Buang Toksin melalui Tapak Kaki Boleh Percaya atau Tidak

728x90 Buang Toksin melalui Tapak Kaki Boleh Percaya atau Tidak

Assalamualaikum..

toksin 584x1019 Buang Toksin melalui Tapak Kaki Boleh Percaya atau Tidak

Syoknyer hujung minggu ni dapat jemputan ‘Open House’. Terima kasih banyak kerana menjemput. Hasrat nak diet terbantut lagi la. Slimming belt yang baru beli tu pun tak berguna lagi selagi Syawal belum habis.

Disebabkan bulan puasa melantak ayam golek tiap-tiap hari..haha..hari raya melantak ketupat berkilo-kilo. Maka banyaklah toksin yang terkumpul apatah lagi susah nak membuang.

Tadi Zifa pergi buang toksin kat satu tempat macam Al-Jabbar jugak. Nak panggil apa ya? Spa la kot. Spa buang toksin? Takda la urut-urut and macam kerusi Al-Jabbar tu. Method dia mudah je untuk buang toksin. Hanya rendam kaki je sampai buku lali. Ada la alat yang dia buat untuk buang toksin direndam bersama dengan kaki kita dalam satu bekas air. Zifa buat setengah jam je.

Masa 15 minit yang pertama, keluar macam minyak berwarna merah. Geli pulak tengok. Tapi paling geli bila dia angkat box putih macam dalam gambar kat atas tu yang ada wayar tu, keluar benda hitam, hijau. Gelllliiiiiiiiiiiiii……Gambar kat atas tu Zifa ambil sebelum dan selepas buat proses buang toksin dalam badan.

Abang tu cakap…eh…adik kot…Ntahla….Rasanya macam muda mudi lagi…. Abg tu cakap yang keluar tu toksin. Ada la maknanya jika keluar hitam, merah, hijau. Yang Zifa punya keluar buih-buih, bendasing hijau, merah, hitam dan minyak merah. Buih yang keluar tu maksudnya angin dalam badan, bendasing hijau toksin dari hati dan limpa, bendasing merah maknanya darah beku dan minyak merah sakit sendi. Yang hitam tu maybe ubat-ubat yang kita makan.

Rasa macam tak percaya betul ke buang toksin. Nampak fungsinya macam koyote yang kita letak kat tapak kaki. Toksin ni pun keluar melalui tapak kaki bezanya kita rendam tapak kaki dan ada fungsi elektro la sikit untuk tarik toksin keluar.

Zifa sempat lagi interview kakak sebelah yang dah buat banyak kali. Sebelum dia buang toksin, dia mempunyai kaki bengkak. Selepas beberapa kali buat badan dah rasa ringan sikit dan bengkak kaki pun dah kurang. Zifa punya tak sebanyak yang kakak sebelah punya walaupun dia dah berkali-kali buat.

Zifa terfikir macam mana mende alah ni berfungsi. Boleh percaya ke?

Zifa–> Nak ajak Hubby buang toksin jugak. Toksin rokok…

pixel Buang Toksin melalui Tapak Kaki Boleh Percaya atau Tidak
The following two tabs change content below.
 Buang Toksin melalui Tapak Kaki Boleh Percaya atau Tidak
Nazifa Mazni is a fullhousewife and blogging is one of her medium to express her feeling and spread the knowledge and experience to the world. Everything that I wrote here is from my opinion and my life experience unless I write down the source is from. I do not responsible for any damage or loss due to information use from my blog.
 Buang Toksin melalui Tapak Kaki Boleh Percaya atau Tidak

Latest posts by Nazifa Mazni (see all)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing