buku bayiKadang-kadang rasa berdebar juga nak belikan buku untuk Fateh. Bimbang juga kalau salah ajar atau erti kata lain pendidikan yang tidak sempurna kerana tiada pengetahuan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Saya agak cerewet apabila memilih buku untuk dibelikan kepada Fateh. Walaupun hanya membeli buku asas untuk bayi.

Buku Mengenal Haiwan Untuk Fateh

Buku pertama Fateh adalah buku mengenal binatang dan juga buku mengenal warna. Saya lebih banyak mendedahkan buku binatang untuk diajarkan kepada Fateh.

Seingat saya saya memperkenalkan buku ini kepada Fateh semasa Fateh berusia 7 bulan. Sebelum itu saya hanya tunjukkan kad imbas hijaiyah yang dibuat dengan kain felt. Saya buatkan kad imbas ini semasa saya hamil lagi.

Sekarang Fateh sudah beusia setahun. Fateh sangat berminat dengan buku mengenal binatang. Saya juga sukakan buku ini kerana ada beberapa haiwan yang saya boleh tunjukkan di alam realiti seperti ayam, itik dan kucing. Setiap pagi sekiranya Fateh bangun awal saya akan bawa Fateh berjalan pagi melihat ayam, itik, burung, mendengar bunyi burung, memijak rumput dan banyak lagi aktiviti pada awal pagi. Selebihnya, kita boleh perkenalkan haiwan lain semasa bawa anak ke zoo. Saya rasa penting untuk bawa anak pergi ke zoo untuk melihat haiwan sebenar. Walaupun anak mungkin akan kenal gajah di dalam buku atau kaca televisyen, saiz mereka berbeza di alam realiti. Mungkin anak-anak akan teruja melihat gajah sebenarnya adalah haiwan yang besar.Tak sabar nak bawa Fateh pergi zoo tengok gajah besar.

Sejak Fateh berumur 10 bulan, perlahan-lahan Fateh dah pandai ambil sendiri buku, belek-belek dan membebel seorang diri. Mungkin tengah membacalah tu. Duck-duck. Tengok gajah pun duck-duck. Kalau tengok kucing dipanggilnya ‘jai, jai’. Biasanya Fateh baca buku tak lama. Bukan sahaja buku, mainan yang lain pun sama.

Semasa memilih buku mengenal haiwan, saya agak memilih. Saya kurang berminat buku asas untuk bayi yang ada kartun terutamanya buku mengenal haiwan. Saya lebih sukakan gambar haiwan sebenar. Mujurlah ada buku mengenal haiwan yang menggunakan haiwan sebenar.

buku asas untuk bayi

Perkara kedua yang saya sukakan buku ini adalah nama haiwan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

Kalau anak suka gigit buku, ada baiknya berikan anak ‘soft book’. Tujuan saya membeli buku bukanlah tujuan utama nak anak pandai membaca tapi lebih kepada nak menggalakkan anak untuk minat terhadap buku. Macam mak dia.

Anda beli buku pertama bayi yang bagaimana? Kongsikan.

Leave a Reply