Salah satu masalah yang dihadapi oleh pengidap PCOS adalah keguguran rambut. Rambut gugur teruk bila ada PCOS adalah perkara biasa dikalangan PCOS kerana keguguran rambut adalah salah satu simptom PCOS. Zifa mengalami masalah keguguran rambut kronik 4 bulan sebelum hamil anak pertama pada tahun 2015. Masa tu Zifa berada di Lombok, Indonesia.

Kenapa Zifa kata keguguran rambut kronik? Rambut gugur setiap hari adalah normal. Ikutkan Zifa keguguran rambut lebih dari kebiasaan sebab nampak perubahan rambut makin menipis. Tapi kali ini agak teruk, boleh kata sekali tarik rambut, banyak rambut dari kebiasaan yang dah tak biasa tu.

Sampaikan Zifa fikir, eh aku kena kanser ke ni? Punyala pengaruh drama Melayu sangat. Bhahaha

Masa kat Lombok tu, rasa agak panik juga. Kanser ke aku ni? Kanser ke aku ni? Drama sangat!

Masa hamil pada tahun 2015, Zifa buat komplen pada doktor dan doktor kata biasa. Tapi aku cakap ni luar biasa dah doktor. Kepala saya dah nak botak dah. Sedih betul tengok rambut. Benarlah rambut itu mahkota berharga wanita walaupun bertudung litup.

Bila mandi tak sampai sehari, penuh rambut dekat lubang air bilik mandi. Bayangkan bila terjaga tengah malam, nak kencing nak mandi solat tahajud di kala waktu itu sunyi sepi, semua orang tidur boleh pula fikir Ju-On. Kalau pernah tengok Ju-On, seketul rambut palsu atas lantai yang tiba-tiba hidup menjadi Ju-On. Seram nak mandi malam-malam. Bhaha

Lepas tu, doktor O&G refer untuk jumpa doktor dermatologi. Amik darah lagi. Dari result darah tu didapati semua normal. Memanglah normal sebab masa amik darah rambut Zifa dah tak gugur. Dan faham faham je lah nak tunngu appoinment dengan pakar dermatologi pun rambut dah normal balik. Keguguran rambut Zifa ni on off. Sekejap ok, sekejap tak ok.

Kat medical report doktor diagnosis ‘alopecia’. Alopecia adalah istilah keguguran rambut. Bila Zifa tanya pasal PCOS dan keguguran rambut, doktor kata tiada kaitan. Ok. Zifa pelik juga dengan doktor kat Malaysia ni sebab setiap kali jumpa doktor Zifa selalunya akan tanya soalan yang sama. Ada doktor kata PCOS boleh sembuh. Ada doktor kata PCOS boleh dikawal sahaja.

Jika google info kaitan PCOS dan keguguran rambut banyak yang berkaitan. Doktor ni belajar tak sama ke? Confuse sudah. Hmmmm

Bila result darah normal. Zifa pun minta discharge la. Segan nak pi dah. Ikutkan masa doktor ambil darah tu, rambut tak gugur dah. Rambut gugur ni on off. Bila gugur, masyaallah. Bila ambil darah masa rambut tak gugur teruk, tiada apa yang boleh find out dari result darah tu.

Cuma doktor rekemen Zifa ambil Zink dan Magnesium dan doktor nasihatkan stop ambil suplemen Shaklee.

Dan sekarang Zifa Cuma minum suplemen Premamma dari Ellsee je. Alhamdulillah, sesuai dengan Zifa. Zifa makan sejak 2017 lagi masa anak pertama umur 8 bulan.

Dan sekarang keguguran rambut lagi teruk. Bilalah nak berhenti gugur ni. Dah hampir sebulan berlalu. Ngeri tengok ehhh. Now, Zifa fokus balance balik hormon. Sebab tu rambut gugur on off sebab hormon tak seimbang.

Premamma Zifa dah kurang konsisten makan sebab kena sembunyikan dari anak. Hahaha. Bila sembunyi, lupa terus nak makan. Kalau tak sembunyikan, boleh habis satu botol macam minum Yakult. Ulang dan ulang minum sampai habis.

Ada PCOS, never been easy but chill-lah. Senyum selalu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.