aktiviti montessoriBermain sambil belajar tak susah sebenarnya. Banyak sebenarnya di sekeliling kita yang boleh kita guna. Mainan anak-anak tak perlu semua dibeli, boleh saja guna apa yang ada di rumah. Jimat!

Bila anak-anak dah besar, mak pun tak serabut kepala ke mana nak buang mainan kan?

Kaedah Montessori – Sorting

Antara aktiviti mudah untuk anak-anak bermain sambil belajar adalah dengan aktiviti ‘sorting’.

Aktiviti pertama Fateh untuk sorting adalah ‘color sorting’.

Color Sorting

Usia Fateh : 1 tahun 12 hari (hari 381)

Saya gunakan gelas plastik IKEA Kalas untuk membuat color sorting. Gunakan sudu IKEA Kalas dan ajar anak untuk padankan warna. Selain gunakan sudu, boleh juga gantikan dengan batang aiskrim yang telah diwarnakan. Saya gunakan sudu sahaja sebab bila bagi batang aiskrim Fateh gigit sebab saya tak pasti warna yang digunakan adalah selamat untuk bayi atau tidak.

Fateh tak ikut arahan pun tapi dia lebih suka buat ‘stacking’ dan cabut balik. Apabila Fateh ‘stacking’ 2 gelas dia akan cabut balik. Cara dia cabut balik gelas adalah tarik gelas dengan kedua-dua tangan. Marah juga dia sebab tak dapat cabut. Bila pegang gelas, dia buat aksi minum. Maknanya dia tahulah gelas digunakan untuk minum.

Banyak aktiviti ‘sorting’ yang boleh dilakukan selain ‘color sorting’ antaranya ‘shape sorting’, ‘number sorting’, alphabet sorting dan banyak lagi.

 

Leave a Reply