Apam Angry Birds – First Trial

728x90 Apam Angry Birds   First Trial

apamangrybirds 584x389 Apam Angry Birds   First TrialAssalamualaikum…

Minggu lepas masa Hubby pergi kursus di Sarawak Zifa buat apam yang tengah famos sekarang. Yang famos actually bukan la apam tu tapi lukisan pada apam tu. Sekarang ni famos dengan apam angry birds yang mana sebelum ni famos dengan apam polka dot, ladybird dan juga strawberry. Zifa pun teringin jugak nak buat kan, nampak so kreatif. Adik-adik mesti suka. So pada minggu lalu, Zifa beli la bahan-bahan untuk buat kek. Bahan-bahan pun tak la cerewet sangat. Pergi kedai jual bahan-bahan bakery semua ada kat situ.

Rasanya tak sabar nak buat kat kampung dengan adik-adik yang ramai. Mesti FUN!!! kan? So sebelum balik kampung, apa kata practice dulu. Practice Make Perfect!!! Masa Hubby pergi Sarawak Zifa buatkan pada pagi Sabtu Hubby nak balik. Pagi-pagi lagi Zifa buat untuk surprise him. Zifa dah rancang nak buat something simple but still special.

So inilah hasilnya

apamalphabet 584x262 Apam Angry Birds   First Trial

‘Y’ actually dah kena ngapp sebelum sempat diambil gambar. Kes lupa nak snap. Excited nak surprise Hubby. Hehe

Ini yang Zifa buat untuk Hubby Zifa. He is so Happy sebab masa kat Sarawak asyik mengadu nak balik je. Tak seronok katanya kat sana. Dulu beria-beria nak pindah kerja ke Sarawak. Bila dapat offer kursus kat Sarawak, terus mati niat nak pindah kerja ke sana. Oleh itu, bersyukur la dengan apa yang kita ada, walaupun apa yang dirasa sekarang amat perit. Allah dah rancangkan yang TERBAIK dah buat kita.

Sebagaimana firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 216:
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Back to story apam Angry Birds, Zifa buat jugak apam angry birds dengan apam polka dot. Apam yang terhasil tak sampai 100 biji pun. Zifa pun tak pandai lagi nak bahagi-bahagi warna. Terlebih adunan untuk adunan kaler hitam.Buat satu senduk pun cukup. Bukannya pakai banyak sangat pun. That’s why ade apam football. Tapi kreatif jugak la Zifa ni kan. Manfaatkan semua warna yang ada. Maka terjadilah lukisan apam yang bervariasi.

Hidup mesti kreatif!! Slogan baru…

Zifa–> Tempahan dialu-alukan :-)

pixel Apam Angry Birds   First Trial
The following two tabs change content below.
 Apam Angry Birds   First Trial
Nazifa Mazni is a fullhousewife and blogging is one of her medium to express her feeling and spread the knowledge and experience to the world. Everything that I wrote here is from my opinion and my life experience unless I write down the source is from. I do not responsible for any damage or loss due to information use from my blog.

Leave a Reply