kelas tulis blog

Teks : Nazifa Mazni

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya tiba di entri terakhir untuk Kelas Asas Penulisan Blog yang diterajui oleh cikgu Masayu Ahmad. Sudah bertahun saya menulis blog, tapi ini baru pertama kali saya mengambil kursus penulisan blog secara formal selain kursus penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jika diikutkan saya perlu siapkan 44 entri dalam masa 20 hari, namun saya terkandas di tengah jalan. Alhamdulillah siap juga 44 entri walau banyak halangan yang perlu ditempuhi. Saya mungkin lambat menyiapkan entri pada masa yang ditetapkan namun saya dapat sesuatu melalui kursus penulisan blog ini.

Melalui kursus penulisan blog ini saya dapat rentak kembali dalam penulisan blog yang telah lama ditinggalkan. Kadang-kadang saya kekeringan idea.Bila saya ada idea bagaimana harus saya kembangkan idea itu. Dengan tunjuk ajar melalui kelas penulisan blg ini saya dapat mencari idea dengan mudah dan dapat mengembangkan lagi idea itu.

Sebelum ini saya mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan satu entri. Melalui kelas ini, saya diajar untuk menulis dengan laju. Seronok rasanya dapat menyiapkan entri dengan laju. 1 hari 2 entri, itulah misi kelas asas penulisan blog yang diajarkan oleh Masayu Ahmad, kolumnis dalam Majalah Mingguan Wanita.

Sebagai seorang penulis, idea dan penulisan yang baik dan laju adalah penting untuk hasil yang terbaik dalam penulisan blog. Apa yang tinggal lagi adalah saya perlu istiqamah dengan teknik baru ini.

Leave a Reply