src="https://bitclubnetwork.com/banner1/b1-728x90.gif" width="728" height="90" border="0">

Entri sebelum ini saya ada kongsikan mengenai Tips Membeli Mainan Bayi Mengikut Usia dengan panjang lebar. Sekali lagi saya kongsikan Tips Mudah Membeli Mainan Anak.

Mainan adalah satu pelaburan yang besar untuk anak-anak. Pastikan mainan yang dibeli bermanfaat supaya pelaburan yang dikeluarkan berbaloi.

Mainan adalah pelaburan untuk perkembangan minda anak-anak,”
Marianne Szymanski, Presiden Toy Tips Inc. menerusi laman web Parents.com.

Sebelum membeli mainan anak, ambil masa sekejap dan fikirkan sebelum membuat keputasan membeli berdasarkan Tips Mudah Membeli Mainan Anak.

Tips Mudah Membeli Mainan Anak

  1. Beli permainan mengikut peringkat usia. Anda boleh jadikan label pada permainan untuk melihat kesesuaian usia.
  2. Pastikan mainan anak dari bahan yang bukan racun.
  3. Beli saiz mainan yang lebih besar dari mulut anak kerana dikhuatiri tercekik. Berhati-hati dengan mainan anak yang mempunyai komponen yang kecil kerana bimbang akan tercabut tanpa disedari. Sebaik-baiknya belikan mainan yang bertahan lama sekurang-kurang sehingga anak 3 tahun.
  4. Hindari membelikan mainan anak yang berbucu tajam atau berat.
  5. Pastikan mainan anak adalah dari material yang mudah dibasuh untuk elakkan jangkitan bakteria.
  6. Pastikan beli mainan dari warna asas dan terang.
  7. Elakkan membeli mainan yang bertali panjang kerana dikhuatiri akan terlilit pada leher anak.
  8. Elakkan mainan yang boleh menembak kerana dikhuatiri akan masuk ke dalam mata. Bukan sahaja baaya untuk kanak-kanak malah boleh menyebabkan kecederaan mata pada orang dewasa juga.

Rujukan
American Academy of Family Physicians
American Academy of Pediatrics

Leave a Reply