Resepi Perut Lembu Bakar

MY IPhone6 728x90 24092014 Resepi Perut Lembu Bakar Resepi Perut Lembu Bakar

perut bulat bakar 584x438 Resepi Perut Lembu BakarAssalamualaikum…

Bila dah berkahwin, macam-macam makanan yang Zifa jumpa. Maklumla kahwin dengan berlainan negeri. Kalau kahwin sama-sama kampung tak merasa la pengalaman berada di negeri orang. Sebab itu digalakkan kita mencari ilmu sampai ke negeri China. Banyak perkara baru yang dapat kita perolehi.

So, entry kali ini Zifa nak berkongsi satu resepi keluarga yang Zifa belajar dari mak mertua Zifa iaitu resepi perut lembu bakar. Meleleh pulak. Ini adalah antara resepi dan makanan yang Zifa baru jumpa dan cuba sejak berkahwin. Zifa memang minat dengan apa-apa makanan yang berasaskan perut lembu. Di Terengganu, resepinya lain skit.Nanti akan dikongsikan kemudian.

Actually perut lembu yang dimaksudkan dalam resepi ini adalah perut bulat iaitu usus lembu yang panjang-panjang tu. Suami panggil nama ‘perut bulat’. Tak tau la pulak hang pa panggil apa.

Jom. let’s get started!

MY IPhone6 300x250 24092014 Resepi Perut Lembu Bakar Resepi Perut Lembu Bakar

 

Bahan-bahan:

MY IPhone6 300x250 24092014 Resepi Perut Lembu Bakar Resepi Perut Lembu Bakar

Perut lembu bulat (seeloknya cari perut dari lembu muda)

Garam

Serbuk kunyit

Gula Batu

Air

 

Cara Membuatnya:

  1. Perut bulat dibersihkan terlebih dahulu dengan kapur. Buang segala kotoran dan lemak. (buang yang tebal-tebal je). Jangan sampai licin pulak lemak tu dibuang. Yang menyedapkan lagi lemak tu la. Hehe..
  2. Selepas dibersihkan, masukkan di dalam periuk yang telah diisi air. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Rebus perut sehingga lembut tapi jangan terlalu lembut. Nanti tak sedap, tak terasa pulak kunyah perut. Tapi ikutla selera masing-masing. Kalau tak ada gigi tu, sampai extra lembut la. Hihi…
  3. Bila dah siap rebus, toskan perut tu dan boleh la dibakar sampai garing. Kalau tak nak bakar pun boleh. Goreng perut yang telah direbus dalam kuali dengan minyak yang sedikit sampai garing.
  4. Potong perut tu jadi kecik-kecik skit. Lebih kurang 2cm atau sesuka hang pa. Hang pa yang nak makan. Siap. Boleh la dihidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang panas-panaas. Meleleh lagi…!!!!

Zifa–> Nak pi pasar cari perut lembu.

Leave a Reply