Hubby ada bela pet baru kat office dia. Katanya untuk dibuat ubat. Ubat kencing manis, darah tinggi…bla..bla..Namanya mut mut. Kelakar je namanya. Bunyinya macam binatang dan tinggal di dalam air. Mungkinkah sejenis ikan?

Tak dapat nak bayangkan rupanya bila Hubby bercerita…

Balik kampung minggu lepas, Hubby bertanyakan tentang Mut mut kat mak. Mak pun tahu pasal mut mut untuk dibuat ubat. Air mut mut dibuat minuman ubat. Lagi Zifa curious. Tak boleh jadi ni, ‘Abang, bawa balik nak bela juga’. T___T

Bila Hubby bawa balik Zifa letak berderet dalam balang kaca. Makanan dia adalah tea o bercampur gula. Jom kita bereksperimen. :)

Zifa ada empat balang. Hihi.. tamak betul!

Nak tahu rupanya tak?

Jeng..jeng

mut mut cendawan mekah

Nampak color oren tu bukan apa. Tu warna Tea O. Warna asal mut-mut ni adalah putih. Nampak macam alga je kan?

Pada hari pertama Hubby bawa balik Zifa masukkan dalam bancuhan tea O bercampur gula. Lepas google tengok binatang apakah mut mut ini.

Bila google, Mut-mut ni bukanlah sejenis binatang tapi sejenis tumbuhan. Mut-mut dipercayai diambil dari telaga zam zam di Mekah dan dibawa ke Malaysia dalam tahun 1960-an lagi.

Pada hari kedua bela, warna oren air telah bertukar ke warna cerah skit dan nampak  macam ada dust sikit kat surface.

cendawan Mekah

Hari ketiga, lagi banyak dust kat surface dan ada macam kulat. Banyak jugak. Hubby cakap dia sedang beranak pinak. Dust tu akan bercantum menjadi benih baru. Maknanya nanti ada satu layer mut mut yang baru. Hubby pun bereksperimen kat office. T__T

cendawan mekah
Nampak tak banyak dust kat surface?

Dari segi bau air, baunya pun turut berubah. Baunya macam masam masam sikit. Kalau buat ubat, rasa macam tak sanggup ke nak minum. Ngee…

Kat Malaysia ni nama mut mut dikenali juga dengan nama cendawan Mekah. Nama lain mut-mut ni adalah cendawan ajaib, alga mekah, Kocha Kinoko, Hingchajun, Ibu Som, Susu Harimau atau Kombucha.

Khasiatnya? Tunggu entry akan datang… Solat Zuhur dulu daa

Sumber: Ruslam, Stanzalam, Dinsiam

1 Comment on Mut Mut Penawar Ajaib

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.