Mut-mut (Kombucha)

Eksperimen dah masuk hari ke-4, mut-mut atau cemdawan mekah ini nampaknya sihat dan ceria je dengan Tea O bercampur gula yang Zifa buat. Macam riang je!

Mut-mut ke mud-mud? Mana satu ejaan betulnya. Belasah je lah.. Hehe

mut mut
Kombucha atau mut-mut – Sumber

Lepas 2 minggu dah boleh minum air mut-mut. Tapi, macam tak lalu je!

Khasiat Mut-mut

Hasil carian di Google, pati cendawan ajaib ini berasal dari Rusia dan ada yang kata dari China. Mana satu daa.. Tapi apa yang pastinya cendawan ajaib atau mut-mut ini dah terkenal di 20 negara. Di Rusia dikenali sebagai “Mushroom tea”, di China ‘’Hongchajun’’, manakala di Jepun “Kocha Kinoko” dan lain-lain lagi. Di Malaysia, lebih dikenali sebagai mut-mut atau cendawan mekah.

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Sebelum ini, Zifa dah beritahu yang air mut-mut ini digunakan sebagai air minuman tradisional bagi merawat penyakit. Antara khasiat air mut-mut ini adalah untuk

  1. strok
  2. kanser
  3. batu karang
  4. prostat
  5. migrain
  6. tyroid
  7. batuk berpanjangan
  8. asma
  9. memulihkan tenaga batin
  10. keletihan/susah tidur/tidur tak lena
  11. lenguh sendi
  12. sakit pinggang
  13. gout
  14. kencing manis
  15. menguruskan badan
  16. tekanan darah tinggi
  17. gastrik
  18. arthritis (sakit sendi)
  19. sakit saraf
  20. sembelit.
  21. lelah/semput,
  22. sakit dada
  23. darah tinggi,
  24. terkena buatan guna-guna ataupun sihir
  25. senggugut, haid tidak teratur, keputihan
  26. awet muda
  27. sakit jantung
  28. lemah tenaga batin
  29. kencing tak lawas
  30. sakit buah pinggang
  31. bisa-bisa dalam tulang sendi
  32. sakit angin dan urat
  33. sakit perut
  34. paru-paru berair
  35. sakit ulu hati
  36. perempuan lepas bersalin
  37. uluran
  38. resdung
  39. luka-luka kecil
  40. pening kepala
  41. melancarkan perjalanan darah
  42. jerawat
  43. sakit kuning dll
NOTA: Sangat tidak sesuai untuk perempuan mengandung

Kandungan Nutrisi mut-mut (Kambucha)

Mut-mut melalui proses penapaian selama 2 minggu sebelum sebelum air bersedia untuk diminum. Air minuman tradisional ini atau air penapaian probiotik ini kaya dengan nutrisi yang dapat menyembuhkan penyakit.

Air minuman mut-mut ini mungkin tidak dapat menyembuhkan penyakit tetapi membantu membaikpulih badan dengan seimbang dan membenarkan badan untuk sembuh dengan sendirinya.

Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!

Mut-mut bersifat asid sebab tu kalau nak bela sila bela dalam balang kaca. Ia mengandungi asid organic, vitamin dan enzim yang mempunyai nilai yang terlalu tinggi. Ia juga mengandungi vitamin B (B1, B2, B6 dan B12) di dalam membekalkan tenaga. Vitamin B berfungsi memproses lemak dan protein untuk membentuk tenaga. Asid laktik sangat penting di dalam membantu proses penghadaman. Ustric asid mempunyai kekuatan antibiotic di dalam menentang penyakit. Malic asid untuk membantu hati mengeluarkan toksid dari dalam badan. Gluconic asid dan Butyric asid untuk mengawal membrane sel. Amino asid amat penting di dalam penghasilan enzyme. Pati cendawan ajaib juga kaya dengan anti oksidan untuk membantu pencegahan penyakit kanser. 

Kajian Klinikal 20 buah Negara

mut-mut cendawan Mekah
Minuman komersil Kombucha

Mut-mut atau Kombucha dah dikomersil dah kat luar negara. Siap jual kat kedai lagi. Karbonat pun ada. Buat sendiri lagi jimat kan? Harga memang mahal.

Pati cendawan ajaib paling mujarab merawat gout, rheumatism, tekanan darah tinggi dan sakit tua. Uric asid dan kolestrol di dalam darah akan dipecahkan kepada molekul-molekul halus dan dikeluarkan melalui air kencing. Academy of Chemists U.S.A (2000).

Di Rusia pati cendawan ajaib ini dikenali sebagai “wonder drink” di dalam membantu menyembuhkan maigrin, gastric dan kesukaran membuang air besar. (Sumber rujukan: Central Oncological research unit, 1998). Penggunaan pati cendawan ajaib setiap hari akan mampu mengelakkan penyakit kanser (Russian Academic of Science in Moscow-1998).

Tiada kesan negative kepada kesihatan manusia di dalam pengambilan pati cendawan ajaib dalam jangka panjang. Ini disahkan oleh US Food and Drug Administration, FDA. Sumber American Cancer Society on Kombucha Tea, 1997.

Menurut Dr Sklender pengambilan cendawan ajaib mestilah diambil pada waktu pagi ketika perut kosong. Gelas kedua dan ketiga diambil setelah selepas makan tengahari dan malam. Menurut beliau pati cendawan ajaib ini mempunyai antibiotic yang diperlukan oleh badan bagi tujuan menentang penyakit. Minum ketika perut kosong sangat sesuai bagi menyerap antibiotic tersebut. Minuman bagi gelas kedua dan ketiga sangat baik bagi tujuan penghadaman. (Guther.W.F Journal 1994).

Menurut akhbar New York Times dan Miami Heraid (28/12/1994), rakyat Amerika digalakkan meminum pati cendawan ajaib untuk tujuan perawatan penyakit darah tinggi, stress meningkatkan imunisasi Prof Dr Wilhem Hennerberg (1926) meminum pati cendawan ajaib dapat menghilangkan penyakit terutamanya masalah pembuangan air besar (Constipation).

Penyakit kanser isteri bekas President German telah dirawat dengan meminum pati cendawan ajaib sehingga sembuh. (Dr Veronika Carstens, 19987).

Kajian yang dibuat oleh Cajun Ernie terhadap 1000 orang peminum pati cendawan ajaib selama 3 bulan didapati faedahnya kepada mereka di dalam penyembuhan penyakit usus/angina (85%), sakit sendi/tulang (51%), ulcer/masalah penghadaman (30%), masalah sukar tidur (28%), mengurangkan berat badan (24%), mencantikkan kulit (17%), gout (16%). Kajian ini dibuat secara menyeluruh kepada 1000 orang yang mempunyai pelbagai penyakit pada pecahan yang berbeza (Kombucha Classes: Los Angeles Medical University, CA 25/11/2010)

Di Manchuria (Siberia) dan Kergasok (Rusia) terdapat ramai orang tua yang hidup sihat pada umur 100 atau 130 tahun. Mereka mengambil pati cendawan ajaib sebagai minuman seharian dalam sukatan 150-250ml sehari. (Manchurian Mushroom Tea, Horold W.).

Pati cendawan ajaib bersifat asid yang terlalu berharga. Factor asidic pati ini sangat penting di dalam mengimbangi asid alkali yang mampu bertindak pada makanan, minuman dan udara yang diambil semasa pernafasan. Kesan pengambilan pati cendawan ajaib akan mempengaruhi fungsi hati, sistem aliran darah, sistem penghadaman serta menstabilkan nilai PH di dalam organ badan manusia.

Doctor Kombu dari Korea telah membawa pati cendawan ajaib pada tahun 414 ke Jepun untuk merawat masalah penyakit usus yang dialami oleh maharaja jepun. Penyakit yang dialami oleh beliau telah berjaya dipulihkan. Cerita kejayaan ini telah tersebar sehingga ke Eropah Timur, Rusia dan Jepun. Ini menyebabkan pati cendawan ajaib menjadi bahan rujukan pakar-pakar sains. Bermula dari peristiwa ini, pati cendawan ajaib dikenali sebagai Kombucha tea.

Sumber Rujukan dari:  300 buah buku dan kertas kajian dari Rusia dan German. (sumber)

Nota Kaki: Air minuman mut-mut BUKAN ubat menyembuh penyakit tetapi bertindak mengembalikan fungsi badan menjadi seimbang dan menggalakkan badan untuk pulih , secara semulajadi. Bila badan sihat, senang nak lawan penyakit. Betul tak?

Dalam bahasa mudah, bila badan kita cukup zat dan nutrien, maka badan kita akan tahu ‘repair’ sendiri.

Jom buat Teh Kombucha! T___T

3 Comments on Mut-mut dan Khasiatnya

Leave a Reply