MAKANAN PELENGKAP BAYIIbu-ibu pastinya tak sabar nak tunggu 6 bulan untuk mulakan Baby First Food atau Makanan Pertama Bayi. Saya pun tak sabar tapi dalam tak sabar tu boleh tak Baby Fateh jangan cepat sangat membesar. Boleh tak maintain jadi bayi je?

Yeay, Baby Fateh Dah Mula Makan Makanan Pejal

Bila anak dah mula makan makanan pejal atau makanan pelengkap, perlahan-lahan bayi akan kurang minum susu apatah lagi kalau anak yang minum susu ibu sepenuhnya. Mummy rasa dah lainlah. Sebagai seorang ibu baru, perasaan seorang ibu itu menjadi bercampur aduk antara gembira dan sedih. Sebagai seorang ibu, tentunya saya rasa gembira apabila saya dah boleh sediakan makanan sedap-sedap untuk anak saya yang pertama dan 6 tahun menunggu kehadirannya. Dalam masa yang sama, perasaan sedih pun ada juga kerana anak dah kurang kekerapan minum susu ibu dari sebelumnya.

Mengikut mak saya, zaman mak dulu bayi dah boleh mula makan makanan pejal sejak umur 4 bulan lagi. Tapi sekarang dah berubah, bayi sepatutnya memulakan makanan pertama seawal 6 bulan (180 hari) atau apabila bayi sudah mula menunjukkan tanda-tanda bayi bersedia untuk makanan pejal. Pada umur 6 bulan, sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk memproses makanan pepejal. Dari pembacaan saya, memang disarankan bayi memulakan makanan pejal seawal 180 hari. Tapi ada juga bayi yang 4 bulan dah boleh mula makan makanan pertama bayi tapi dengan nasihat doktor.

Bayi yang disarankan mula makan makanan pertama pula berdasarkan kes-kes dengan nasihat doktor yang kebiasaannya disebabkan oleh bayi yang kekurangan berat badan. Jadi, mak-mak kena dapatkan nasihat doktor dulu ya.

Mulakan Makanan Pertama Bayi Semasa Umur 6 Bulan

Masa Fateh 8 bulan, baru perasan Saya mulakan Makanan Pertama Bayi terlewat tiga hari. Rupanya saya mulakan pada hari ke 183 bertarikh 24/4/2016. Kalau kira bulan lahir memanglah genap 6 bulan tapi kalau kira hari dan 6 bulan 3 hari. Jadi gunalah age calculator supaya kiraan tepat. Hihi. Sebaiknya mulakan Makanan Pertama Bayi tepat pada masanya iaitu 180 hari (6 bulan) kerana khuatir bayi akan menolak makanan.

Alhamdulillah walaupun baru sedar Baby Fateh dah terlewat 3 hari memulakan makanan pertama bayi, semuanya berjalan lancar. Baby Fateh tak ada masalah untuk makan. Malahan sejak dah mula makan, hobi Baby Fateh yang suka hisap jari sudah semakin berkurangan. Masa pertama kali suap puri buah kepada Fateh tabiat hisap jari masih ada. Mummy suap Baby Fateh masuk ibu jari hisap, Mummy cabut ibu jari suap puri terus dia pun hisap jari juga. Geli hati. Esok-esok Mummy akan cerita balik kat cucu. Haha. Insyaallah kalau panjang umur. Amin.

Memperkenalkan Makanan Pertama Bayi Berdasarkan Peraturan Tunggu 4 Hari

Makanan PelengkapSemasa memperkenalkan makanan pertama bayi, saya amalkan Peraturan Tunggu 4 Hari atau 4 day rulesPeraturan Tunggu 4 Hari bermaksud memperkenalkan satu jenis makanan pada satu masa. Beri tempoh selama 3-4 hari berturut-turut bagi satu-satu jenis makanan. Tujuan Peraturan Tunggu 4 Hari adalah untuk melihat kesan alahan terhadap sesuatu makanan terhadap bayi jika ada, masalah penghadaman dan lain-lain.

Semasa Baby Fateh mula diperkenalkan makanan pejal, Baby Fateh mengalami masalah sembelit. Pernah sekali Baby Fateh sembelit sehingga seminggu. Pelbagai cara digunakan termasuk urutan bayi, beri makanan yang membantu pencernaan tapi semuanya tidak memberi kesan yang memberangsangkan. Walaupun mengamalkan 4 day rules saya tidak dapat mengenalpasti makanan manakah yang membuatkan Baby Fateh sembelit sebab buang air besar seminggu sekali.

Selain usaha melalui pemilihan makanan yang memudahkan pencernaan berjalan lancar, saya ikhtiar juga dengan pelbagai jenis minyak dan urutan bayi. Alhamdulillah selepas mencuba Minyak Tenang Anakanda oleh Ning Salmah dan membuat urutan bayi iaitu buat kayuhan basikal seperti misi cadangkan secara kerap, Fateh dah kurang sembelit dan semakin kerap buang air besar. Rupanya selama ini saya buat kayuhan basikal tak cukup, lepas misi sarankan kayuh basikal secara kerap dam berkala barulah nampak kesan.

Sekarang Baby Fateh dah 11 bulan dan Saya masih lagi memperkenalkan buah-buahan dan sayuran baru setiap 3-4 hari. Kadang-kadang, saya tak adalah ikut sangat Peraturan Tunggu 4 Hari bila lihat keadaan Baby Fateh yang tiada alergi terhadap makanan. Tapi saya memilih makanan untuk dicampurkan bersama yang tiada atau kurang alergi.

Penat juga nak belajar dan cari maklumat mengenai Makanan Pertama Bayi sebab saya ibu baru. Ibu baru nak belajar dan kita sama-sama belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Kita semua mahu beri yang terbaik buat anak kita semampu yang boleh. Anak kita tanggungjawab kita. Kita dah rosakkan diri dengan makanan yang tidak sihat, jadi inilah masalah beri makanan yang terbaik dan ajar anak-anak kita makanan yang sihat kerana penyakit bermula dari perut. Keep fighting Mommies.

Tak sabar rasanya nak sediakan makanan untuk toddler pula.

Leave a Reply