Category: Catatan Harian

E45 Ulasan Kelas Asas Penulisan Blog

kelas tulis blog

Teks : Nazifa Mazni

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya tiba di entri terakhir untuk Kelas Asas Penulisan Blog yang diterajui oleh cikgu Masayu Ahmad. Sudah bertahun saya menulis blog, tapi ini baru pertama kali saya mengambil kursus penulisan blog secara formal selain kursus penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jika diikutkan saya perlu siapkan 44 entri dalam masa 20 hari, namun saya terkandas di tengah jalan. Alhamdulillah siap juga 44 entri walau banyak halangan yang perlu ditempuhi. Saya mungkin lambat menyiapkan entri pada masa yang ditetapkan namun saya dapat sesuatu melalui kursus penulisan blog ini. (more…)

E34 Orang Sekarang Suka Tayang Gambar Makanan Di Facebook

facebookSejak di bangku sekolah saya bercita-cita untuk mengambil gambar yang cantik. Dari dulu lagi kawan-kawan saya tahu yang saya suka mengambil gambar dan juga masuk dalam ‘frame’ sekali. Kalau dah itu kamera kita, takkan gambar orang yang banyak. Tuan punya kamera mana gambarnya?

Teringat pesan kawan, biasanya orang yang ada kamera kurang ada gambarnya sebab orang asyik minta tolong ambilkan gambar mereka.

Saya sukakan fotografi dan bercita-cita untuk (more…)

E32 Hadiah Hari Lahir Buat Suami

E28 Selamat Hari Lahir Fateh – Fateh Berusia Setahun

selamat hari jadiSelamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Fatehhh, Selamat hari jadi…lalala

April lalu, Fateh sudah genap setahun. Fateh makin membesar dengan kuat dan sihat. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang Fateh buat. Apabila Fateh hampir masuk setahun dia dah banyak buat bunyi. Suara pun dah makin kasar.

Bila melihat Fateh, saya merasakan baru semalam saya melahirkan dia.

Melihat Fateh semakin membesar, saya pula yang semakin gelisah. Banyak perkara

(more…)

E26 Bertemu Pengasas Ning Salmah

ning salmahAssalamualaikum

Sudah beberapa bulan saya telah menjadi ejen Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah bagi kawasan Sungai Petani, Kedah. Buat masa sekarang, saya banyak buat jualan secara ‘offline’. Saya banyak menjual Minyak Tenang Anakanda kepada adik-beradik, rakan-rakan dan pelanggan yang baru dikenali.

Kebanyakkan mereka sudah membuat pembelian ulangan kerana percaya dengan Minyak Tenang Anakanda.

Baru-baru ini, pengasas Ning Salmah, (more…)

E24 Ujian Sakit Dari Allah – Temujanji Yang Sia- Sia

Saya kembali untuk temujanji yang seterusnya. Pada temujanji terdahulu doktor belum dapat buat keputusan lagi untuk sakit saya kerana doktor ingin berbincang dengan pasukan lain.

Bila datang pada temujanji ini doktor soalkan balik adakah mereka memberi temujanji pada hari ini.

Doktor mengatakan yang dia perlu melihat xray yang awal. Masa itu, saya rasa dah nak marah jugalah sebab pada awal temujanji doktor sepatutnya dah buat surat untuk saya minta filem xray.

Sia-sia kedatangan saya hari ini. Suami terpaksa minta cuti untuk membawa saya ke sini. Saya soalkan juga pasal cuti sebab orang yang membawa saya tak boleh MC. Saya kasihan juga pasal suami saya yang dah banyak ambil cuti untuk saya sampaikan cuti untuk diri sendiri pun tak ada.

Bukan saya saja yang mengalami masalah macam saya. Semasa berada di bilik doktor, terdapat pesakit lain yang memohon untuk dirujuk ke hospital berdekatan kerana masalah cuti. Tetapi doktor tak boleh bagi sebab hanya HUSM Kubang Kerian sahaja yang ada unit sports di pantai Timur.

Walaupun pesakit dapat MC, kerja-kerja tetap perlu dibuat. Saya kasihan juga pada suami, bila cuti ke HUSM, suami terpaksa ambil cuti 2-3 hari. Bahaya juga pandu kereta dalam keadaan letih.

Keesokkan harinya, doktor menelefon untuk saya datang semula ke HUSM. Doktor menyuruh saya untuk membuat MRI lagi sekali. Saya perlu ke HUSM untuk menandatangani borang MRI.

Saya bengang jugalah kenapa semalam tak buat keputusan untuk buat MRI. Dari kampung ke HUSM dah ambil masa 1 jam lebih untuk sampai. Hari ini suami saya dah tak terdaya untuk memandu lagi sebab tak cukup rehat. Balik kerja terus bergerak balik ke Besut, pukul 1 pagi baru sampai rumah. Perjalanan balik kali ini pula rasa lama sebab perjalanan yang tak memuaskan. Banyak kereta dan semuanya bawa terlalu perlahan.

Pagi-pagi lagi kami bergerak pulang.

Suami saya membebel jugalah dengan cara kerja doktor.

Saya menelefon doktor mengatakan saya tak boleh datang. Saya bergerak balik ke Sungai Petani dengan ibu, adik-adik dan ipar saya. Mereka mahu berjalan-jalan di sana.

Doktor kata tak apa, nanti dia fikirkan cara lain. Alhamdulillah.

E23 Ujian Sakit Dari Allah – Berjumpa Doktor Ortopedik di HUSM, Kubang Kerian

E19 Ujian Sakit Dari Allah – Menanti Keputusan MRI

2 hari selepas pulang kembali ke rumah, saya membawa surat rujukan dari Hospital Seri Manjung untuk rawatan susulan di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sultan Abdul Halim pula. Saya datang ke hospital jam 8 pagi dan tak ada orang di Klinik Pakar Ortopedik, hanya ada staf klinik di kaunter. Rupanya klinik dibuka jam 10 pagi.

Walaupun klinik dibuka jam 10 pagi, saya sudah dapat giliran yang berbelas. Sementara menanti klinik dibuka dan nombor giliran dipanggl, saya, suami dan adik pergi sarapan dulu.

Kemudian, nombor giliran saya dipanggil dan dibawa berjumpa dengan doktor wanita berbangsa Cina. Belum saya sempat duduk saya diminta membuat xray terlebih dahulu setelah membaca surat laporan doktor dari Hspital Seri Manjung. Dari filem xray terkini tersebut didapati tulang bahu (more…)