Hadiah Bajet untuk Tersayang

728x90 Hadiah Bajet untuk Tersayang

Assalamualaikum..

idea hadiah bajet 584x365 Hadiah Bajet untuk Tersayang

Ada yang sambut hari jadi bulan Ramadhan ke?

Ramai betul yang sedang tanya Pakcik Google, apa yang nak diberi hadiah untuk suami, isteri, cikgu, kekasih, mak, ayah kan?

Sebelum ini Zifa ada buat entry post pasal idea hadiah untuk diberi pada lelaki. Dah baca? Klik sini.

Kadang-kadang bila nak bagi hadiah especially bila berlainan gender adalah satu cabaran sikit. Bila perempuan bagi kat lelaki, mungkin  orang lelaki cakap

“Hadiah terlalu feminin’……. hehh

Bila lelaki bagi dekat perempuan

“Tak kena taste” (sebut dalam hati kan?) buat muka senyum-senyum, tanda suka konon… Mengaku cepat. Haha

Komplen je orang pompuan ni kan? kuikuikui

Tips Mencari Idea Hadiah Buat Tersayang

Zifa bagi 2 tips Continue reading

Resepi Grilled Tilapia dengan Sos Mangga

resepi grilled tilapia bersama sos mangga1 584x438 Resepi Grilled Tilapia dengan Sos ManggaDah lama Zifa peram resepi Grilled Tilapia dengan Sos Mangga yang sedap ini. Zifa dah buat beberapa kali dah dan hasilnya emm sedappp.

Resepi Grilled Tilapia bersama Sos Mangga ini, Zifa dapat dari demo masakan oleh Chef Anis Nabilah semasa pergi ke MAHA 2 tahun yang lepas.

Untuk yang mencari idea nak masak apa untuk berbuka puasa bolehlah cuba resepi ni. Gerenti sedappp senah oii. Continue reading

Resepi Spagetti Bolognese

Salam Ramadhan,

Sedar tak sedar dah 9 hari kita sudah menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, syukur.

Sedar tak sedar juga, dah macam-macam menu menjadi juadah berbuka puasa. Sebenarnya hari pertama puasa pun dah tak tahu nak masak apa. Sebagai seorang suri rumah yang sepenuh masa (tak berapa penuh pun buat kerja rumah) aktiviti memasak memang selalulah. Jarang-jarang beli kat luar. Melainkan Hubby cakap ‘tak payah masak hari ni, kita makan kat luar’, dan saya? Yeay.. macam merdeka pula tak masak.

Orang bekerja sibuk nak memasak kan?

Panduan buat Biskut di Rumah

Kadang-kadang, boring juga asyik berbuka makan nasi je. Zifa jenis kurang makan nasi tapi jenis suka makan jenis mee. Tak kisah mee goreng ke koey tiaw ke, spagetti ke. Sebut pasal spageti ni, puasa hari ke-4  Zifa dah masak dah. Thanks to Buku 1 hari 1 Resepi Chef Hanieliza. Bila tak ada idea nak masak, belekla buku ni sampai habis. Ada 365 resepi dari lauk pauk, western food, kuih tradisional, puding. Oh, macam-macam ada.

Zifa share satu resepi spagetti bolognese yang mudah dan sedap. Zifa dah ubah sikit dari resepi asal. Zifa ada masukkan Vono instant soup mushroom cheese. Kenapa tak guna keju parmesan je?

Ini adalah spagetti versi jimat duit. Hehe. Nak makan untuk 2 orang dan beli paket keju parmesan paling murah pun dah 10 ringgit, baik beli yang instant ni. Lagipun keju cepat berkulat.

Ok, mari kita mulakan.

resepi spagetti bolognese 584x389 Resepi Spagetti Bolognese

Resepi Spagetti Bolognese
Sumber: Nazifa www.alamhati.com Continue reading

Tips Bakar Lemak Bulan Puasa

Salam Ramadhan,

tips bakar lemak 584x329 Tips Bakar Lemak Bulan Puasa

Zifa sibuk sikit nak update blog kerana sedang sibuk merempit jahit baju raya. Musim raya puasa memang waktu buat bisnes raya. Tak caya? Tengoklah kat bazar Ramadhan penuh dengan juadah berbuaka puasa. Orang berduyun-duyun pergi beli. Plastik makanan kiri kanan. Ada yang tak cukup tangan. Tapi, baju raya yang Zifa jahit ini bukan buat duit raya pun, Zifa menjahit untuk kaum kerabat.

Sudah tidak bekerja, nak bagi duit ke Ma Abah pun tak ada. Jadi, jahit baju raya untuk Ma dan adik-adik pun kira oklah. Jimat duit upah baju kurung kan?

Bulan puasa ada yang ambil kesempatan NAK KURUS ke? Kalau ada, semoga berjaya dapat pinggang yang ramping persis anak dara. Zifa pun tengah berusaha juga. Hehehe. Zifa kagum dengan mereka yang NAK KURUS dengan Continue reading

Resepi Sambal Hitam Pahang untuk Pembuka Selera Sahur

Menjelang Ramadhan, ramai yang makin sibuk prepare keperluan raya. Preparation untuk puasa macam mana pula ye?

Ini tahun ke-5, saya dan suami diizinkan oleh-Nya untuk menjalani ibadah puasa bersama-sama, terawih sama-sama, emm raya pun sama-sama.

First day nak puasa, biasanya ramai yang belum berselera nak bersahur. Pengalaman tahun-tahun sudah macam tu la, termenung tengok nasi. Nasi pun termenung tengok saya, Kan?

Apa menu pembuka selera waktu sahur anda? Bagi kami, telur masin wajib ada sebagai pembuka selera. Pergi pasar malam tadi pun, orang dah mula jual telur masin.

Kali ini, saya nak sediakan Sambal Hitam Pahang sebagai side dish pembuka selera untuk sahur selain telur masin. Makan nasi bersama sambal hitam Pahang ni memang membangkitkan selera. Mau bertambah-tambah nasi. Tapi AWAS untuk yang cadang nak kuruskan badan time puasa nanti. Sambal hitam pahang ni mungkin akan membantutkan misi kurus anda nanti. >__<

Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda! Klik Sini!

Continue reading

DIY Cara Saya Buat Fertigasi Edible Garden

Assalamualaikum Gardeners,

Sihat ke pokok?

Seperti yang dijanjinkan pada entry yang lalu, Zifa nak kongsikan projek fertigasi edible garden. Oleh kerana masih ada kampung, maka pokok-pokok tiada orang nak dibelainya terutamanya cuti hujung minggu dan hari raya. Kadang-kadang Encik Suami outstation, Zifa pun turut outstation juga la. icon smile DIY Cara Saya Buat Fertigasi Edible Garden

Panduan Buat Duit Dari Rumah

Fertigasi ni senang saja buat. Semua Encik Suami buatkan. Lawatan ke Cameron Highland dan ke MAHA memberikan sedikit idea untuk buat sistem fertigasi. Antara kebaikan buat fertigasi ni, Zifa dah tak susah nak heret paip getah sampai belakang rumah. Satu lagi, kita boleh timing bila nak siram.

Mula-mula kita perlu ada Continue reading

Biskut Raya 2014

Assalamualaikum

Buat masa ini, Zifa tengah sibuk merempit jahitkan baju raya adik-adik dan Ma. Baju sendiri? Tak usah tanyalah. Kalau dah jadi tukang jahit entah kemana baju rayanya. Tahun lepas sempat jahit satu je baju raya. Yang lainnya beli yang dah siap.

Siapa kata jadi tukang jahit jimat duit sebab boleh jahit baju sendiri? >__<

Adik-adik juga yang jimat duit. Haha.. Setiap seorang bagi 3 pasang baju. Waaa.. tak larat nak merempit dah. Hihi

Surirumah Jana Wang dari Rumah

Zifa nak siapkan cepat-cepat sebab bulan puasa nanti nak merempit buat biskut raya. Inilah masalah menjadi surirumah yang tak berapa sepenuh masa. Macam-macam yang nak dibuatnya. Kalau boleh, padi pun nak buat sendiri. *pengsan

Zifa dah fikirkan beberapa resepi biskut raya wajib dan resepi baru yang akan dibuat untuk Hari Raya 2014 nanti. Antaranya;

Tart Nenas
Biskut Kacang Mazola
Biskut Rainbow/Lidah Kucing
Biskut Almond London
Biskut Semperit
Biskut Famous Amos
Biskut Snow Almond
Biskut Sarang Semut

Uih, banyak betul senarai biskut raya yang nak dibuat. Larat ke nak merempit buat biskut raya sorang-sorang. :p

Rahsia Kuih Raya

Insyaalah, semua senarai biskut raya 2014 ini akan dirempit bulan puasa nanti. >__<

Seronoklah buat biskut raya tahun ini sebab tahun ini beraya dekat kampung Zifa di Terengganu.

Balik buat nasi dagang lah kiter!

Kisah Suami Isteri Pergi Pasar

Assalamualaikum

Minggu lalu, macam biasa rutin hujung minggu pergi ke pasar. Pasar, lorongnya sempit je, sampai kadang berlaga punggung time membeli. 

Alkisah, lalu satu lorong yang jual ayam, mula-mula Zifa lalu ada la suami isteri tengah blok jalan. Ok, nasib baik perasan. Mula-mula Zifa yang lalu, kemudian Encik Suami.

Bila sampai depan sikit, Encik Suami cuit bahu Continue reading

Dari Pasu ke Raised Bed

Assalamualaikum

raised bed garden Dari Pasu ke Raised Bed

Sumber Imej: tractorsupply

Mood gardening kadang-kadang ada pasang surutnya.

Minggu sudah, Zifa dan Encik suami buat renovation sikit dekat kebun tepi rumah yang sekangkang kera. Renovation tak banyak pun tapi agak memenatkan jugak.

Sebelum ini Zifa ada share mengenai edible garden Zifa kat post ini. Sebelum ini, Zifa tanam pokok dan sayur dalam pasu besar yang disusun memanjang. Kali ini, Encik Suami cadangkan untuk tukar pasu tu dan gantikan dengan susunan batu-batu. Jadikan raised bed.

Sebenarnya Encik suami dah lama cadangkan, tapi Zifa refuse. Hehe.. ‘baso degil’ :p Continue reading

Resepi Nasi Arab Mandhy

Assalamualaikum

Birthday Hubby yang lalu, 24-4-2014 Zifa surprise kek hari jadi pada petangnya. Hubby merajuk juga tak surprise apa-apa pada tengah malam hari lahirnya. Kikiki.. Surprise lambat sikit ye!

Petang hari lahir baru Zifa surprise. Dah tak merajuklah suami kesayangan Zifa ni. Macam budak-budak pula ye!

>____<

Selain bagi surprise kek hari jadi, Zifa ingat nak buatkan menu istimewa iaitu nasi arab mandhy. Zifa tak ada pengalaman lagi buat nasi arab tapi dengan bantuan pes segera nasi arab mandhy Chef Ustazah, yang susah jadi mudah. Nak dapatkan rempah arab bukan senang. Lainlah kalau duk KL senang nak cari. InsyaAllah menjadi guna pes ni walaupun segera. Hihi..

Alkisah, belum sempat nak surprise nasi arab Mandhy, suami request buat kari kepala ikan. Alamak! Rosak plan. Hehe. Tak apa, esok InsyaAllah masih ada kalau umur panjang.

Jeng.. jeng.. jeng

resepi nasi mandhy 584x438 Resepi Nasi Arab Mandhy Berjaya juga buat keesokkan harinya.

Jom tengok macam mana nak buat Nasi Arab Mandhy yang sedap!

Continue reading

pixel Resepi Nasi Arab Mandhy