UA-17508472-2

Alam Hati

Segalanya Bermula Di Sini

Alam Hati - Segalanya Bermula Di Sini

About Me

Siapa saya?

Dikenali sebagai Zifa dikalangan rakan-rakan atau manjanya Kak Long dikalangan keluarga atau Ipa (saya tak suka nama ni, kampung betul!). Korang panggil Zifa ok?

Saya seorang penulis blog ketika rajin dan idea yang mencurah. Setiap hari saya akan Log In ke akaun blog saya tapi selalunya jari-jemari kaku macam ais di kala ingin menulis sesuatu. Masih baru dalam dunia penulisan kerana orang Sains yang serius macam saya tak pandai mengarang.

Dilahirkan pada 27-08-1984 dan sekarang menjawat jawatan sebagai Marine Engineer surirumah. Berpendidikan tinggi dan mempunyai Ijazah Sains Marin dan Master Sains Akuakultur. Kalau nak bela ikan, udang boleh minta khidmat nasihat saya yang pastinya belaan anda akan mati bergelimpangan keesokkan harinya. Hah..Just kidding

Blog Dulu-dulu

Punya banyak masa di rumah membuatkan saya berjinak dengan dunia blogging. Saya bermula dengan blogging menggunakan blogspot setahun yang lalu dan sekarang bertukar kepada WordPress beberapa bulan yang lalu. Saya bermula dengan nama, Oh tak ingat pula kerana saya suka bertukar-tukar nama. Tak sedap. Blog terakhir saya yang sentiasa diubah namanya adalah nazifamazni.blogspot.com yang telah saya kuburkan dia. Innalillah…(Dah hidup balik)

Misi Hidup

Banyak misi yang saya ingin capai dalam hidup. Setelah bertahun belajar hingga peringkat Ijazah Sarjana (Master), tentulah saya ingin kerjaya yang mantap. Keengganan suami untuk membenarkan saya bekerja di luar melumpuhkan peluang kerjaya saya. Kerjaya sebagai usahawan menjadi pilihan saya tapi mungkinkah. Saya memulakan perniagaan menjual baju muslimah jenama Zariya bermula dengan blog menggunakan jenama Pesona Rasafah dan kemudian bertukar kepada web e-commerce kerana orang cakap lebih menjana keuntungan. Tapi saya masih GAGAL. Silap saya, saya tak pandai membahagi masa antara kerjaya dan keluarga. Merajuk suami saya kerana saya seorang yang obses apabila membuat sesuatu. Rajuk suami melemahkan semangat saya. Saya masih tercari-cari apa yang diinginkan dalam hidup.

Apa yang diminati dan diangankan?

Saya bercita-cita menjadi seorang pakar IT. Tapi tak ada peluang belajar sebab terjun bidang marin walau tak mintak pun. Minat menjadi seorang photographer. Tapi tak pandai guna DLSR. Berhabuk sudahh. Minat dengan art tapi tangan tak berseni pun. Lukis ayam jadi itik, jahit baju jadi seluar.

Impian Nazifa?

Impian mempunyai seorang suami sudah pun tercapai. Impian menjadi seorang ibu masih belum dicapai. Itu diluar kekuasaan saya. Saya bercita-cita menjadi Dr. Nor Nazifa, of course saya kena menyambung phD to get that title. Inginkan sebuah banglo dua tingkat yang besar. Dikelilingi pokok buah-buahan yang ranum. 10 tahun akan datang saya seorang usahawan wanita yang berjaya. Berniaga apa? Masih samar…Kenapa la saya seorang yang masih tercari-cari?

Malaysia Web Hosting