Ramai sudah calon yang telah mula membuat carian nota rujukan atau panduan peperiksaan serta contoh soalan dan rujukan exam Pegawai Tadbir ini di google. Benda pertama yang akan dicari tentunya nota rujukan dan contoh soalan yang bakal ditanya nanti.

Peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir N41 dijadualkan diadakan pada 4 Mei 2019. Peperiksaan bertulis ini akan berlangsung di Dewan Sekolah Izzudin Shah, Ipoh.

Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Negeri Perak 2019

Pengalaman dari orang yang pernah beberapa kali exam SPA, format exam kali ini terdiri dari 3 seksyen iaitu Seksyen A, B dan C. Namun difahamkan, format peperiksaan kali ini agak berbeza dengan format peperiksaan N41 sebelum ini.

Difahamkan format peperiksaan Pegawai Tadbir N41 terbahagi kepada tiga (3) seksyen. Seksyen tersebut adalah:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A melibatkan Pengentahuan Am. Oleh kerana ini panggilan untuk jawatan di negeri Perak semestinya soalan tentunya berkisar isu-isu semasa negeri Perak, dalam negara dan luar negara berkaitan isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi serta keselamatan negara.

Kebiasaan, soalan yang bakal ditanya berkisar isi semasa 6 bulan lalu dan dengan itu calon mesti membuat carian maklumat di akhbar-akhbar tempatan.

Peperiksaan ini bermua jam 9 pagi hingga 12 tengahari yang mengambil masa 3 jam. Fuhhh.

Dah lama tak masuk dewan peperiksaan dan dah lama juga tak biasakan diri dengan soalan peperiksaan apatah lagi peperiksaan kerajaan yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Perak khususnya.

Untuk memudahkan calon, pihak infokerjaya telah menyediakan panduan khas peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Setiausaha Majlis) untuk rujukan.

Persediaan rapi penting untuk peluang anda LULUS dalam peperiksaan ini kerana peperiksaan offline ini adalah fasa pertama untuk menyingkirkan calon. Anda perlu ingat yang ada bersaing dengan ramai calon dengan kekosongan jawatan yang sedikit.

Jika mahu dapatkan panduan beserta contoh-contoh soalan dan jawapan selain tips rujukan untuk anda yang berkaitan Kerajaan Negeri Perak, anda boleh gunakan rujukan di bawah ini.

Rujukan dan panduan ini adalah diyakini dan telah membantu ramai calon sebelum ini.

Semoga anda berjaya dengan panduan rujukan bagi Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Perak.

Good luck!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.