Kursus Kemahiran Jahitan di KEMAS

728x90 Kursus Kemahiran Jahitan di KEMAS

Assalamualaikum..

menjahit dengan kemas Kursus Kemahiran Jahitan di KEMAS

Alhamdulillah..akhirnya berakhir sudah Kursus Kemahiran Jahitan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kedah. Berkat kesabaran tamat sudah kelas jahitan ni. Ikutkan hati, masa tengah2 tahun tu dah malas nak continue kelas jahitan. Tiba-tiba rasa malas. Hangat-hangat taik ayam betul la Zifa ni. Tapi Zifa teringat kata-kata seorang pegawai PUNB ‘buat sesuatu biarlah sampai habis’ walaupun tak minat. Kata-kata ini yang menguatkan Zifa continue juga sampai habis. Sebenarnya banyak masa yang Zifa habiskan untuk menjahit. Maklumla lembab menjahit, itu pasal banyak masa habis. Nak godek-godek menda lain pun tak boleh. (sebenarnya banyak masa habis on9).

Antara silibus yang diajar sepanjang tahun 2012 adalah

  • Asas Jahitan (silang pangkah, insang pari, tulang belut, jahit karipap, mata lalat, kelim papan dll)
  • Sulaman benang
  • Baju kurung pesak buluh
  • Baju kurung Pahang
  • Seluar
  • Baju tidur
  • Baju kurung Kedah
  • Baju kurung Malaysia
  • Baju kebaya
  • Skirt A-line
  • Skirt Berlisu
  • Blouse (kolar mandarin)
  • Blouse berkolar
  • Kain susun tepi
  • Kain lipat batik
  • Kain senyum
  • Gaun kanak-kanak
  • Baju melayu (bonus)

Dan sebenarnya Zifa masih lagi continue menjahit dengan KEMAS. Tapi buat seminggu sekali je. Ini kiranya option la untuk sesiapa yang dah habis silibus nak belajar menjahit lagi. Untuk kelas ni cikgu ajar jahit baju kemeja berkolar Hawai. In future, tak tahu apa pulak yang Cikgu nak ajar. Dalam 3 bulan ni tak siap pun lagi baju kemaja tu. Agak susah jugak la and tricky skit.

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Selepas Zifa buat beberapa entry pasal kelas jahitan di KEMAS, ramai juga yang email Zifa berkenaan kelas jahitan ni. Ramai yang bertanya kelas jahitan di kawasan masing-masing. Maaf Zifa ni student bukan staf KEMAS. Hihi..

Tapi Zifa akan tolong yang mana mampu. Kebanyakkan yang tanya kelas di negeri masing-masing. Lagi la Zifa tak tau. Hihi.. Zifa pun tahu area Sungai Petani sahaja.

Sebenarnya kalau nak tahu maklumat kelas jahitan negeri boleh call KEMAS Negeri atau godek-godek la website KEMAS. Di sini Zifa senaraikan no. telefon kelas negeri. Boleh la call tanya kelas jahitan yang paling dekat dengan rumah. KEMAS bukan sahaja offer kelas menjahit, tetapi kelas sulaman, kelas masakan, kraftangan, dandanan dan macam-macam. Tapi yang Zifa tau dan famos pasal kelas jahitan je la.

Senarai KEMAS Negeri

Jabatan KEMAS Perlis ……………………………….No. Tel: 04 – 976 1023
Jabatan Kemas Kedah ………………………………..No. Tel:04-7324075
Jabatan KEMAS Perak ……………………………….No. Tel: 05-2535322
Jabatan KEMAS Pulau Pinang ……………………No. Tel: 04 – 398 1992

Jabatan KEMAS Kelantan …………………………..No. Tel: 09-744 1051
Jabatan KEMAS Terengganu ………………………No. Tel: 09-6221321
Jabatan KEMAS Pahang ……………………………..No. Tel: 09-5158177

Jabatan KEMAS Selangor …………………………….No. Tel: 03 – 5519 3044
Jabatan KEMAS Wilayah Persekutuan ………..No. Tel: 03 – 2698 8080
Jabatan KEMAS Negeri Sembilan ………………..No. Tel: 06 – 763 8114
Jabatan KEMAS Melaka ………………………………No. Tel: 06-2345000

Jabatan KEMAS Johor  ………………………………..No. Tel: 07 – 227 8941

Jabatan KEMAS Sabah ………………………………..No. Tel: 088 – 488 407
Jabatan KEMAS Sarawak ……………………………No. Tel: 082 – 240 636

So, bolehla sesiapa yang nak belajar menjahit di KEMAS call KEMAS Negeri masing-masing. Ambil peluang ni sebab dengar-dengar depa tak ambil guru baru menggantikan guru pencen. Faham-faham je lah bila ada yang pencen dan tidak digantikan tentulah banyak kelas yang tak dapat ON. Ambil peluang sementara kelas jahitan belim CLOSED. Lagipun yuran menjahit murah kalau nak dibandingkan dengan kelas jahitan swasta. Dengan sijil yang diperakui dikeluarkan oleh KEMAS membolehkan peserta minta bantuan. Jika berminat untuk jadikan bidang jahitan satu kerjaya, KEMAS boleh beri bantuan mungkin mesin jahit. Itu kena tanya depa la untuk info lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut boleh terjah website KEMAS.

Panduan Baju Kurung Tradisional

Zifa: Plan nak jahit keperluan untuk kitchenware. Tahun lepas punya plan yang tertangguh.

pixel Kursus Kemahiran Jahitan di KEMAS
The following two tabs change content below.
 Kursus Kemahiran Jahitan di KEMAS
Nazifa Mazni is a fullhousewife and blogging is one of her medium to express her feeling and spread the knowledge and experience to the world. Everything that I wrote here is from my opinion and my life experience unless I write down the source is from. I do not responsible for any damage or loss due to information use from my blog.
 Kursus Kemahiran Jahitan di KEMAS

Latest posts by Nazifa Mazni (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing