mengubah kewangan keluarga anda.

Jom jadi orang bijak!

3 hari ini E-learning Bijak Merancang Wang buat tawaran murah sehingga 26 Jun 2020 sebelum kembali ke harga asal. Klik segera untuk daftar.

klik sini

Dalam pakej #eSeminarBMW versi kemaskini ini pembeli akan terima

1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW

Semua ini hanya RM79 sahaja untuk masa terhad. Klik sini untuk pembelian.

Jom baca sikit mereka yang dah buat tindakan dengan ilmu dalam E-Learning Seminar Bijak Wang ini.

Teruja? Jom klik sini untuk pembelian Ebook Bijak Merancang Wang.

Keguguran Rambut Teruk Bila Ada PCOS

Salah satu masalah yang dihadapi oleh pengidap PCOS adalah keguguran rambut. Rambut gugur teruk bila ada PCOS adalah perkara biasa dikalangan PCOS kerana keguguran rambut adalah salah satu simptom PCOS. Zifa mengalami masalah keguguran rambut kronik 4 bulan sebelum hamil anak pertama pada tahun 2015. Masa tu Zifa berada di Lombok, Indonesia.

Kenapa Zifa kata keguguran rambut kronik? Rambut gugur setiap hari adalah normal. Ikutkan Zifa keguguran rambut lebih dari kebiasaan sebab nampak perubahan rambut makin menipis. Tapi kali ini agak teruk, boleh kata sekali tarik rambut, banyak rambut dari kebiasaan yang dah tak biasa tu.

Sampaikan Zifa fikir, eh aku kena kanser ke ni? Punyala pengaruh drama Melayu sangat. Bhahaha

Masa kat Lombok tu, rasa agak panik juga. Kanser ke aku ni? Kanser ke aku ni? Drama sangat!

Masa hamil pada tahun 2015, Zifa buat komplen pada doktor dan doktor kata biasa. Tapi aku cakap ni luar biasa dah doktor. Kepala saya dah nak botak dah. Sedih betul tengok rambut. Benarlah rambut itu mahkota berharga wanita walaupun bertudung litup.

Bila mandi tak sampai sehari, penuh rambut dekat lubang air bilik mandi. Bayangkan bila terjaga tengah malam, nak kencing nak mandi solat tahajud di kala waktu itu sunyi sepi, semua orang tidur boleh pula fikir Ju-On. Kalau pernah tengok Ju-On, seketul rambut palsu atas lantai yang tiba-tiba hidup menjadi Ju-On. Seram nak mandi malam-malam. Bhaha

Lepas tu, doktor O&G refer untuk jumpa doktor dermatologi. Amik darah lagi. Dari result darah tu didapati semua normal. Memanglah normal sebab masa amik darah rambut Zifa dah tak gugur. Dan faham faham je lah nak tunngu appoinment dengan pakar dermatologi pun rambut dah normal balik. Keguguran rambut Zifa ni on off. Sekejap ok, sekejap tak ok.

Kat medical report doktor diagnosis ‘alopecia’. Alopecia adalah istilah keguguran rambut. Bila Zifa tanya pasal PCOS dan keguguran rambut, doktor kata tiada kaitan. Ok. Zifa pelik juga dengan doktor kat Malaysia ni sebab setiap kali jumpa doktor Zifa selalunya akan tanya soalan yang sama. Ada doktor kata PCOS boleh sembuh. Ada doktor kata PCOS boleh dikawal sahaja.

Jika google info kaitan PCOS dan keguguran rambut banyak yang berkaitan. Doktor ni belajar tak sama ke? Confuse sudah. Hmmmm

Bila result darah normal. Zifa pun minta discharge la. Segan nak pi dah. Ikutkan masa doktor ambil darah tu, rambut tak gugur dah. Rambut gugur ni on off. Bila gugur, masyaallah. Bila ambil darah masa rambut tak gugur teruk, tiada apa yang boleh find out dari result darah tu.

Cuma doktor rekemen Zifa ambil Zink dan Magnesium dan doktor nasihatkan stop ambil suplemen Shaklee.

Dan sekarang Zifa Cuma minum suplemen Premamma dari Ellsee je. Alhamdulillah, sesuai dengan Zifa. Zifa makan sejak 2017 lagi masa anak pertama umur 8 bulan.

Dan sekarang keguguran rambut lagi teruk. Bilalah nak berhenti gugur ni. Dah hampir sebulan berlalu. Ngeri tengok ehhh. Now, Zifa fokus balance balik hormon. Sebab tu rambut gugur on off sebab hormon tak seimbang.

Premamma Zifa dah kurang konsisten makan sebab kena sembunyikan dari anak. Hahaha. Bila sembunyi, lupa terus nak makan. Kalau tak sembunyikan, boleh habis satu botol macam minum Yakult. Ulang dan ulang minum sampai habis.

Ada PCOS, never been easy but chill-lah. Senyum selalu.

Saya PCOS, Masih Berjaya Hamil Buat Kali Kedua


pcos hamilSyukur kepada Allah SWT selepas kelahiran anak pertama, Zifa berdoa agar dikurniakan lagi anak selepas anak genap 2 tahun.
Zifa masih ingat lagi, doktor ada memberitahu yang jika pengidap PCOS boleh berjaya hamil bermakna PCOS bukan berada pada tahap yang serius. Dan kali ini Zifa buktikan yang Zifa PCOS, masih berjaya hamil buat kali kedua.

Sepanjang 2 tahun, Zifa direct breastfeeding sepenuhnya anak pertama sehingga dikhabarkan berita gembira kehamilan sebulan sebelum anak berusia 2 tahun. Zifa berhenti fully breastfeeding sepenuhnya masa anak berusia lebih kurang 2 tahun 3 bulan.

Sepanjang 2 tahun, memang Zifa tak ambil apa-apa perancang dan tak merancang. Orang cakap berserah, tapi mindset Zifa nak hamil masa anak genap 2 tahun.

Apa yang Zifa buat sebagai pengidap PCOS adalah jaga makan seperti dulu, tapi macam banyak ‘cheating day’ je dan workout tak buat macam dulu. Masa belum anak dah boleh berjalan je sempatlah ikut workout dalam youtube. Rasanya workout jaga anak pun dah cukup. Hahaha

Malam bila terjaga tak lupa untuk solat hajat dan tahajud minta sungguh-sungguh dengan Allah SWT yang Zifa nak hamil masa anak genap 2 tahun. Zifa datang bulan semasa anak berusia lebih kurang setahun 3 bulan. Masa tu Zifa dah amalkan suplemen PREMAMMA dan masa tu jugak masa anak berusia 7 bulan Zifa dah mula berniaga online kembali selepas rehat panjang 2 tahun.

Sepanjang breastfeeding Fateh, Zifa hanya amalkan PREMAMMA untuk banyakkan susu badan dan tenaga. Bila period datang kali pertama Alhamdulillah normal. Zifa ada masalah period tidak stabil sebelum ini sejak zaman remaja. Bila masuk kitar yang kedua, period mula tak stabil sebab tak minum Premamma secara sengaja. Lepas tu Zifa on off minum Premamma nak tengok reaksi period dengan premamma.

Bila Zifa minum Premamma, Alhamdulillah period lancar. Kandungan dalam Premamma adalah antara superfood yang Zifa makan semasa nak dapatkan anak pertama tetapi ambil secara satu persatu dan bancuh sendiri yang pernah Zifa kongsikan Tips Mudah Hamil PCOS. Contohnya dulu Zifa ambil suplemen minyak ikan, jus delima, habbatus sauda. Semuanya diambil satu persatu.

Minyak ikan digalakkan ambil bagi pengidap PCOS dan juga untuk ikhtiar hamil

Kali ini dah mudah sebab dah ada Premamma. Macam posting nak menjual je nih. Keh keh. Tapi serius, inilah amalan Zifa dalam usaha nak dapatkan anak kedua.

Premamma bukanlah asbab utama untuk hamil, tapi kalau tak usaha bagaimana kita nak buka ruang rezeki, nak Allah lihat usaha kita. Waktu subur yang tepat, pemakanan seimbang, emosi yang stabil, doa yang tak putus-putus adalah faktor penyumbang kepada kejayaan sesuatu kehamilan. Pasangan juga memainkan peranan dalam hal ini.

Zifa doakan semua suami isteri yang tidak henti-henti berdoa dan berusaha dari segenap penjuru untuk mendapatkan zuriat agar dikurniakan zuriat. Nasihat Zifa, berjumpalah dengan doktor terlebih dahulu jika dalam tempoh setahun perkahwinan masih belum dikurniakan zuriat.

Alhamdulilah, ada yang berjaya hamil dengan Premamma. Fokus ikhtiar hamil bukan fokus Premamma tapi alhamdulllah dapat feedback yang ada yang berjaya hamil dengan Premamma dan Postmamma Ellsee.

Nak tahu lanjut mengenai suplemen Premamma dan Postmamma Ellsee boleh klik minisite Zifa ini. Klik sini

ellsee cinta hati wanita

Pengidap PCOS Boleh Hamil Bahagian 2


MUDAH HAMIL PCOS
TIPS MUDAH HAMIL PCOS

Posting pertama untuk tahun 2018. Ya Allah dah lama rupanya tak tulis blog sejak media sosial facebook dan instagram mencuri hatiku. Tapi blog AlamHati tetap No. 1 di hati walaupun dah jarang update. Bila menulis di blog ni, rasa penulisan lebih jujur dan telus gitu. Blog AlamHati macam duk santai rumah sendiri sebab beli tanah sendiri, rumah sendiri, bayar sewa sendiri dengan penat lelah. Cuma nak deko deko blog je tak pandai. Bersepah betul rumah blog Zifa ni. Instagram dan facebook tu menumpang tanah dan rumah Mark Zuckenberg je.

Zifa nak sambung mengenai kisah perjuangan Zifa untuk hamil sebagai pengidap PCOS. Bila anak dah nak masuk 2 tahun, dah naik semangat balik nak trying to conceive (TTC) anak yang kedua pulak.

So Zifa nak flash back apa yang Zifa buat dulu.

Bahagian 1 dulu kisah Zifa berakhir dengan pertanyaan dan tanda tanya adakah IUI Zifa yang ketiga berjaya. Peluang IUI (more…)

Apa Itu MLM? Apa Sebenarnya MLM?

multi level marketing

multi level marketingBila sebut pasal MLM (Multilevel Marketing) ramai sahaja orang yang sentak seperti dengar pasal insurans. Fobia pun ada. Masing-masing ada pengalaman pahit manis dengan MLM. Betul tak?

Saya pun banyak terjebak dengan MLM tapi sebagai sleeping partner kerana kebaikan produk yang menjadi keutamaan saya. Kadang-kadang saya tak jadi ahli pun tapi saya tetap jadi pengguna sebab kebaikan produk. Tapi kalau dah selalu membeli rugilah tak jadi ahli sebab bila jadi ahli ada diskaun. Rugilah kalau tak daftar.

Satu-satunya MLM yang saya (more…)

IUI Kali ke-3 Gagal

not pregnant

Lepas balik dari Photocamp Bali-Lombok, ingatkan dengan harapan yang tinggi dapatlah mengkhabarkan berita gembira seumur hidup saya dengan skrip yang tak sabar saya nak ucapkan.

“Abang, I’m pregnant”.

Kebetulan pula, bulan ini adalah anniversary perkahwinan kami yang ke-6, 8 Jun 2015. Saya memang harapkan yang saya hamil hasil dari IUI yang kami buat 2 minggu lepas.

Saya ternanti-nanti nak buat ujian UPT jika datang haid lewat. Bulan ni punctual betul dia datang. Tak sempat pun nak buat UPT. Frust gilerlah.

Harapan hanya tinggal harapan apabila IUI kali ke-3 ini tak berjaya. Tiada rezeki kami lagi. Doktor cakap kalau IUI tak berjaya, kami dah boleh menjalani prosedur IVF. Mahalnya kos nak buat anak ini. Mau kena ada duit dalam RM8k – RM10k. Minggu depan kena pergi hospital baliklah untuk buat temujanji IVF pula.

Mudah-mudahan lepas ini adalah rezeki kami. Doa-doakan moga ada doa yang termakbul. Amin.

Sumber imej: www.negativepregnancytest.com

Wanita Pantas Bercakap dari Berfikir

wanita banyak cakap

wanita banyak cakap

Pengalaman hidup selama dot dot dot.. hehe banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan dan ragam manusia. Manusia ini ada macam-macam jenis dan ‘peelnya’ baik lelaki mahupun perempuan.

Tengok sahaja pemandu di Malaysia, ada yang sopan, sopan sangat sampai berderet ular sawa kat belakang, ada yang pecut laju tak hiraukan pemandu lain (agaknya nak terberak sangat kot). :)

Belum lagi berjumpa pemandu wanita. Kuhh semangat. Orang lelaki cakap, (more…)

Penyakit Tekanan Darah Tinggi Pembunuh Senyap

darah tinggi

Sudahkah anda mengukur tekanan darah anda hari ini?

Jika tidak lakukan dengan segera kerana penyakit tekanan darah tinggi adalah pembunuh senyap nombor 1 di kalangan rakyat Malaysia. Bilangan pesakit tekanan darah tinggi semakin meningkat setiap tahun.

Definisi Penyakit Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi atau hipertensi bermaksud saluran darah akan menjadi (more…)