Lazada Malaysia

makanan jejari

Apakah Makanan Jejari?

Selepas memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, ibu bapa boleh mula memberikan makanan jejari pula kepada bayi. Makanan jejari adalah makanan yang boleh dipegang sendiri dan dimakan sendiri oleh bayi. Kebanyakkan bayi boleh makan makanan jejari semasa berumur 8 bulan kerana pada umur ini bayi sudah boleh menggenggam.

Saya mulakan makanan jejari kepada Fateh setelah kekerapan makan meningkat dengan hidangan snek di antara waktu makan utama. Pada mulanya saya suap sendiri sehingga sampai satu waktu Fateh ingin makan sendiri dengan tangannya. Seingat saya semasa 10 bulan, Fateh sudah mula merampas sudu yang saya pegang untuk makan sendiri.

Kebaikan Makanan Jejari Untuk Bayi

Saya sangat menikmati momen tatkala Fateh sudah mula mahu makan sendiri. Ianya adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana kerana pada waktu ini bayi mula meneroka jari-jemari mereka. Ibu juga pastinya seronok juga melihat telatah bayi mengenggam makanan jejari sambil merasa tekstur dan kemudiannya baru menyuapkannya ke mulut.

Ini juga adalah peringkat awal untuk bayi mula belajar makan sendiri dan menggalakkan rangsangan kemahiran motor dan perkembangan oral.

Kadang-kala kita juga mungkin berasa kasihan kepada anak apabila tak pandai mengambil makanan jejari dan tak berjaya membawa masuk ke dalam mulut. Banyak makanan yang tumpah berbanding yang berjaya masuk ke mulut.

Semasa Fateh mula makan makanan jejari, Fateh akan meneroka makanan tersebut. Fateh akan melenyek-lenyekkan makanan. Membaling makanan pun ada. Selepas baling Fateh akan kutip makan balik jika berdekatan. Oleh itu, ibu-ibu perlu bersedia dengan aktiviti makan yang bersepah ini. Bersabarlah ibu.

Untuk mengurangkan kerja ibu-ibu, anda bolehlah meletakkan plastik di kawasan makan anak anda. Jadi, kerja mengemas dapat dikurangkan. Berikan makanan jejari sedikit demi sedikit sepaya bayi tidak sepahkan.

Bayi yang makan makanan jejari sendiri perlu sentiasa dipantau supaya tidak tercekik. Kesabaran ibu juga amat penting kerana bayi makan lambat.

Makanan yang diberikan juga perlu dipastikan selamat untuk bayi. Pastikan makanan jejari yang diberikan lembut, senang ditelan dan dipotong dalam bentuk kecil.

Cuci tangan bayi anda sebelum memberikan makanan jejari. Pilih buah-buahan dan sayuran yang sesuai untuk makanan jejari.  Makanan jejari pertama bayi hendaklah lembut, senang ditelan dan dipotong dalam bentuk kecil. Contoh makanan jejari yang lembut adalah seperti pisang masak, betik masak, pasta yang direbus . Setelah bayi mula tumbuh gigi, anda boleh berikan makanan jejari yang lebih keras seperti biskut tawar atau roti bakar.

Lazada Malaysia

Leave a Reply