Assalamualaikum

Semangat nak menanam dah berkobar-kobar tapi kadang-kadang semangat itu luntur apabila pokok bunga dan sayuran diserang serangga perosak. Kecewa sangat bila pokok yang dibelai diserang apid, lalat buah, trip, siput babi, dan seumpamanya. Bila tengok sayuran seperti petola dah cantik berbuah dan tunggu masa nak petik kecewanya bila nak masak tengok penuh ulat di dalamnya. Itu tanda lalat buah dah menyerang petola sejak awal lagi.

Nak menanam pokok perlu kesabaran yang tinggi apatah lagi apanila berhadapan pelbagai jenis makhluk perosak. Pokok bunga pun kadang-kadang diserang penyakit apatah lagi menanam sayur-sayuran. Biasanya sayur-sayuran ni menjadi kegemaran siput babi. Awal-awal lagi dah cantas daun pertama dari benih yang baru disemai. Kecewa, geram. Nak guna racun serangga kimia memang tidaklah kerana dah lari dari tujuan asal menanam sayur untuk makan sayuran yang bebas bahan kimia. Nak kata saya tanam sayur organik bukan juga kerana bukan senang nak apply tanaman organik tetapi kalau natural farming, yes. Natural farming dan tanaman organik adalah jauh berbeza. Bukan senang nak buat tanaman organik.

Untuk mengubati kekecewaan dalam menanam sayur dan buah-buahan, kita perlu mengenali musuh tanaman kita dan cara mengatasinya dan menghapuskannya. Mencegah lebih baik dari merawat. Sebelum nak tanam apa-apa, kaji dulu serangga apa yang suka menyerang supaya langkah kawalan awal dapat diambil. Kalau terlambat, beranak-pinaklah serangga perosak kat kebun kita.

5 Kaedah Kawalan Serangga Perosak Secara Organik

Di sini saya kongsikan beberapa kaedah kawalan serangga perosak secara organik oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kaedah ini selamat dan mesra alam. Bahan-bahan yang digunakan pun adalah dari bahan-bahan yang mudah didapati di dapur kita sahaja.

  1. Afid, trip dan lalat putih

    afid, lalat putih, trip
    apid, lalat putih, thrips

    Afid, trip dan lalat putih kebiasannya akan menyerang semua jenis sayuran seperti cili, terung, peria, labu, petola, terung dan tomato. Cili merupakan kegemaran lalat putih. Pokok cili saya selalu diserang lalat putih.

    Afid biasanya akan menyerang daun, pucuk dan bunga. Serangan menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut. Selain itu, afid ialah pembawa penyakit virus.

    Kutu trip adalah sejenis penghisap cecair. Kutu trip bersembunyi di bawah daun. Pokok yang diserang kutu trip akan menunjukkan gelaja-gejala seperti daun menjadi perang kerinting dan melengkung ke atas. Bila serangannya makin berat daun akan mengerut dan daun baru akan menyempit. Buah yang diserang kutu trip akan menjadi akan menjadi tompok keruping halus berwarna perag.

    Kaedah Kawalan: Campur 100 gm bawang putih (lebih kurang 2 setengah labu saiz sederhana)  yang dipotong dan 500 ml air. Tambah 10 ml minyak mineral (boleh guna minyak masak/minyak neem) dan biarkan semalaman. Kemudian tambah 10 gm sabun dan kacau sebati. Tapis campuran ini dengan kain dan larutan bercampur dengan air pada kadar 1:20 sebelum disembur pada tumbuhan.

  2. Hamama
    hama merah

    Hama seperti hama merah dan hama labah-labah biasanya akan menyerang tanaman cili, tomato, terung dan timun. Hama adalah sejenis serangga perosak yang menghisap cecair daun pucuk dan juga buah. Lama-kelamaan daun pokok akan gugur, Daun yang diserang akan melengkung, kerinting, berwarna perak dan keras. Perhatikan hama di bawah daun.

    Kaedah kawalan: Hamama boleh dikawal dengan semburan cili. Kisar 10-12 biji cili api bersama 1 liter air. Sembur campuran ini di bawah daun tumbuhan.

  3. Antraknos buah

    antraknos buah
    antraknos buah

    Antraknos buah ada dua jenis iaitu Antraknosa Colletotrichum capsici dan Antraknosa Gloeosporium sp yang berpunca dari serangan kulat. Simptomnya adalah bintik-bintik hitam pada bahagian yang diserang terutamanya buah. Penyebarannya cepat dan menyebabkan buah rosak dan gugur.

    Kaedah kawalan: Kisar 50 gm bawang bersama 1 liter air. Tapis campuran dengan kain dan sembur larutan pada tumbuhan

  4. Kulapuk berdebu / powdery mildew

    serangga perosak
    Kulapuk berdebu (Erysiphe cichoracearum) biasanya akan menyerang pokok timun. Tompok-tompok misilium putih dan berdebu dapat dilihat pada permukaan daun yang diserang. Lama-kelaman kulat akan merebak ke seluruh permukaan daun. Daun akan bertukar menjadi kekuningan, perang, kering dan berkedut. Lebih baik daun yang diserang dimusnahkan dengan segera supaya tidak berjangkit pada pokok lain.

    Kaedah kawalan: Kisar 20 gm halia bersama 1 liter air. Tapis campuran dengan kain dan sembur larutan pada tumbuhan tiap-tiap 10 hari sebanyak 3 kali.

  5. Siput babi

    Siput babi suka menyerang pokok yang baru disemai dan pucuk. Pengalaman saya siput babi suka makan daun pucuk baru benih yang baru disemai seperti basil, labu, petola. Daun pokok orkid pun dia suka juga. Jiran saya selalu juga bising dengan siput babi sebab serang pokok orkid dia. Kadang-kadang daun pertama pokok bunga yang baru semai pun diserangnya. Kenapalah siput babi tak makan jenis pokok semak tu. Tak adalah pagi-pagi saya habiskan masa weeding.

    Kaedah kawalan: Siput babi boleh dikawal dengan meletakkan zink disekeliling batas. Boleh juga taburkan garam, abu, habuk kayu halus atau kapur di sekeliling tumbuhan.

    Kebiasannya saya taburkan kulit telur yang dihancurkan sedikit. Siput babi biasanya tak lalu sebab nanti terhiris dengan kulit telur yang tajam tu. Kaedah lain adalah buat kurungan jaring-jaring halus pada pokok yang baru disemai.

Selamat mencuba ya dengan kaedah kawalan serangga tanpa bahan kimia ini. Sangat mudah dilakukan di rumah.

Zifa–> Musim hujan sesuai nak mulakan penanaman sayur-sayuran. Elakkan tanam pokok cabai waktu musim hujan, nanti mudah kena serang kulapuk berdebu. Happy Gardening!

Sumber imej : (wikipedia, petani007, planetnatural, doktortani)
Sumber rujukan: (gmpeladang,

1 Comment on 5 Kaedah Kawalan Serangga Perosak Organik

  1. Salam. Sya nk tanya kaedah tuk lalat putih adakah berkesasn juga utk sejenis seranggan mengunyah spt belalang?

Leave a Reply