krabi thailand

Dah lama menyepi tiba-tiba nak ajak pi Krabi. Jom bercuti ke Krabi.

Sebenarnya dah lama tak jalan-jalan bila dah ada baby kecik. Cik abam asyik duk kata tunggu baby besar, tunggu baby besar. Baby pun dah masuk 1 tahun lebih dah. Wahhh, tak sabar nak jalan-jalan pergi tengok negara orang.

3 tahun lepas pergi Zifa pergi Lombok dan Bali, Indonesia. Tempat cantik dan best sangat buat menenangkan akal fikiran yang makin berserabut. Zifa ni kalau pergi jalan memang tak lepas nak capture momen momen indah dengan DLSR.

Tengok matahari naik, nikmat sangat. Syukur masih bernyawa dapat lihat anugerah Allah yang terindah.

Ke Krabi Ke Kita?

Lepas ni nak ke mana pula ya? Zifa ni suka percutian kat pulau, ada pantai atau kata lain mesti ada air. Zifa ni orang Terengganu. Pantai dan Zifa berpisah tiada. Cheewwaaahhh!

Kat telinga ni dah lama terngiang ngiang Krabi memanggil manggil. Tengok kat TV, cantiknya Krabi ni. Nampak biruuu. Biru sebab pantainya cantik tersergam indah macam dalam mimpi. Pantai kat Terengganu pun sekarang dah tak secantik Krabi. Dah banyak yang terhakis. Pantai kat PD lagilah tak cantik bagi Zifa sebab pasirnya hitam. Tapi orang yang datang, Masyaallah ramai juga.

Apa kata kita tukar selera sikit tengok pantai tempat orang. Jom kita ke Krabi! Sebelum ke Krabi tu kena la survey dulu kat sana macam mana kan? Barulah tahu nak kena siapkan apa-apa. Barulah tak berhuhu kat sana.

Krabi is located in selatan Thailand, Sawadikap!!!  Dengan kecantikkan dan keputihan pantai dia, air laut dia jernih tembus terus mata tengok dasar laut, coral reefs yang banyak, air terjun yang juga agak banyak dan banyak gua yang korang boleh explore cuma jangan pindah ke gua tu je ok.

krabi

Krabi juga port untuk yang suka panjat bukit batu. Oleh itu, awak yang suka aktiviti hiking bawa la siap-siap tools yang perlu kalau ada plan nak panjat tu. Jangan nanti menyesal meleleh tengok orang lain memanjat tau. Bayangkan pula tempat yang dikelilingi dengan 130 pulau di sekelilingnya, memang tercapai akhirnya kepada korang yang cita-citanya nak jadi orang laut.

Nak gaya hidup ala western tapi tak lari dari kehidupan Asia, memang jawapannya sini di Krabi. Walaupun kat pulau Wifi tetap ada, orang cakap mat salleh ramai dan komunikasi tu tetap ada. Tak adalah sampai terputus hubungan dengan dunia luar. Kalau family korang cari korang janganlah off smartphone tu. Spam skit gambar dengan group wasap family supaya diorang jealous dan plan next trip diorang pun nak turun Krabi juga. Jangan lupa bawa Go Pro untuk selfie. Hahaha (gelak jahat). Spam group wasap okay.

Time yang sesuai untuk korang pergi adalah antara November dan April kerana masa ni tak berapa panas dan tak ada hujan. Suhu laut pun dalam 29 darjah Celcius so kalau mandi tu tak adalah kulit macam udang kena bakar tapi bawalah krim sunprotection tu siap-siap. Kulit orang Asia kan kulit manja gitu. Nanti balik berbelang-belang je kulit tu.

Pekan Krabi tempat yang sangat peaceful, port makan yang best, harga pun agak murah dan masih dalam kemampuan kita walaupun bercuti budget. Nak makan pilih je samada dari makanan local dan western. Pekan Krabi dekat dengan pantai dan jadi pusat penumpuan pelancong-pelancong seluruh dunia.

Jangan lupa masa bercuti cari la kawan international lepas tu boleh sembang lebat sikit kat kawan-kawan kat tempat asal korang yang korang ada kawan dari Jerman. Hehe.

Ada satu tempat yang bernama Koh Phi Phi yang terdiri dari gabungan 6 pulau dan sesuai untuk korang yang memang nak feel bercuti di pantai semata-mata. Ada banyak tempat makan yang best, crowd yang ramai untuk korang bersosial, boleh shopping barang-barang gifts. Eh, nak gift tak?

krabi

Kat Koh Phi Phi ni juga korang boleh buat aktiviti diving dan snorkeling sebab memang laut dia jernih dan ada banyak jenis ikan yang korang boleh jumpa. Memang best pengalaman korang. Tengok ikan banyak jenis dan warna boleh buat hati rasa tenang tau. Lupa je segala masalah yang bersarang kat otak tu.

Wah, bestkan bercuti ke Krabi ni. Tapi nak tidur kat mana?

Hotel Best Di Krabi

tips bercuti ke krabi

Hotel yang ada di Krabi ni juga ada banyak dan korang boleh find out top krabi hotel online on Traveloka. Antaranya Ibis Styles Krabi Ao Nang, Sand Sea Resort, Aonang Cliff Beach Resort, Beyond Resort Krabi, Palmari Boutique Hotel. Di Traveloka juga korang boleh check out the reviews so korang boleh buat pilihan yang terbaik dan sesuai untuk korang punya keselesaan dan bajet.

Transport untuk korang nak ke Krabi juga ada banyak contohnya korang boleh book flight ticket sebab di Krabi ada Krabi International Airport. Selain tu bila sampai kat airport korang boleh naik Taxi untuk ke resort yang korang dah book. Bot pun banyak kalau tempat korang nak pergi tu lalu laut melainkan korang Ironman korang boleh berenang jauh so no problem kalau nak swim jer. Tapi kalau setakat swim satu round kat swimming pool baik korang naik boat lagi selamat.

Tips Ke Krabi

Zifa nak share tips-tips untuk korang ke sana nanti macam jangan lupa bawak Sunscreen sebab matahari kat sini lain macam sikit. Kalau korang berjemur sejam habislah kulit korang. Kalau tak caya eksperimen sendiri la nanti ya tapi kalau jadi apa-apa jangan la sue Zifa. Jangan kata akak tak payung. Heheh

Lagi satu tips ialah korang kena polish skill negotiate korang sebab kalau korang power, korang boleh dapat harga yang paling rendah. Kecuali restoran, jangan cuba tawar menawar pasal harga makan, silap-silap tak balik Malaysia lak nanti. Hehe. Last sekali sana ada ATM, tapi korang kena berhati-hati sebab takut ATM dia function lain sikit so korang make sure dah keluar duit tu ambil kad sekali. Nanti dah ke sana jangan lupa bawak balik ole-ole untuk Zifa sekali ya.

Jom bercuti ke Krabi!

Leave a Reply