tips di dapurPenyimpanan yang praktikal akan memudahkan banyak urusan dan menjimatkan masa. Peti ais yang tersusun dan kemas akan memudahkan carian. Namun, kemas sahaja tidak cukup tetapi perlu juga praktikal. Bahan-bahan mentah perlulah mudah dicari, diambil dan menjimatkan masa untuk mengemas kembali. Oleh itu, kerosakan makanan dan kehilangan nutrien dapat dikurangkan.

Semasa Fateh sudah mula makan sumber protein berasaskan haiwan seperti ayam, kambing dan lembu saya mencari kaedah untuk senang mengambil bahan mentah tersebut dengan mudah.

Saya gunakan bekas kiub ais untuk menyimpan isi daging dan ayam. Saya potong kecil-kecil isi ayam dan daging untuk satu hidangan makanan.

cara simpan daging

Apabila memerlukan, saya hanya perlu ambil isi ayam atau daging dengan menekan di bawahnya. Isi ayam atau daging akan ‘pop-up’ keluar tanpa susah payah. Cara ini lebih mudah dan cepat tanpa perlu defrost ketulan ayam atau daging yang besar hanya untuk memotong sedikit sahaja. Kalau keluar berjalan-jalan, saya dah tak kelam-kabut mencari bahan mentah untuk potong kecil-kecil.

Tips mudah ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu bekerjaya.

Leave a Reply