Resepi Tart Telur Sedap

MY IPhone6 728x90 24092014 Resepi Tart Telur Sedap Resepi Tart Telur Sedap

P1010005 584x438 Resepi Tart Telur Sedap

Nyum..nyummm… sorry if you find missing ‘n’ in my entry. Keyboard ni buat pasal pulak dah. Kodi betul la keyboard ni.

Sambung balik..nyummm…nyummm… sedapnyer tart telur. Sebelum ni Zifa dah buat Cheese Tart dengan filling durian, blueberry dan coklat.

Kali ni, Zifa buat tart telur atau omputih kata egg tart. Nak beli tart telur siapĀ  banyak je jual. Tapi buat sendiri lagi puas hati kan? Boleh buat banyak-banyak dan makan banyak-banyak. Beli kat bakery kena keluar duit banyak kalau nak makan banyak. Melayang sen..ka-ching.

Nak buat tart bukan payah pun. Mula-mula buatkan crust. Ada sesetengah kedai jual bahan kek ada jual crust siap. Boleh beli yang siap kalau malas buat crust. Nak buat crust ni leceh sikit. Kalau ada penyakit malas pergi beli je crust yang dah siap. Nak tempah ngan Zifa pn boley..

Crust kali ni adalah lebihan crust Zifa buat tahun lepas, lama tuuuuu… Tak rosak ke? Hihi.. ok lg crust ni. Rasa lebih sedap pulak. Zifa cuma buat filling telur sahaja. Resepi crust ni Zifa lupa plak ambil resepi mana satu sebab banyak versi resepi crust.

Untuk membuat filling telur, ada 2 versi cara membuat filling telur ni. Ada setengah resepi masak filling sampai pekat baru bakar dan sesetengahya just sebatikan bahan terus tuang dalam crust and bakar.

Cara Zifa pulak Zifa try dua-dua kaedah. Kita tengok yang mana lagi umpphhhh…

Resepi filling kat bawah ni adalah untuk satu adunan tapi Zifa buat 1/2 adunan sahaja. Cukup-cukup dengan baki crust yang masih ada. Crust Zifa ada dalam 30 biji.

Maaf Zifa tak pasti sumber resepi dari mana. Sebab salin kat buku je resepi filling ni. Laptop Zifa kan kena curi nasib baik ada juga tulis resepi. Resepi lain yang Zifa kumpul bertahun-tahun dah hilang macam tu aje. Sengal punya pencuri!!! Nasib baik jugak ada resepi yang Zifa pernah cuba Zifa print dan ada yang Zifa buat entry dalam blog alamhati ni.

Resepi Egg Filling
Sumber: Nazifa
Bahan-bahan
1 cawan susu segar (1/2 cawan susu segar) zifa pakai full cream
4 biji telur (2 biji telur)
1 cawan gula halus (4 sudu besar gula pasir)
1 cawan air (1/2 cawan air)
1 sudu besar tpg kastad (1 sudu kecil tpg kastad)
1/2 sudu kecil esen vanila (beberapa titik je)
sedikit pewarna kuning

Cara Membuat my own style..^_^

Zifa buat 2 cara.

Pukul telur degan gula sebati. Masukkan bahan yang lain. Kacau sebati kemudian panaskan secara double boiler. Bila nampak buih-buih sedikit Zifa tuangkan separuh dalam jug yang ada muncung supaya senang nak tuang dalam crust nnt. Kemudian yang selebihnya lagi Zifa panaskan lagi hingga pekat.

Filling yang cair tu Zifa tuang dalam crust. Filling yang pekat tu Zifa just sudukan aja dalam crust. Kalau pipekan lagi cantik tapi Zifa malasssss. Hihi…

Kalau sudukan nampak rupa filling yang buruk macam dalam gambar bawah ni. Tapi rasa tetap sedap dan mengancam habis. Oh ya lepas letak filling tu bakar dalam suhu 170 degree celcius selama 10-15 minit. Nak tahu dah masak ke belum filling cair tu cuba tekan filling tu. Kalau tak melekat maknanya dah masak la tu. P1010015 584x419 Resepi Tart Telur Sedap

MY IPhone6 300x250 24092014 Resepi Tart Telur Sedap Resepi Tart Telur Sedap

Gambar kat bawah ni tart telur yang menggunakan cara panaskan sekejap tu aja. Rupa cantik sikit kan? Rasanya pun sedap. Dari segi tekstur of course dengan menggunakan kedua-dua cara ni ada rasa sikit perbezaan. Tapi masih rasa sedap. Zifa lagi suka kaedah membuat filling cair dari filling yang dipanaskan sampai pekat. It’s my favourite.

P1010016 584x445 Resepi Tart Telur Sedap

MY IPhone6 300x250 24092014 Resepi Tart Telur Sedap Resepi Tart Telur Sedap

Bolehlah uols cuba yang mana satu. Selera masing-masing tak sama.

Note: Kalau ada gelembung udara masa tuang filling tu. ‘Popkan’ gelembung tu meggunakan pencungkil gigi ya. Pencungkil gigi yang belum guna lagi tau. Hihi..

SELAMAT MENCUBA

Leave a Reply