Assalamualaikum

Tak sangka Zifa dah 9 bulan jadi Mummy. Tahniah Mummy Zifa. Alhamdulillah Mummy and Daddy masih cukup tidur. Kami bertuah sangat anak tak banyak meragam melainkan sekarang anak susah tidur awal dan bayi kerap sembelit. Nasib baik ada Minyak Tenang Anakanda yang jadi penyelamat bila Fateh tak berak dan sembelit. Nasib baik Mummy tak kerja. Walaupun tak kerja, kerja-kerja rumah banyak tergendala. Blog pun lama dah tak update.

Di rumah, Tv sentiasa ON sejak dari pagi bermula dengan rancangan Tanyalah Ustaz. Walaupun TV tak adalah tengok tapi kena pasang juga untuk hilangkan rasa sunyi. Sejak anak pandai bergolek-golek, Mummy dah jarang boleh kemas rumah risau tak sedar anak bangun sebab Fateh bukan jenis yang menangis bila bangun tidur. Kadang-kadang tak sedar pun dia dah bangun sebab layan hisap jari. Bila dah mula makan solid food. Tabiat hisap jari semakin berkurang.

Bila Fateh dah masuk 8 bulan sekarang, tabiat hisap jari masih ada, bila tidur je lah. Bila dah 9 bulan dah tak ada tabiat kegemarannya yang suka hisap jari.

Dari dulu lagi, Zifa perasan bayi sangat sukakan iklan. Apa yang menarik tentang iklan Zifa pun tak pasti.

Sejak Fateh lebih kurang umur 7 bulan, Zifa perasan ada beberapa iklan yang Fateh teruja sangat.

Baby Fateh dan Iklan Trivago

trivago

Iklan yang Baby Fateh sangat sukakannya adalah iklan Trivago yang menampilkan host Dahlia Shazwan. Setiap kali iklan Trivago muncul Baby Fateh akan teruja. Mesti senyum-senyum. Mummy pun tak pasti Baby Fateh suka iklan Trivago atau Dahlia Shazwan. Bila dah umur 9 bulan ini bila keluar iklan Trivago Baby Fateh akan tengok Mummy dulu, senyum seolah memberitahu “Mummy, iklan Trivago keluarlah”.

Sekiranya Fateh membelakangi Tv Fateh akan turn 180 degree semata-mata nak tengok iklan. Kalau kena block dengan someone Fateh akan terhendap-hendap nak tengok.
Cari hotel? Cari dan bandingkan daripada 200+ laman tempahan Temukan hotel anda di Trivago sekarang! trivago.com.my Fateh memang sangat cam dengan iklan Trivago hanya melalui bunyi. Well, baby sangat sukakan bunyi yang menarikkan? Kemuncak bila Zifa tahu yang Baby Fateh memang sangat sukakan iklan Trivago adalah apabila masa Zifa temankan Baby Fateh bermain dalam pool sebagai play area.

Fateh terjenguk-jenguk nak tengok iklan tapi tak nampak sebab kena hadang dengan penjuru kolam yang tinggi sedikit. Masa tu Fateh berada di bahagian tengah kolam. Dengan perlahan-lahan merangkak (baru pandai merangkak), kemudiannya Baby Fateh merangkak ke tepi dalam usaha nak tengok iklan. Dah sampai tepi Baby Fateh kena bangkit berdiri pula. Alahai perlahannya pergerakannya. Nasib baiklah iklan Trivago tu panjanggg. Hihi… Satu momen yang indah.

Apalah yang menarik sangat dengan iklan Trivago tu pun tak tahulah. Bila breastfeeding, mata pejam dan dah lali pun nak tidur dan muncul iklan Trivago tiba-tiba boleh luas mata dan stop breastfeed semata-mata nak tengok iklan Trivago, lepas tu senyum-senyum. Bila dah habis iklan pandai pula dia sambung breastfeeding. Aduhai anak.

Iklan-iklan lain yang menjadi perhatian Baby Fateh adalah iklan Maggi cukup rasa dan Milo.

Apa iklan kegemaran bayi anda? Kongsikan kisah bayi anda pula.

Leave a Reply