Contest SEO: Malaysia Best Blog 2015

Tahun 2015 bermula dengan cabaran Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh Ohduit.com. Dah lama rasanya saya tidak join giveaway atau contest.

Blogger dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 Malaysia Best Blog 2015.

10 Malaysia Best Blog 2015? Berlegar-legar burung atas kepada memikirkan blog siapakah yang akan menjadi Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya.

Saya ada beberapa blog yang mungkin layak menjadi Malaysia Best Blog 2015. Blog-blog ini tentulah blog-blog kegemaran saya yang selalu juga saya blogwalking dan menjadi inspirer kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam penulisan blog.

Blog-blog itu adalah

Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

1. JustKhai

JustKhai.Com – Saya mula tulis blog apabila selalu baca blog JustKhai. Blog JustKhai adalah blog pertama yang saya baca dan follow. JustKhai adalah pengasas Oh Media Network dan banyak blog Oh lagi. Mula-mula saya mula tulis menggunakan platform blogspot. Kemudian atas saranan dalam blog JustKhai saya berarah kepada WordPress. Banyak panduan dan tunjuk ajar mengenai tips blogging melalui JustKhai sehinggalah menjadi blog alamhati.com yang sekarang. Bina blog bukan kerja satu hari tau. Terima kasih Just Khai.

Sekarang blog peribadi JustKhai.com dah tak ada walaupun domain masih kekal ada. Cuma update terkini je tak ada. Walaupun entry peribadi JustKhai tak ada, sebagai penghargaan saya senaraikan juga sebagai antara Malaysia Best Blog 2015.

2. Denaihati

Saya mengenali buat duit dengan blog melalui blog denaihati.com. Saya rasa blog ini cukup gah di nusantara. Tagline Hidup Untuk Memberi sangat signifikan dengan tujuan blog beliau yang banyak memaparkan kisah masyarakat, isu semasa dan tidak kurang juga menjadi medan ilmu kepada blogger mengenai tips blogging dan rencah dalam kehidupan menjadi seorang blogger.2HasrulHassan

3. HasrulHassan-.com – Blog yang semakin kerap saya blogwalking. Kenapa? Blog ini banyak menghidangkan ilmu atau tips blogging kepada blogger blogspot. Sebenarnya blogger wordpress pun boleh ambil pakai tips blogging yang diberikan. Cuma jika anda seorang blogger blogspot ada kelebihan jika anda berguru dengan blogger blogspot hasrulhassan, seorang pakar SEO blogspot.

4. Encik Titan

AhmadFaizal.com – Mengenali Encik Titan @ abang ensem. Ensem ke? Kenapa pakai baju jambu? Hee..

Okeh. Saya mengenali Encik Titan melalui pembelian ebook Kitab SEO Merah Jambu dan dari situ saya banyak baca blog beliau. Beliau salah seorang blogger yang bayar PTPTN dengan hasil pendapatan blog. Terer tak abang ensem?

4. Dapur Tanpa Sempadan

TiffinBiru.com – Blog tiffinbiru, Dapur Tanpa Sempadan ditulis oleh seorang blogger lelaki yang cintakan dunia masakan. Dia adalah inspirer pada saya untuk saya memasak dengan lebih rajin.

Ok. Saya rasa kenyataan rajin memasak itu salah sama sekali. Haha

Blog tiffinbiru oleh Mat Gebu memang sentiasa menyajikan masakan Melayu dengan gambar-gambar masakan yang menggiurkan. Orangnya sangat low profile walaupun pernah muncul di majalah masakan.

Next… siapa lagi Malaysia Best Blog 2015?

5. MasamManis

AzlitaMasamManis – Seorang lagi blog masakan oleh Kak Ita yang lebih cintakan dunia pastri. Seorang surirumah yang sukakan mencuba resepi kek dan biskut dan berkongsi hasilnya di blog beliau, AzlitaMasamManis dengan gambar-gambar menarik. Tak hairanlah sekarang beliau semakin banyak follower dan sekarang dah hasilkan buku masakan. Bertuahnya.

6. TiniHani

TiniHani.Com – Blogger kraf yang banyak kongsikan hasil-hasil kraf. Saya kenal blogger TiniHani apabila saya mula-mula nak libatkan diri dalam dunia kraf berasaskan felt. Blog beliau menjadi inspirasi pada saya untuk memulakan kraf felt. Saya pun dah berjaya hasilkan jualan melalui jahitan bantal felt. Walaupun sibuk bekerja kak TiniHani pandai ambil peluang untuk menjahit.

7. Kedaijahitku

Kedaijahitku – Saya seorang yang suka menjahit walaupun sebenarnya saya jarang menjahit. Blog ini menjadi rujukan jahitan kepada saya. Banyak ilmu jahitan yang beliau kongsikan. Terima kasih kak Surtima.

8. Chef Hanieliza

Chef Hanieliza – Chef dan blogger masakan yang juga selalu menjadi rujukan kepada saya dalam dunia masakan. Beliau banyak berkongsi masakan kampung yang mudah dan ringkas. Beliau juga adalah penulis buku 1 Hari 1 Resepi: 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliz yang sampai sekarang masih lagi bestseller. Bila tiada idea nak masak buku Chef Hanieliza yang jadi pencetus inspirasi nak masak apa untuk laki den ni?

10. Hidup Biar Sedap

Kujie2.com – saya kerap juga blogwalking blog kak kujie2u. Seorang ibu dan surirumah dengan tagline blog Hidup Biar Sedap. Saya suka baca blog beliau sebab banyak berkisarkan kehidupan. Seorang pencinta kucing. Apa khabar carrot?

11. OhDuit

OhDuit.Com – Blog terakhir pilihan saya iaitu blog penganjur sendiri, Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015 dimiliki oleh Khirol Hazwan. Blog ini ditubuhkan sejak 2009. Banyak artikel-artikel menarik yang beliau kongsikan terutamanya mengenai pengalaman beliau dalam bisnes online. Nampaknya ini adalah next blog yang harus saya follow sebab banyak nota-nota mengenai buat duit online. Kalau tak takkanlah namanya OhDuit.com.

Berakhir sudah Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya. Agak lama nak menyiapkan entry Contest SEO: Malaysia Best Blog 2015 apabila perlu menyenaraikan minimum 10 Malaysia Best Blog 2015. Tapi saya senaraikan lebih sikit. Kalau tak saya nak senaraikan banyak lagi… tapi tak terdayalah.

Hadiah menarik menanti peserta yang berjaya. Doakan saya berjaya menjadi pemenang Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan ohduit.com.

Tempat Pertama: RM1500
Tempat Kedua hingga ke Sepuluh : RM50

Belum terlambat untuk anda menyertai Contest SEO: Malaysia Best Blog 2015 yang akan berakhir pada 18 Februari 2015. Contest SEO dianjurkan oleh ohduit.com dengan hadiah ribuan ringgit kepada bakal pemenang.

Selamat berjuang.

1Pingbacks & Trackbacks on Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

Leave a Reply