Pokok Jarum Tujuh Bilah Merawat Kanser

Lazada Malaysia

Assalamualaikum…

pokok jarum tujuh bilah

Perasan tak? Kalau la ada. Beberapa bulan ni asyik posting pasal pokok, semaian, fertigasi. Sory la tengah demam pokok ni. Zifa ni memang suka gardening cuma tak ada la sampai nak share kat blog. Tak terpikiaq pun nak buat entry pasal pokok-pokok ni. Ilmu tak da nak share apa sangat kan?

Jarum Tujuh Bilah

pokok jarum tujuh bilah

Pokok jarum tujuh bilah ni dah lama ada kat rumah Zifa. Suami yang tanam masa dia bujang lagi. Zifa pun tak kenal pun dia. Dah banyak tahun la jugak pokok ni hidup menghiasi laman rumah Zifa. Bunganya pun cantik.

Khasiat Pokok Jarum Tujuh Bilah

Suami Zifa panggil pokok ni Tujuh Bintang. Tak tahu la mana dia dapat nama tu. Zifa mengiakan aja sebab tak tahu pun apa nama pokok ni. Bila beli buku 99 Herba baru tahu pokok ni namanya Pokok Jarum Tujuh Bilah.

Banyak khasiat pokok ni antaranya untuk merawat kanser, kencing manis dan mengawal tekanan darah tinggi. Pucuk boleh dibuat ulam dan kalau tak silap bunganya pun boleh dimakan. Not sure about that.

Tapi perlu hati-hati masa nak petik pucuk atau bunga. Pokoknya banyak duri. Bila terkena tu mak aii..sakit.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Cara Menanam

Zifa tak pasti pula macam mana nak semai pokok ni sama ada keratan batang atau biji benih. Apa yang Zifa perhatikan pokok ni tumbuh elok walaupun ditanam dalam pasu. Pasu tak ada pecah pun sepertimana pokok lain yang akarnya akan tendang menendang pasu sampai pecah. Hihi..

Kalau hang pa tahu khasiat pokok jarum tujuh bilah selain yang dinyatakan di atas. Kongsilah ok?

Lazada Malaysia

Leave a Reply