Category: Makanan Bayi

E36 Makanan Jejari

makanan jejari

Apakah Makanan Jejari?

Selepas memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, ibu bapa boleh mula memberikan makanan jejari pula kepada bayi. Makanan jejari adalah makanan yang boleh dipegang sendiri dan dimakan sendiri oleh bayi. Kebanyakkan bayi boleh makan makanan jejari semasa berumur 8 bulan kerana pada umur ini bayi sudah boleh menggenggam.

Saya mulakan makanan jejari kepada Fateh setelah kekerapan makan meningkat dengan hidangan snek di antara (more…)

E39 Tips Penyimpanan Bahan Mentah Ayam Dan Daging Untuk Sediakan Makanan Bayi

tips di dapurPenyimpanan yang praktikal akan memudahkan banyak urusan dan menjimatkan masa. Peti ais yang tersusun dan kemas akan memudahkan carian. Namun, kemas sahaja tidak cukup tetapi perlu juga praktikal. Bahan-bahan mentah perlulah mudah dicari, diambil dan menjimatkan masa untuk mengemas kembali. Oleh itu, kerosakan makanan dan kehilangan nutrien dapat dikurangkan.

Semasa Fateh sudah mula makan sumber protein (more…)

E22 Buku Panduan Makanan Pertama Bayi

buku resepi bayiAssalamualaikum ibu, mummy, mama dan anak-anak syurga. Semoga kalian sihat.

Sebelum memperkenalkan makanan pertama bayi kepada Baby Fateh saya terlebih dahulu membaca buku dan panduan untuk pemakanan bayi. Saya adalah ibu baru dan tentulah banyak pertanyaan yang bermain di fikiran saya. Misi utama sebagai ibu dalam soal pemakanan bayi adalah ingin memberikan pemakanan yang sihat dan terkawal. (more…)

E20 Peralatan Memasak Untuk Menyediakan Makanan Bayi

Fateh sudah berumur 1 tahun. Sepanjang menyediakan makanan bayi sejak Fateh dari umur 6 bulan lagi, saya rasa sangat seronok. Sudah bermacam-macam resepi yang saya cuba dari pelbagai jenis bijiran, buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Ada juga yang tak pernah kami makan selama ini Fateh dah merasa. Bertuahnya anak-anak sekarang. Kecil-kecil dah makan buah avocado. Mummy umur 31 tahun baru merasa avocado. Itupun sebab pergi Bali tengok ada menu jus sirsak. Cubalah merasa. Bertuahkan anak-anak zaman sekarang?

Saya ingin kongsikan beberapa peralatan memasak untuk menyediakan makanan bayi berdasarkan pengalaman saya menyediakan makanan bayi untuk si comel Fateh. Peralatan yang saya gunakan adalah berdasarkan keperluan saya. Keperluan ibu-ibu mungkin tak sama dengan saya.

Peralatan Stim

Saya stim makanan menggunakan electric lunch box (ELB) yang kemudiannya saya akan kisar halus menjadi puri menggunakan pengisar.

Pengisar atau Baby Food Processor

Makanan bayi seeloknya distim untuk mengurangkan kehilangan nutrien berbanding direbus.

Berikut disenaraikan beberapa pilihan peralatan stim untuk menyenangkan kerja-kerja ibu di dapur.

  1. Beabacook
  2. Avent Philips
  3. Magic Bullet
  4. Autumz Baby Food processor

Saya gunakan ELB sahaja untuk menyediakan makanan bayi. Jika diikutkan saya berkenan dengan Beabacook kerana boleh stim makanan, masak nasi, bakar mufin dan boleh kisar terus selepas stim makanan. Tak perlu nak pindah makanan ke dalam pengisar lain. Beabacook sesuai sangat untuk mak ayah yang suka berjalan-jalan. Tapi Mummy tak mampu nak beli sebab mahal. Saya mampu pakai ELB sahaja.

Sudu silikon

Bayi 6 bulan masih belum pandai untuk menjilat makanan. Saya gunakan sudu silikon kerana lembut. Kadang-kadang Fateh suka gigit sudu bila suapkan makanan.

Bila Fateh sudah mula nak pegang sudu sendiri. Saya bertukar kepada sudu plastik yang lain pula untuk senang menyuap.

Penapis

Walaupun makanan bayi dipurikan, ada sesetegahnya makanan masih perlu ditapis untuk mendaatkan puri yang lebih halus.

Bib

Semasa Fateh 6 bulan saya gunakan bib kain. Kemudian saya bertukar kepada pelican bib kerana boleh menadah makanan yang jatuh.

Mangkuk 

Setakat ini saya menggunakan mangkuk untuk mengisi makanan Fateh. Mangkuk memudahkan bayi menyedok makanan menggunakan sudu.

Bekas ais

Saya gunakan bekas ais untuk meletakkan daging dan ayam yang telah dipotong kecil untuk sekali hidangan. Ini mempercepatkan kerja memasak untuk Fateh.

Bekas ais saya gunakan juga untuk menyimpan stok ayam. Saya sejukbekukan dulu stok ayam di dalam bekas air dan keluarkan untuk disimpan pula ke dalam bekas plastik atau plastik.

Booster seat

Semasa Fateh 6 bulan, tak sukar untuk menyuap makanan kerana masih belum merangkak. Saya agak lewat membelikan booster seat kerana tidak mahu Setelah Fateh pandai merangkak ke sana ke mari, sukar untuk saya suapkan. Penat Mummy.

Saya belikan juga booster seat. Orang Kedah kata ‘tak larat nak ligan’. Saya beli di Lazada kerana murah setelah buat tinjauan di kedai fizikal di kedai bayi berdekatan.

Highchair

Kalau perlu silakan membelinya. Saya tak beli kerana kami makan di bawah saja.

Food jar

Saya akan gunakan food jar apabila ada perjalanan jauh atau ke mana-mana tempat. Saya akan siapkan makanan dan simpan dalam food jar. Saya gunakan brand Autumz.

Lennart IKEA

Semua perkakasan Fateh seperti sudu, mangkuk, pinggan dan lain-lain saya simpan dalam satu tempat untuk memudahkan capaian dan lebih bersih.

Saya rasa setakat ini sahaja pengkongsian saya. Saya akan kemaskini lagi dari masa ke semasa.

 

E15 Resepi Bayi – Puri Avocado

resepi bayiAssalamualaikum

Avocado adalah buahan yang berlemak dan tekstur yang lembut sesuai sebagai makanan pertama bayi. Avocado kaya dengan omega-3 dan potassium. Avocado boleh diberikan kepada bayi dari 4-6 bulan lagi. Avocado juga baik untuk perkembangan otak dan fizikal bayi.

Saya memperkenalkan avoado kepada Baby Fateh semasa hari ke-203. Pakar pediatrik menggalakkan memperkenalkan sayuran hijau dulu sebelum sayuran kekuningan yang manis kepada bayi. Ia kerana bayi yang telah merasa sayuran yang lebih manis akan berkurangan untuk mencuba makanan kurang manis. Saya rasa ada benarnya juga sebab saya banyak memperkenalkan buahan manis pada awalnya dan kemudiannya baru memperkenalkan avocado yang rasanya sedikit pedar. Baby Fateh lebih suka makan avocado dengan campuran buah kering seperti kurma atau kismis.

Avocado adalah buah yang tidak perlu dimasak sebelum diberikan kepada bayi. Pastikan memilih avocado yang masak ranum. Buah Avocado sesuai dijadikan makanan dalam perjalanan kerana tidak perlu dimasak.

Resepi Bayi – Puri Avocado

Vitamin – C
Mineral – Potasium, Kalsium, Zat besi, Magnesium

  1. Avocado dibelah dua.
  2. Ambil isi avocado dan lecekkan sehingga halus menggunakan garfu.

Avocado boleh disejukbekukan.

E13 Resepi Bayi – Puri Kacang Pis

puri kacang pisAssalamualaikum

Kacang pis adalah sejenis sayuran hijau yang boleh menjadi sayuran hijau pertama untuk bayi. Kacang pis disyorkan untuk bayi berumur 6-8 bulan. Dapatkan nasihat pakar pediatrik berkenaan makanan bayi sebelum memperkenalkan sesuatu makanan kepada anak anda.

Saya gunakan kacang pis segar untuk dijadikan puri. Kacang pis yang disejukbekukan juga boleh digunakan. Sekarang saya gunakan ‘baby peas’ yang telah disejukbekukan. Anda boleh membeli di mana-mana pasaraya.

Resepi Bayi – Puri Kacang Pis

Vitamin: A, C, Folat
Mineral: Kalsium, Zat besi, Zink

  1. Ambil bahagian kacang sahaja.
  2. Stimkan kacang pis.
  3. Kisar kacang pis. Biasanya kulit kacang pis sukar dikisar. Tapis jika perlu.
  4. Untuk lagi berkrim, tambahkan susu ibu.

Saya lebih suka tambahkan susu ibu sewaktu memberi makan kepada Baby Fateh.

Baby Fateh suka makan kacang pis. Mungkin sebab rasanya yang manis.