src="https://bitclubnetwork.com/banner1/b1-728x90.gif" width="728" height="90" border="0">

Salam Ramadhan,

Semalam Zifa dah buat entry pasal Biskut Koko Rangup. Lepas buka puasa tadi, Zifa dah try biskut tu. Rasanya sedap sangat. Budak-budak gerenti suka. Rasanya kena tambah lagi biskut ni. Tak cukup.

Biskut ke-2 Zifa buat adalah German Cookies. Rasanya pun sedap jugak. Warna biskut ni pun menarik. Ada pink-pink gitu. Tak minat pink boleh tukar warna lain k. Macam adik Zifa yang perempuan tu, tak suka pink. Please la.

Macam biasa biskut ni zifa ambil dari blog jintanmanis.com. Terima kasih share resepi. Boleh jenguk kat blog beliau k. Resepi Biskut Kacang Mazola pun ambil dari sana jugak. Hubby suka biskut kacang mazola tu. Tak manis dan sedap. Lagipun Hubby tak suka manis-manis.

Zifa share resepi kat sini

German Cookies

Sumber resepi: Kak Rima, Mat GebuKak Yatie, Kak Ros

Bahan-bahan:

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung halus ( superfine) (boleh ganti gandum atau tepung kek) Zifa pakai tepung kek
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak) – Zifa tak letak

Bahan-bahan Topping:

Sedikit gula castor
beberapa titik pewarna pink, digaul sebati.

Cara Membuat:

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 1750C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Cara Membuat Topping:

Lepas gentel cookies ni bulat-bulat, celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak.

Method ni copy dari Kak Ika. Zifa pun copy paste jugak lah.

Biskut Raya Sedap

Comment: Adunan Zifa sedikit lembik, masa nak gentel tu dia melekat-lekat kat tangan. So, Zifa tambahkan sedikit potato starch lagi. Dan boleh gentel dah.

Zifa—> Lepas cuba, bagitau Zifa ye macam mana rasanya k?

Thumbs up or down. Comment to show that you’re alive.

Leave a Reply