hadiah hari jadi
Bila hampir pada tarikh hari jadi mesti termenung nak bagi apa kan? Samalah kita. Berbulan-bulan dah termenung nak bagi hadiah kat someone bergelar lelaki. Kalau perempuan senang. Banyak choice. Bila tiba hadiah kat lelaki, aduhhh apakah hadiah terbaik nak bagi?

Hampir 5 tahun kahwin, ini adalah sambutan yang ke-4. Belum lagi hadiah ulangtahun, so dalam setahun 2x bagi hadiah. Memang termenung lah ambe!

Mari kita lihat apakah 10 Hadiah untuk Lelaki bertuah a.k.a suami

12 Hadiah untuk Lelaki a.k.a Suami

Antara tips memikat hati suami atau lelaki, pertamanya kenalah memahami dan kenal pasangan kita tu. Serikan lagi kejutan istimewa terutamanya pada hari lahir beliau. Romantik gitu!

1. Gadjet

Gadjet? Banyak gadjet kat pasaran. Boleh pilih nak apa. Handphone, iPod, psp, laptop, dlsr. Err.. kalau surirumah macam saya. Tak mampu lah kot. Kena budget. Hehe.

Boleh tengok-tengok variety of gadjet dekat marketplace seperti Lazada, Sekarang ni musim orang pakai Go Pro, tentu si dia suka, tambah-tambah kalau jenis suka selfie dan suka buat aktiviti lasak.

2. Baju kemeja/Jersi

Sangat popular. Boleh bagi kemeja siap dengan tali leher. Hari-hari biasa pun Zifa dah beli. Takkan hari jadi nak bagi. Tak surprise lah. Tali leher Zifa tak pernah pun bagi sebab pekerjaannya tak perlukannya. Only hari-hari tertentu je suami pakai. Ingat drama Melayu ke, nak siapkan kemeja dengan tali leher bagai? Bajet semua suami pergi kerja pakai kot ?

Sign-up with ZALORA and receive a RM 20 voucher

Nak bagi jersi pun ikut pada taste orang lelaki. Jersi yang sedia ada tak pakai, takkan Zifa nak bagi lagi kot. Lagipun suami tak minat sangat bola. Suam-suam je.

3. Kad Hari Jadi

Kalau anda seorang yang kreatif boleh buat besar-besar. Jimat duit kalau buat sendiri. Dulu dah pernah buat. So tak nak buat dah. Beli yang siap je. Boleh macam tu?

Reka kad ucapan anda sendiri

4. Aksesori Lelaki

Aksesori lelaki can be jam, dompet, tali pinggang, perfume, electric shaver etc. Penjagaan wajah? Zifa belum pernah bagi lagi aksesori lelaki melainkan jam. Zifa bagi jam pun sebab jam tu special kerana jam tawaf (anticlockwise). Barang-barang lain macam dompet, tali pinggang masih elok dan buat apa membazirkan?

5. Masak Menu Istimewa

Favourite Zifa kalau masak-masak cuma kurang rajin. Hehe. Biasanya waktu hari jadi, Zifa akan masak sedap-sedap. Menu esok Nasi Mandhy. Hehe. Harap-harap pes nasi mandhy sampai hari ini.

hadiah untuk lelaki

Kalau tak pandai masak boleh belajar. Sedap tak sedap itu soal kedua yang penting mahu belajar dan rajin memasak. Di kedai buku ada banyak buku masakan yang boleh kita pelajari sendiri.

6. Barangan Hobi

Semua orang ada hobi kan? Membaca, memancing, bersukan. Err.. even dah kahwin hampir 5 tahun Zifa pun tak tahu apa sebenarnya hobinya. Tiada aktiviti yang selalu dia buat melainkan tengok tv. Tengok tv boleh jadi hobi juga ke? No wonderlah tiap kali ke supermarket asyik survey tv je. Tak mampulah nak beli tv besar tu. Next!

Tips Pikat Lelaki

Kalau ikutkan suami suka main tenis, tapi lepas kahwin tak pernah tengok dia main tenis sebab tak ada court. So kalau nak bagi raket tenis pun, sangat tidak munasabahlah kalau dah tak main kan? Next!

7. Kejutan Hari Jadi

Tiap-tiap pukul 12 tengah malam hari jadi, Zifa buat kejutan. Tutup semua lampu, pasang lilin kat kek. Nyanyi sorang-sorang lagu hari jadi. Kek pun Zifa buat sendiri. Suami suka cheese cake. So tiap kali hari jadi buat cheese cake  lepas tu bagi hadiah.

Kali ini mestilah buat kek lagi. Tak tahulah sempat buat ke tak hari ini. Bahan-bahan kek macam tak cukup je. Nak keluar pun tak ada transport. Uwaa… Nak survey hadiah pun dah tak sempat.

Kadang-kadang, kek surprise pun dah boleh jadi hadiah hari jadi. Lelaki bukan berkira sangat kan?

8. Buku

Membaca menambah pengetahuan. setuju? Masa mula-mula kahwin, kononnya hadiah perkahwinan, Zifa ada bagi buku tapi sampai sekarang Encik Suami tak baca pun. So, takkan nak bagi kot kan? Next!

Anda boleh beli buku online di sini.

9. Kereta

Walaupun suami selalu sebut nak beli kereta Cefiro. Kalau aku kayaaaa…uwoo.. (nyanyi style Awie Rafael) >__< nak juga belikan, tapi apakan daya belum mampu lagi. Beli kereta olok-olok boleh?

10. Souvenier

Barang-barang souvenier sangat popular untuk dijadikan hadiah. Banyak pilihan. Pergi ke kedai yang jual souvenier, pilih je. Tapi sekarang Zifa dah tak minat nak bagi barang-barang souvenier. Zifa lebih suka bagi barangan yang boleh digunapakai. Almari pun tak semak nak letak/simpan souvenier. Cukuplah souvenier dari kenduri kahwin, pejabat suami, pelajar praktikal, pelajar kursus yang bagi. Ini pun dah naik semak. Rumah pun sudah jadi muzium Tun. Dr. Mahathir dah.

Tapi Zifa pernah bagi souvenier pillow yang Zifa buat sendiri. Special untuk hadiah wedding anniversary. Boleh juga dijadikan hadiah hari jadi.

11. Barangan Kesihatan

Sekarang ni berlambak barangan kesihatan di pasaran. Idea yang bagus juga. Anda boleh bagi barangan kesihatan seperti vitamin, minuman kesihatan, suplemen untuk penjagaan dalaman, ehemmm.

Produk penjagaan wajah pun ok juga. Zifa pernah bagi pencuci muka tapi bukan waktu hari jadilah, itupun suami tak pernah guna. Suami suruh Zifa yang tolong cucikan untuk dia. Ha? Ok, tak perlulah nak beli lagi. Haha..

Vitamin pun Zifa memang selalu beli dah. So, ini mungkin idea untuk anda beli untuk suami. Nak bagi suami sihat sentiasa kena jagalah bab kesihatan ni.

11. Anak?

Untuk yang dah kahwin je tau. Actually inilah the best hadiah yang Zifa nak bagi. Tapi apakan daya bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Belum rezeki lagi. Doakanlah ye!

Tips Mudah Hamil

Idea hadiah untuk lelaki ini bukan terhad pada suami je. Boleh bagi pada ayah, adik-adik lelaki. Boyfriend? Think twice.

So Zifa buat keputusan, hadiah hari jadi delay next week. Lebih baik tanyalah nak apa. Haha…

Zifa: Saya nak hadiah mesin jahit tepi, dlsr, kitchen cabinet.

Sumber Imej: (keepcalm, sharpestpencil)

2 Comments on 12 Hadiah untuk Lelaki

Leave a Reply