MUDAH HAMIL PCOS
TIPS MUDAH HAMIL PCOS

Posting pertama untuk tahun 2018. Ya Allah dah lama rupanya tak tulis blog sejak media sosial facebook dan instagram mencuri hatiku. Tapi blog AlamHati tetap No. 1 di hati walaupun dah jarang update. Bila menulis di blog ni, rasa penulisan lebih jujur dan telus gitu. Blog AlamHati macam duk santai rumah sendiri sebab beli tanah sendiri, rumah sendiri, bayar sewa sendiri dengan penat lelah. Cuma nak deko deko blog je tak pandai. Bersepah betul rumah blog Zifa ni. Instagram dan facebook tu menumpang tanah dan rumah Mark Zuckenberg je.

Zifa nak sambung mengenai kisah perjuangan Zifa untuk hamil sebagai pengidap PCOS. Bila anak dah nak masuk 2 tahun, dah naik semangat balik nak trying to conceive (TTC) anak yang kedua pulak.

So Zifa nak flash back apa yang Zifa buat dulu.

Bahagian 1 dulu kisah Zifa berakhir dengan pertanyaan dan tanda tanya adakah IUI Zifa yang ketiga berjaya. Peluang IUI diberikan oleh hospital kerajaan adalah sebanyak tiga kali sahaja. Zifa meletakkan harapan yang sangat besar buat IUI kali terakhir tambahan pula doktor pakar selaku Ketua Jabatan O&G mengatakan kebiasaan selepas drilling, kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi. Seingat Zifa, IUI kali ketiga ini dibuat seleteah berehat 2 bulan selepas pembedahan laproskopik dan drilling.

Zifa menjalani IUI macam biasa seperti sebelum ini. Dipendekkan cerita IUI tak berjaya. Sedih!

Tapi move on.

Semua tahukan kegemukan mengurangkan kesuburan. Zifa ni takde la gemuk tapi sedang menuju kejayaan ke arah obesiti. Hah gitu. Masa jumpa doktor kembali selepas 2 tahun merajuk tak mengandung, membebel doktor masa tu. Pap kat muka bila doktor kata berat kali pertama datang hospital dah makin naik. Berjaya betul ternak lemak. Masa cek dengan diatitetion kalau tak salah Zifa kena kurangkan 10% lemak yang berlebihan. Doktor tak adalah membebel macam mak nenek, cuma dia bagi nasihat la. Dia kata doktor ni sekadar bantu, tak banyak pun. Sebenarnya usaha tu adalah 100% pesakit. Lebih kuranglah gitu skrip doktor yang buatkan Zifa berubah 360 darjah.

 

Bukan mudah dapat turning point nak berubah. Kan?

Berbalik tujuan asal posting ni, Zifa nak share usaha-usaha lain yang Zifa lakukan selain yang pernah Zifa share di posting ini.

Usaha-usaha lain yang Zifa buat setelah terima tamparan hebat dan IUI tak berjaya. Zifa ubah dan buat penambah baikkan dari segi rohani dan jasmani.

 

5 Tips Mudah Hamil Dengan PCOS

Sebelum ni Zifa dah kongsikan 21 Tips Mudah Hamil Pengidap PCOS dengan panjang lebar. Alhamdulillah, artikel ini juga terpapar di Mingguan Wanita Online. Semoga ada yang dapat manfat dari pengkongsian pengalaman yang tak seberapa.

Zifa tambah lagi beberapa tips lain yang mungkin ada yang terlepas pandang.

1. Ubah diet

Mula-mula Zifa buat diet Atkins. Berat mendadak turun. Tapi bila google diet Atkins ada keburukan, Zifa tinggalkan dan berbalik pada diet seimbang yang lebih selamat.

2. Bersenam

Zifa mula bersenam jugak. Zifa selalu buat lompat bintang. Zifa baca lompat bintang lagi cepat bakar kalori. Buat lompat bintang memang penat sangat. Paling malas Zifa kayuh basikal sambil tengok tv supaya boleh alih perhatian malas nak workout. Sedar sedar dah setengah jam.

Bila ada masa atau rajin tu datang, Zifa suka follow video aerobik Paula Abdul. Best giler! Gigih Zifa cari video CD yang original. Akhirnya berjaya jumpa.

Zifa buat kayuh basikal pagi sampaikan sakit kat bahagian ari-ari pun gigih mengayuh. Padahal masa tu Zifa dah pregnant. Ya Allah, nasib baik takde apa-apa buruk berlaku. Masa mengayuh tu sambil rasa sakit, siap tanya lagi kat husband enapa eh sakit. Senggugut ke? Adoiilaaa

3. Solat tahajud

Ramadhan tiba. Masa Ramadhan Zifa ambil kesempatan bangun awal sedikit untuk solat tahajud. Masa tu doa sungguh-sungguh. Kalau boleh menangislah, keluarkan air mata. Tak boleh keluarkan air mata, paksa keluar.

4. Doa Zuriat

Tiap kali selepas solat, bermusafir, ketika hujan Zifa akan baca doa zuriat. Bila ada yang nak pergi haji umrah Zifa akan minta mereka doakan juga. Ada juga yang bawa balik buah zuriat, serbuk debunga kurma tu, Tapi tak berkesan untuk Zifa dan suami. Jiran sebelah amalkan buah zuriat dalam tempoh 40 hari alhamdulillah.

Itulah Zifa nak cakap, kita kena usaha je. Buat, buat, buat. Keputusannya hanya Allah penentunya. Bukan kuasa kita lagi. Kita mampu usaha dan minta dariNya saja. Klaau orang buat petua ni menjadi dan kita tak menjadi, jangan putus asa. Kita pun tak tahu asbab kaedah atau petua mana yang berkesan dan serasi untuk kita. Apa yang penting, teruskan usaha selagi tidak memudaratkan tubuh badan kita.

5. Solat taubat dan Istighfar

Sentiasa juga amalkan solat taubat setiap malam dan sentiasa istighfar. Kita ni manusia pendosa. Setiap hari ada je dosa yang kita buat tanpa sengaja atau sengaja. Minta maaf dengan orang sekeliling.

 

Cukuplah 5 Tips Mudah Hamil Dengan PCOS. Kalau ada tips lagi Zifa kongsikan. Inilah akibat masa TTC anak pertama dulu Zifa tak tulis apa yang Zifa buat konon-konon nanti kecewa. Kan nak recall balik bila nak TTC yang kedua dah jadi ingat-ingat lupa. Zifa dah lama peram draft untuk tips kedua. Masa cemburu betul ditambah perasa “M”.

Semangat nak menulis datang balik bila…

Alhamdulillah, genap Fateh 2 tahun pada 24 April lalu, Zifa disahkan oleh doktor hamil anak kedua. Subahanallah. Berita yang Zifa tak jangka sangat-sangat. Macam mana Zifa hamil kali ini. Tunggu next entry. Zifa dah buktikan yang pengidap PCOS boleh hamil. Anda juga pasti boleh.

Leave a Reply