baby room
Sumber Imej: http://www.besttipsfor.com/

Baby Cot? Perlu Atau Tidak

Masa mengandungkan Fateh, saya banyak google dekorasi bilik bayi. Impian dekorasi pula kononnya ala-ala minah Salleh. Saya inginkan bilik bayi ada tema warna biru jika anak lelaki atau warna pink jika perempuan. Pastinya ada baby cot material kayu solid berwarna putih dan ada mainan gantung-gantung kat baby cot. Feeling minah Salleh tak? Hehe…

Baby Cot? Perlu ke?

Dalam fikiran saya baby cot adalah salah satu impian saya. Walaupun ianya impian saya, saya perlulah waras sebelum membeli. Back into reality.

Baby cot? Perlu atau tidak

Saya mengambil masa berbulan memikirkan perlu atau tidak membeli baby cot. Setelah melahirkan baby Fateh saya masih memikirkan perlu membeli atau tidak berdasarkan beberapa perkara dan kemungkinan yang berlaku. Praktikal atau tidak?

Banyak barang-barang keperluan bayi yang saya beli selepas melahirkan kerana saya tak nak tertipu daya oleh nafsu membeli. Lagipun saya tak dapat nak pastikan adakah ianya satu keperluan hakiki, keperluan yang bersifat sementara atau kemahuan nafsu semata. Ianya normal bagi ibu baru nakkan yang terbaik untuk anak apatah lagi bagi kami yang dah lama kami nantikan kehadirannya. Saya juga kena fikirkan jika beli banyak keperluan bayi, di mana nanti saya akan simpan, bagaimana saya nak organize terutamanya tentang pakaian bayi yang pakainya sekejap sahaja. Sekarang ini pun, tengah fikirkan di mana nak simpan tilam kekabu bayi yang hanya pakai untuk dua bulan sahaja. Nangis Mummy. Punyalah jahit dengan kasih sayang sekejap je anak pakai. Tepuk dahi!

Keperluan asas bayi seperti baju, seluar, selimut, tilam dan lain-lain saya banyak beli sebelum Fateh dilahirkan lagi itupun setelah usia kandungan melebihi 5 bulan.

Sepertimana ibu bapa lain, kami sudah menjangkakan yang bayi akan tidur bersama ibunya apatah lagi baby Fateh menyusu badan penuh. Semasa pantang di kampung saya tidur bersama bayi beralaskan tilam kekabu. Mengikut orang-orang tua, wanita berpantang perlu tidur beralaskan tilam kekabu yang keras untuk jaga jahitan episiotomi. Bila dah hampir waktu habis pantang barulah saya tidur di katil sebab dah rasa sakit-sakit badan.

Selepas tempoh berpantang, mulanya kami bertiga tidur di katil. Separuh katil baby Fateh dah conquer disebabkan oleh saiz kelambu bayi dan berhimpitlah kami berdua tidur. Suami tak selesa tidur menyebabkan tidur kurang kuaiti dan rasa letih bila bekerja. Kemudiaannya Daddy Fateh tidur di bawah. Hehe

Bila dah selalu sangat tengok suami tidur di bawah walaupun beralaskan tilam, sampai bila? Saya pun cadangkan belikan baby cot. Tapi fikir lagi perlu ke tidak beli baby cot? Apa yang saya jangkakan berlaku sekiranya beli baby cot berdasarkan pengalaman yang saya tempuhi beberapa bulan menjadi ibu baru ini.

  1. Saiz bilik. Bilik bukannya besar sangat untuk letakkan baby cot.
  2. Beli baby cot tapi letak di bilik ke-2. Feeling minah salleh.
  3. Kena rajin. Yes, kena rajin. Bila ada baby cot, saya sebagai ibu yang meyusukan bayi secara penuh perlu rajin untuk bangkit dari kamar beradu untuk menyusu pada waktu tidur malam yang mana kebiasaannya bayi akan bangkit 2-3 kali. Rajin ke nak bangkit? Kalau letak babycot bilik lain, mana nak dengar baby nangis. Pasang alat suara pun rasa scary pula. Teringat filem Annabelle pula.
  4. Bila baby dah nak masuk 3-4 bulan, baby Fateh dah ‘buas’ tidurnya apatah lagi dah mula meniarap dan tidur pusing 360 darjah.

Suami cadangkan untuk buka katil dan letak tilam di lantai. Saya tak nak kerana bimbangkan haiwan kecil seperti lipan. Pengalaman sebelum ini ada lipan tanah bawah katil. Lipan datang dari bilik air dalam bilik.

Kemudian, fikir punya fikir kenapa tidak beli katil bujang dan sambung dengan katil queen kami. Selesai masalah tidur kami.

Kami beli katil bujang dan sambung dengan katil queen kami. Tilam kami pakai tilam bujang yang lama. Malam pertama Fateh tidur di katil bujang baru tak berjaya. Nampaknya baby Fteh tak selesa dengan tilam lama yang mana spannya sangat lembut. Baby Fateh tidur meniarap dan hidungnya seperti tenggelam sedikit pada tilam. Beberapa percubaannya tidur tak berjaya dan saya letakkan Fateh tidur pada katil kami dan serta-merta baby Fateh tidur. Alahai anak. Malam ini Mummy tidur katil bujang awaklah ye?

Keesokkan harinya, kami pergi beli tilam di kedai perabot yang sama juga. Saya beli tilam getah campuran. Tak terlalu keras dan tak terlalu lembut.

Nampaknya baby fateh tidur meniarap dengan selesa dan hidungnya tak tenggelam.

At the end, terpulang kepada ibu bapa sama ada baby cot perlu atau tidak mengikut keperluan masing-masing. Selamat membeli secara berhemah.

Nota: Misi mencari gajet untuk preparation solid food baby Fateh pula.

Leave a Reply