Makanan jejari merujuk kepada akanan yang boleh dipegang sendiri dan dimakan sendiri oleh bayi. Pada umur 8 bulan, kebanyakkan bayi sudah boleh makan makanan jejari.

Fateh memulakan makanan jejari semasa 8 bulan setelah kekerapan waktu makan meningkat kepada tiga kali sehari iaitu 2 hidangan utama dan satu hidangan ringan. Semasa 8 bulan saya berikan buah-buahan yang boleh membantu sistem pembuangan air besar seperti pears.

Antara makanan jejari yang saya sediakan untuk Fateh iaitu lobak merah, mangga, epal, pisang, betik, drgon fruits. Apabila hampir 1 tahun saya berikan cekodok, muffin sebagai hidangan sarapan pagi pula dan juga boleh dijadikan hidangan snek.

Pastikan buah yang keras distim terlebih dahulu seperti epal, pear, lobak merah.

10 Idea Makanan Jejari Untuk Bayi

  1. Roti bakar dan dipotong jejari
  2. Pisang atau buah yang masak seperti mangga, pear, plum, tembikai
  3. Tofu
  4. Pasta yang direbus masak
  5. Keju lembut
  6. Telur rebus
  7. Sayuran seperti lobak merah, peans, zuchhini, keledek, ubi kentang, brokoli, bunga kobis
  8. Isi ayam, daging yang dipotong kecil
idea makanan jejari
Makanan Jejari – Lobak merah
idea makanan jejari
Makanan jejari – pears

Untuk buah pear, saya gemarkan menggunakan pear packham.

 

Leave a Reply