Jom Menjahit bersama KEMAS

MY IPhone6 728x90 24092014 Jom Menjahit bersama KEMAS Jom Menjahit bersama KEMAS

menjahit dengan kemas Jom Menjahit bersama KEMAS

Dah lama Zifa tak update blog. Sebabnya I’m working for 2 months. Now, my life is as usual, full housewife again and again.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Happy New Year 2012. Ingatkan Zifa sambut new year kat hospital dah. Sebenarnya Sabtu lepas, Zifa masuk hospital tapi balik petang tu jugak sebab patient yang perlu operate ramai dan tak sempat. So doktor halau balik la kerana beri priority pada cancer patient. Zifa bukan kanser la cuma ade ketulan kecil pada breast. No worry.

MY IPhone6 300x250 24092014 Jom Menjahit bersama KEMAS Jom Menjahit bersama KEMAS

Disebabkan boring terlampau berada di rumah, sekarang ni Zifa join Bengkel Menjahit anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kedah. Zifa baru je belajar menjahit 3 hari. Sesiapa berminat bolehla belajar menjahit baju. Pendaftaran masih dibuka. Zifa belajar di Tikam Batu. Ada lagi beberapa bengkel menjahit KEMAS area Kedah ni tapi Tikam Batu yang terdekat la dengan rumah. Tempat pun selesa.

Dulu Zifa pernah belajar menjahit anjuran KEMAS jugak. Sempat la belajar menjahit baju kurung, mini kurung. Belajar tak habis pun sebab join class time cuti sem. Habis study pun Zifa tak praktikkan pun. Praktik menjahit kat kedai jahit je. Hehe..Sekarang ni join bengkel menjahit kena mula balik dari awal. Oh…lambatnya nak tunggu silibus seterusnya. Dalam bengkel ini, kita akan diajar asas-asas jahitan, menjahit baju kurung, seluar, baju cheongsam, baju tidur, dress budak (smocking), baju melayu, baju kebaya. Hmm..banyak jugak tau.

MY IPhone6 300x250 24092014 Jom Menjahit bersama KEMAS Jom Menjahit bersama KEMAS

So sesiapa yang berminat dengan Bengkel Menjahit di bawah kelolaan KEMAS boleh la telefon pejabat KEMAS negeri masing-masing untuk tahu bengkel yang terdekat dengan rumah. Yuran pun tak mahal macam kelas swasta di luar.

Jom…..

Zifa: Sabar menanti ketibaan mesin jahit Brother.

3 comments

Leave a Reply