Alhamdulillah…Zifa selamat menjalani pembedahan kecil pada hari Isnin, 17 April yang lalu. Actually Zifa menghadapi fibroadenoma of left breast atau breast lump atau nak lagi jelas ketumbuhan pada bahagian dalam payudara.

Zifa menghadapi masalah sejak 1 setengah tahun yang lalu. Sepatutnya dah lama kena operate tapi Zifa hold dulu sebab kononnya nak berubat kampung. Habis air tawar, tempek daun la, tempek bedak sejuk la. Faham ke idak tempek tu ape. Tampal la..Kelate version. Semua tak menjadi. Last solution, hospital jugak la.

Zifa ada jugak bertanya apa yang menyebabkan breast lump. and she said that cause of keturunan dan juga gaya hidup. Keturunan Zifa tiada penyakit macam ni. Gaya hidup tak mungkin. Zifa tak suka air bikarbonat, KFC pun bukan minat sangat melainkan orang ajak baru makan itupun kadang-kadang tak makan. Minuman berais, sangat kurang. Pagi-pagi breakfast. Bab makan ni memang jaga betul la dari dulu lagi.

Breast lump adalah satu tumor yang tidak merbahaya. Tidak semua breast lump berisiko menjadi kanser namun pencegahan itu adalah lebih baik. Kalau ikut istilah doktor ni, breast lump ini adalah gumpalan tisu. Sebab itu, orang-orang tua pesan rajin-rajin urut ‘tek’ tu especially time sabunkan badan, licin dan senang nak urut. Yang dah kahwin, suami memainkan peranan yang penting. Walaupun breast lump bukan cancer, kadang-kadang ia adalah petanda awal kanser. Susah nak explain, lu pikirlah sendiri. Hehe….

Tapi ada jugak doktor tak beritahu dengan jelas. Bila ditanya Zifa google breast lump disebabkan pil perancang barulah doktor cerita lebih lanjut. Rasanya Zifa dapat breast lump ini disebabkan oleh makan pil perancang. Zaman persekolahan dulu Zifa mengalami masalah period irregular, pil perancang la ubatnya untuk stabilkan hormon. Bila dah regular baru stop. Masa kahwin pun mula makan balik sebab period tak regular dan masih belum pregnant.

Disebabkan itu jugak la Zifa payah dapat anak la kot. Kawan nurse cakap makan pil perancang susah dapat anak sebab residue dia lambat hilang. Kerana itulah jika sesiapa yang nak pregnant perlu hentikan pengambilan pil perancang 3 bulan awal untuk mengandung. Tapi tidak semestinya makan pil perancang tak boleh megandung kerana ada yang stop makan dalam tempoh 3 bulan berjaya mengandung. Rezeki la tuh kan. Macam Zifa yang dah makan dari dulu lagi mungkin lambat lagi la residue tu nak hilang.

Berikut adalah beberapa breast lump yang tidak merbahaya.

  1. Fibrocystic changes
  2. Cysts
  3. Fibroadenoma
  4. Fat necrosis
  5. Nipple discharge
  6. Mastitis
  7. Other less commonly known conditions.

Zifa disahkan dalam jenis breast lump Fibroadenoma disebabkan sejarah pernah makan pil perancang before age 20. Maklumat lengkap anda boleh layari website ini. Banyak prosedur yang perlu dijalani sebelum boleh operate. Penat jugak la ulang-alik ke hospital kerajaan. Mula-mula doktor akan cek manual bila 1st time jumpa tu, kemudian ultrasound untuk cek kedudukan lump tu, kemudian biopsy iaitu sampel lump akan diambil.

Penyebab-penyebab breast lump (non-cancerous)

  • mastitis (inflammation of the breast): this can be either breastfeeding mastitis or non-breastfeeding mastitis
  • nipple discharge (galactorrhoea)
  • dilated milk ducts: milk ducts are the tiny tubes in your breast that carry milk
  • trauma to the breast due to injury
  • scarring of the breast from past surgical procedures
  • fibrocystic breast disease (fibroadenosis): a benign growth in the breast that causes lumpiness and tenderness, and is most common in pre-menopausal women (women who are still having periods)
  • a fibroadenoma: a small tumour (growth) in the breast that is more common in young women, such as those in their twenties
  • a cyst (fluid-filled lump): these are most common in pre-menopausal women and those who takehormone replacement therapy
  • fat necrosis: a hard, irregular lump that is often caused by trauma or bruising to the breast, for example, following breast-reduction surgery
  • a lipoma: a fatty growth that causes a lump
  • breast abscess: a painful collection of pus under the skin
  • an intraductal papilloma: a benign growth in a milk duct, which may also cause nipple discharge
  • a haematoma (blood clot)

Ada sesetengah mereka yang dah operate buang lump masih ada yang tumbuh balik. Tak tau la kenapa. Zifa pun kena jaga betul-betul la makan. Amalkan makanan sunnah Nabi. Habbatus sauda dikatakan dapat mengecutkan ketulan. Tapi mesti Istiqamah la kan. Breast lump tiada ubat hanya surgery penyelesaian terakhir atau doktor nasihatkan dibiarkan sahaja jika diagnose tidak merbahaya.

Source:

http://www.mayoclinic.com/health/breast-lumps/MY00165

http://www.everydayhealth.com/womens-health/when-to-worry-about-breast-lumps.aspx

http://www.nhs.uk/conditions/Breast-lump/Pages/Introduction.aspx

Zifa–> Kongsikan jika anda punya maklumat mengenai penyakit wanita. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Leave a Reply