Category: Catatan Pengalaman

E44 Pengidap PCOS Boleh Hamil Bahagian 1

PCOS

Teks: Nazifa Mazni

Ya. Benar.

Pengidap PCOS boleh hamil.

Ramai beranggapan jika wanita mengalami masalah PCOS, harapan untuk hamil adalah tipis. Anggapan itu tidak benar sama sekali kerana telah ramai wanita yang mengidap PCOS yang berjaya hamil. Namun begitu, bagi pengidap PCOS yang ingin hamil tidaklah semudah dengan wanita normal yang lain. Banyak liku-liku yang perlu diharungi. (more…)

E33 Bayi Demam – Fateh Demam Buat Kali Pertama

Sebagai ibu baru, banyak perkara yang saya perlu belajar terutamanya tentang penjagaan bayi yang melibatkan kesihatan. Saya juga perlu peka soal perkembangan bayi berdasarkan carta perkembangan bayi yang normal. Syukur Alhamdulillah, Fateh membesar dengan sihat walau ramai yang cakap Fateh kecil. Maknya kecil tentulah anak pun kecil. Betul tak?

Selagi berat Fateh dalam kotak putih dalam graf buku biru (more…)

E31 Pantang Pulut Setahun

Ada orang cakap mengandung susah. Susah kerana terpaksa hadapi alahan pada trimester pertama. Ada orang alahannya biasa-biasa, ada orang alahan teruk sampaikan terpaksa cuti 3 bulan. Mak saudara saya alahannya teruk sampaikan terpaksa cuti 3 bulan dan dah tak mahu mengandung. Sedar tak sedar bila dah lama tak jumpa, ada sepupu baru pula. Macam-macam ‘peel’ orang mengandung.

Ada segolongan lagi, rasa sakit bersalin paling tak tahan. Ada yang diberi rezeki mudah bersalin, ada pula yang susah nak bersalin. Sakit bersalin Allah sahaja yang tahu. Rasa dah tak mahu bersalin lagi. Cukuplah anak seorang. Ada pula, bersalin banyak kali (more…)

E29 – Milkbooster – Air Kurma Merah Bersama Longan Kering

resepi air kurma merah longanSebelum mengandung dan melahirkan anak pertama yang saya tunggu selama 6 tahun ini, saya berazam untuk menyusu badan secara eksklusif selama 2 tahun. Banyak yang saya baca yang ramai ibu-ibu yang tidak berjaya menyusu badan anak mereka kerana susu tak banyak dan susu kering. Saya risau juga tapi tak mahu memikirkannya sangat. Saya perlu positif.

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki kepada anak saya merasa susu ibu sehingga ke saat ini. Saya berharap untuk setahun akan datang, anak saya masih ada rezeki merasa susu ibu.

Semasa dalam pantang, kawan Cina memberi resepi (more…)

E8 Kenangan Syawal

Setiap dari kita pastinya ada kenangan indah semasa Syawal. Setap kali Syawal juga suami tidak pernah lekang bercerita tentang Syawal semasa zaman kanak-kanak. Berlainan dengan saya, saya tak banyak dapat mengimbau zaman kanak-kanak. Memori zaman kanak-kanak saya terlalu sedikit. Tapi ada satu memori yang saya ingat sehingga ke hari. Bukan sahaja semasa bulan syawal tetapi pada hari-hari lain juga.

Kenangan Syawal – Pulut Lepa Mok

pulut panggang photo
Photo by boo_licious

Arwah nenek saya sebelah ibu dipanggil dengan panggilan ‘Mok’ leh cucu-cucunya. Saya tak tahu kenapa tidak dipanggil nenek atau seangkatan dengannya. Saya pula tak pernah bertanya. Mok meninggal dunia semasa saya berusia 23 tahun.

Setiap kali tiba Syawal, kebiasaan saya selalu melihat arwah Mok akan membuat pulut lepa (panggilan orang Kelantan). Saya hanya memerhati dari jauh. Tak pernah bertanya bagaimana membuatnya, apa resepinya. Setiap kali Syawal, pulut lepa itu akan menjadi santapan utama saya. Masih terliur sehingga ke hari ini. Tiada pulut lepa setanding kesedapan arwah Mok buat.

Pulutnya lembut dan rasa isi ikannya cukup sedap sekali. Cukup rasa manisnya, cukup rasa lemaknya. Jika melihat pulut lepa yang dihidangkan semasa Syawal atau melihat di pasar saya pasti teringatkan kesedapan pulut lepa Mok.

Sehingga ke hari ini, bukan saya sahaja yang rindukan pulut lepa Mok. Ahli keluarga lain malah orang kampung juga rindukan pulut lepa Mok. Mak saya pula tidak mewarisi air tangan Mok yang pandai membuat pulut lepa.

Gulai ayam yang Mok buat juga sedap. Mak saya juga tidak mewarisi. Pernah sekali abah saya menyuruh pergi belajar membuat gulai ayam. Menyesal sehingga ke hari ini saya tidak pergi belajar. Saya hanya memerhati dari jauh sahaja Mok buat gulai ayam. Rasanya tidak sama.

Saya rindukan hidangan pulut lepa Mok di atas meja usang itu setiap kali berkunjung ke rumahnya yang kini diduduki oleh ayah saudara saya. Saya rindu. Al-Fatihah.

E7 Kenangan Ramadhan Setelah Bergelar Isteri

E5 Kursus Penulisan Blog Online Bersama Masayu Ahmad

kursus penulisan blogMudahnya Menulis

Saya mula menulis blog sejak tahun 2010. Saya bermula menulis blog dengan nazifamazni.blogspot.com dan kemudiannya bertukar kepada domain sendiri iaitu www.alamhati.com. Menulis adalah mudah namun saya bukan seorang penulis yang baik tapi oleh kerana pada waktu tersebut saya suka membaca tulisan blogger lain saya ingin juga cuba menulis.

Pada waktu tersebut, saya hanya seorang surirumah sepenuh masa jadi saya ada banyak masa terluang untuk menulis blog. Sepanjang saya menulis blog banyak perkara baru yang saya belajar. Menulis blog bukan sekadar menulis untuk syok sendiri sahaja tetapi semestinya penulisan yang memberi manfaat kepada orang lain juga. Moga-moga penulisan kita menjadi inspirasi, dakwah kepada orang lain.

Ketika saya menulis blog, pada satu tahap saya merasakan saya perlu mencari guru yang boleh membantu saya menulis dengan baik. Semua orang boleh menulis namun tidak semua orang boleh menulis dengan baik. Penulisan saya kebanyakkannya banyak ‘drag’ dan merapu. Saya inginkan penulisan yang baik yang mudah dihadam disamping dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kursus Penulisan Blog Secara Online Bersama Masayu Ahmad

Saya sudah lama berhajat untuk menyertai Kursus Penulisan Blog Secara Online Bersama Masayu Ahmad. Pada bulan April ini baru saya ada rezeki. Ketika entri ini ditulis saya masih lagi menyiapkan beberapa entri yang tertangguh. Saya sudah lama tidak menulis blog sejak saya ada Fateh. Ke manakah masa itu menghilang?

Masaya Ahmad adalah penulis di ruangan ‘Panduan Bekerja Di Rumah’ setiap minggu di terbitan Majalah Mingguan Wanita. Saya ada juga baca penulisan beliau di Majalah Mingguan Wanita sebelum ini dan banyak mengikuti beliau di facebook.

Seronok juga menyertai kursus penulisan ini kerana dapat belajar cara menulis dengan laju dan bagaimana mendapat idea untuk menulis. Untuk menulis kita perlukan idea. Bila ada idea bagaimanakah kita dapat kembangkan idea tersebut. Kadang-kadang penulisan saya tersekat kerana tiada idea dan tidak tahu bagaimana untuk kembangkan lagi penulisan saya. Itu yang saya ingin belajar.

Buat Duit Dengan Menulis

Oleh kerana itu, saya menyertai Kursus Penulisan Blog Secara Online ini supaya saya dapat mencari ilmu. Ilmu untuk menulis dengan baik. Semoga dengan Kursus Penulisan Blog ini saya dapat memantapkan lagi penulisan buruk saya ini. Ada beberapa lagi individu yang ingin saya jadikan guru. InsyaAllah jika ada rezeki saya ingin menambahkan lagi ilmu dalam penulisan blog. Amin.

Malaysia Web Hosting